cohong gym

Thursday, October 30, 2008

Faiz Ghazali

Korang ingat tak kat Faiz budak Kelantan. Aku terbaca kat dalam Facebook yang dia dah meninggal kena cancer. Tadi pulak aku terjumpa Si Bal, dia dah konpemkan berita tu. Takziah kepada keluarga Faiz. Al Fatihah

Friday, October 24, 2008

Tuntutan Bar Council

Korang ada dengar cerita pasal tuntutan Bar Council? Semalam member aku tanya pasal tuntutan Bar Council pada kerajaan. Dia nak tanya pendapat aku. Tapi aku cakap, aku tak pernah dengar pasal benda ni. Dia kata, since aku lawyer, mungkin aku ada pengetahuan pasal tuntutan tersebut.

Dia kata, dia dapat informasi dari kawan dia di Bukit Aman. Dia ada VCD tuntutan tersebut. Macam mana dia dapat aku pun tak tau.

Dia kata ada 14 tuntutan dan salah satunya adalah tuntutan satu bahagian duit zakat diberikan kepada bukan Islam.

Aku tak tahu lansung pasal benda ni. Ada sesiapa yang ada information?

Tuesday, October 21, 2008

Teresa Kok

Apa pendapat korang pasal Teresa Kok? Baru-baru ni heboh dengan cerita dia pegi sound masjid supaya perlahankan azan subuh. Pastu cerita dia ditahan ISA. Kemudian cerita "Dog Food". Sekarang ni pulak dia dok sebok saman Utusan 30j, Chamil wariya 100j dan Syed Ali Alhabshee 10j. Kalau dia dapat semua amount tu, kaya raya la.

Pada pendapat aku, minah ni tak sedar dek untung. Dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kerajaan sekarang. Isu-isu yang dibawa kebanyakkannya berlatar-belakangkan racism.

Dia ni selalu dijemput menjadi panel di Forum Perdana. Tetapi dalam banyak-banyak ahli panel, dia yang paling tak de manners. Selalu menyampuk bila ahli panel lain bercakap. Dan satu lagi, bahasa Melayunya hancus. Rakyat Malaysia konon.

Monday, October 20, 2008

Motogp

Semalam, aku pegi Sepang tengok Motogp ngan Murni, Mehtab, Ati, Jijie & Misni. Najmi & cousin yang lain pun ada sekali. Tahun ni kira boleh tahan jugak yang datang tengok race. Kedua-dua bahagian grandstand dipenuhi penonton.

Race dimulakan dengan kategori 125. Kemudian 250. Race yang penting untuk Marco Simoncelli, pelumba kegemaran aku, yang mana dia perlu menghabiskan race di atas podium untuk ditabalkan sebagai Juara Dunia kategori 250. Selepas race yang mendebarkan, akhirnya beliau berjaya dan sekali lagi Sepang menjadi tempat Juara Dunia dinobatkan.

Selepas berehat selama 1 jam, race yang dinanti-nantikan pun bermula. Rossi bermula dari petak ke-2. Pada permulaan race, Rossi ditempat ke 4, seperti biasa Rossi akan overtake sorang demi sorang. Pada lap ke 11 dia memulakan langkah dengan mengovertake Pedrosa yang ketika itu sedang mendahului. Rossi tidak menoleh lagi dan terus memecut meninggalkan pelumba lain. Pedrosa ditinggalkan 4 saat dibelakang ketika Rossi melintasi garisan penamat.

Ketika membuat victory lap, ada beberapa orang penonton yang menceroboh trek. Aku tak tau dari mana diaorang masuk. Ada seorang penonton yang mabok yang berdiri ditengah trek ketika Rossi membuat "willie". Rossi mengelak tapi diterpa sekali lagi oleh penonton tersebut. Mujur Rossi dapat mengelak sekali lagi dan terus memecut.

Sepatutnya Marshall menahan penonton dari memasuki trek kerana membahayakan pelumba. Kalau penonton tersebut dilanggar dan mati, tak pe la. Tak rugi pun, tapi kalau Rossi atau pelumba lain jatuh dan cedera, amatlah merugikan peminat-peminat motogp.

Penonton yang hadir berang dan membaling botol ke arah sipenceroboh. Marshall datang dan mengheret penceroboh tersebut ke tepi. Mungkin kena belasah kot. Kemudian polis datang dan membawa penceroboh tersebut pergi.

Aku rasa security trek perlu dipertingkatkan lagi untuk mengelakkan perkara yang sama berulang. Ini adalah kali pertama ia berlaku. Sebelum ni tak pernah lagi terjadi penonton mencerobohi trek.

Wednesday, October 15, 2008

Turun lagi

Harga minyak diturunkan lagi 15 sen kerana harga pasaran minyak dunia telah turun bawah 90 dollar setong. Tapi semalam naik sikit. Tindakan yang baik dari kerajaan. So, lepas ni kalau isi minyak, dapat la banyak sikit.

Walaupun harga minyak dah turun 40 sen dari 2.70, aku confirm harga barang tak kan turun walau satu sen pun. Ini adalah trend di Malaysia. Sekali naik, mampus tak kan turun.

Pada pendapat aku, sepatutnya kerajaan mengambil langkah bijak sebelum menaikkan harga minyak. Takkan tak bole nak foresee yang selama ni kenaikkan harga di pasaran dunia adalah disebabkan oleh spekulasi bukannya kekurangan bekalan. Lambat laun, harga akan turun jugak. Ini tidak, terus naikkan harga sampai 2.70. Tidak ke mereka terfikir yang kenaikkan mendadak akan menyebabkan harga barang menjulang tinggi? Tidak ke mereka terfikir yang kenaikkan tersebut membebankan rakyat? Tidak ke mereka terfikir tindakan tersebut akan menyebabkan rakyat tak mau mengundi BN?

Masa minyak naik, kerajaan janji untuk mengawal harga barang. Apa yang mereka buat? habuk pun tadak. Barang tetap naik. Rakyat tetap menderita. Sekarang nilai duit kita dah semakin kecil. Kuasa membeli semakin kurang. Suffer beb suffer!

Monday, October 13, 2008

Sama rata

Semalam aku ngan Murni ke KLCC, ingatkan nak tengok wayang tapi tetiba adik aku call suruh datang rumah dia kat Seri Kembangan. Sebelum blah ke sana kitaorang singgah kat Coffee Bean. Ramai gak orang, tapi yang menarik perhatian aku ialah seorang budak kecik dengan parent dia. Mereka warganegara Indonesia berbangsa cina.

Ibu bapanya masih boleh berbahasa cina tetapi si anak petah berbahasa Indonesia. Apa yang aku nak katakan kat sini ialah betapa di Indonesia, semua rakyatnya tidak kira bangsa bertutur di dalam bahasa kebangsaan. Sebaliknya berlaku di negara kita. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur di dalam bahasa Melayu.

Kalau di Indonesia, since semua rakyat bertutur dalam satu bahasa maka tiada sebarang masalah dalam pergaulan. Malah mereka juga bercakap dalam bahasa Indonesia di rumah.

Kita di Malaysia mengalami masalah dalam pergaulan berlainan bangsa. Masalah ini berlaku kerana bahasa. Oleh kerana penguasaan bahasa yang terbatas maka secara automatiknya pergaulan juga akan terbatas. Melayu kawan dengan Melayu, Cina dengan Cina dan seterusnya.

Banyak yang telah dibuat oleh kerajaan untuk menghapuskan jurang pergaulan, contohnya Program Khidmat Negara. Tetapi masih gagal.

Pada pendapat aku, ada beberapa perkara yang boleh dibuat. Mungkin sukar buat masa sekarang, tapi hasilnya mungkin baik untuk jangkamasa yang panjang.

Yang paling utama ialah bahasa. Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama selain bahasa Inggeris. Semua diwajibkan bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau tak bole, kena belajar sampai pandai.

Sistem sekolah juga perlu diubah. hanya ada satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Sekolah selain dari sekolah kebangsaan, perlu dihapuskan. Supaya semua murid bercampur sejak kecik.

Jika dua perkara ini dapat dibuat, maka tidak akan ada masalah pergaulan di kalangan rakyat Malaysia.

Kalau di barat, mana ada sekolah jenis kebangsaan? semua sekolah kebangsaan. In fact kat dunia ni, hanya di Malaysia je yang ada sekolah selain sekolah kebangsaan yang mempunyai bahasa penghantar selain bahasa kebangsaan. Kalau sistem ini diteruskan maka sampai bila-bila pun masalah ni tak kan selesai.

Apabila semua sudah menguasai bahasa Melayu dan bertutur di mana jua mereka berada, maka next step bole di ambil.

Wednesday, October 08, 2008

Akhirnya

Akhirnya terjawap sudah teka teki yang paling susah nak diselesaikan oleh rakyat Malaysia. Pak Lah telah membuat pengumuman bahawa dia tidak akan bertanding jawatan presiden UMNO pada bulan Mac tahun depan.

Najib secara otomatiknya akan bertanding jawatan presiden dan akan ditentang oleh Ku Li, itu pun kalau Ku Li dapat cukup pencalonan.

Finally, berakhirnya sebuah cerita dongeng zaman moden.

Tuesday, October 07, 2008

Hari Keluarga

Hari raya kedua itu hari, kitaorang mengadakan hari keluarga (family sebelah mak). Hari keluarga ni merupakan idea pak cik aku. Nak mengumpulkan semua kaum kerabat supaya dapat berkenalan, takut nanti berselisih bahu pun tak kenal.

Atuk aku ada 2 isteri. Dengan isteri pertama, ada 10 orang anak. 6 lelaki dan 4 perempuan termasuk mak aku (anak ke 9). Dengan isteri kedua, ada 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan. Semua sekali ada 14 orang. Aku tak tau berapa jumlah cousin yang sebenarnya. Aku rasa ada dalam 40-50 orang kot? Atau lebih. Anak buah pun berlambak. Aku rasa sedara mara semua sekali ada dalam 300-400 orang.

Cousin aku yang paling tua, aku rasa sama umur atau lebih tua dari mak aku. Anak buah (anak cousin aku) yang paling tua, sama umur dengan aku. Kitaorang sangat rapat, especially dengan sedara mara yang tinggal kat Kg Chohong, ada dalam 15 orang cousin dan anak buah yang umur lebih kurang. Aku yang paling tua. Kitaorang lepak, pegi clubbing, jamming, main bola etc. Kalau pegi bergaduh pun kitaorang pegi sekali. Dah macam kawan-kawan.

Itu hari, sedara mara yang datang ada lebih kurang 300 orang. Hari keluarga kali ni di sponsor oleh Pak Ngah aku. Dia sponsor lembu sekor dan perbelanjaan lain termasuk angpow raya. Program kali ni menarik. Ada pertandingan nyanyi lagu raya dan nasyid, treasure hunt, sesi bergambar dan makan. Aku dan Najmi masuk treasure hunt, tapi kalah. Pertandingan menyanyi adalah sepontan. Tak de practise, pilih lagu n terus nyanyi. Kitaorang nak masuk gak, tapi bila mengenangkan suara tak sedap, kitaorang batalkan hasrat tersebut.

Walaupun penat pasal hari sebelumnya, Aku, Najmi, Cumau etc kena tolong potong daging dan masak, tapi kitaorang enjoy.