cohong gym

Wednesday, October 15, 2008

Turun lagi

Harga minyak diturunkan lagi 15 sen kerana harga pasaran minyak dunia telah turun bawah 90 dollar setong. Tapi semalam naik sikit. Tindakan yang baik dari kerajaan. So, lepas ni kalau isi minyak, dapat la banyak sikit.

Walaupun harga minyak dah turun 40 sen dari 2.70, aku confirm harga barang tak kan turun walau satu sen pun. Ini adalah trend di Malaysia. Sekali naik, mampus tak kan turun.

Pada pendapat aku, sepatutnya kerajaan mengambil langkah bijak sebelum menaikkan harga minyak. Takkan tak bole nak foresee yang selama ni kenaikkan harga di pasaran dunia adalah disebabkan oleh spekulasi bukannya kekurangan bekalan. Lambat laun, harga akan turun jugak. Ini tidak, terus naikkan harga sampai 2.70. Tidak ke mereka terfikir yang kenaikkan mendadak akan menyebabkan harga barang menjulang tinggi? Tidak ke mereka terfikir yang kenaikkan tersebut membebankan rakyat? Tidak ke mereka terfikir tindakan tersebut akan menyebabkan rakyat tak mau mengundi BN?

Masa minyak naik, kerajaan janji untuk mengawal harga barang. Apa yang mereka buat? habuk pun tadak. Barang tetap naik. Rakyat tetap menderita. Sekarang nilai duit kita dah semakin kecil. Kuasa membeli semakin kurang. Suffer beb suffer!

12 Comments:

  • Itulah kerajaan sekarang nie, suka hati buat keputusan yang kononnya "tak glamour", tapi sebenarnya boleh dielakkan. Dah banyak contoh dah, tapi apa boleh buat, dah memang trend diaorang.

    Minyak turun harga pun orang tak berapa heran... macam le turun harga minyak boleh buat barang-barang & perkhidmatan (macam transport) akan turun sama...

    Kalau dah !@^&^%*& tu &*^&%$#% jugak....

    By Blogger zuzrin, At 4:42 PM  

  • Suka buat benda Tak Glamour penyudahnya Tak Glamour la.

    By Blogger Syamsulfaiz, At 5:06 PM  

  • Tu la pasal. Kononnya keputusan tak glamor tapi bole menyenangkan rakyat. Butoh la, bukan rakyat yang senang, tapi diaorang yang senang sapu duit.

    Mungkin nak follow zaman Dr. Mahathir masa buat keputusan to peg the RM. Keputusan yang tak glamor tapi berjaya dan akhirnya diakui sebagai tindakan bijak.

    Tapi menaikkan harga minyak dengan mendadak bukan satu keputusan bijak. Tetapi keputusan yang sangat bangang.

    By Blogger cohong gym, At 5:19 PM  

  • Dah tau bangang ganti le dgn yg kurang bangang

    By Blogger Unknown, At 5:58 PM  

  • Tu la pasal. Bulan 3 tahun depan baru nak tukar yang baru. Tapi kalau tukar pun, macam harga barang bole turun

    By Blogger cohong gym, At 9:43 AM  

  • maksud aku bukan yang baru yang bulan 3 tu...sebab yg tu serupa jer ibarat kereta rosak ganti driver je...ganti pulak dgn driver yg lebih ganas...makin rosak kereta...driver baru tu bukan tingkat 4 yg advice...tapi ex driver jugak yg advice...habis dah semua kena lanyak

    By Blogger Unknown, At 11:02 AM  

  • This comment has been removed by the author.

    By Blogger HH, At 11:40 AM  

  • Diorang ni sebok bising pasal harga petrol naik... dah tu bising pasal tanggung duit subsidi berbillion-billion. Dari dok whining pasal tanggung banyak subsidi ni, baik buat R&D bebetul kasi keluarkan kereta letrek ke, kereta pakai hydrogen ke...

    Ni tak, buat bio-diesal, dah tu campur 95% diesel betul. Alaa, setakat 5% je beb, baik aku naik motor je. Lagi jimat 80%.

    Ade gak yang aku dok dengar yang kerajaan punye la brag setiap hari cakap diorang tanggung sampai berbillion-billion guna subsidi minyak ni. Macam tak ikhlas je nak bagi... dok crita hari-hari dalam TV.

    Kalau tak nak kasi takpe laa. Tapi convert subsidi tu jadi duit. Kasi la dalam RM100K seorang penduduk Malaysia setahun. Sama gak kos diorang kasi subsidi minyak. Harga barang naik pon takpe.

    Alaaa.. kalau setakat harga minyak pasaran dunia tinggi tu, kalau tak bagi subsidi pon takpe.. kalau diorang kasi RM100K setahun, belanja beli pinyak harga RM10 seliter pon aku mampu beli laaa...

    ps:- barang siapa tak mampu, buleh order dari Arlong straight from Dubai!

    By Blogger HH, At 11:44 AM  

  • Qamjat,
    Masalahnya aku tak rasa yang Pakatan Rakyat akan mampu untuk membentuk kerajaan lebih lebih lagi lepas Pak Lah announce yang dia takkan bertanding.

    Untuk Anwar membentuk kerajaan, dia perlukan sokongan orang BN jugak. Nak harap PKR, PAS, DAP etc tak cukup.

    By Blogger cohong gym, At 12:39 PM  

  • Herman,
    Kalau tak bole nak subsidi dan tak bole nak bagi 100k kat setiap orang rakyat Malaysia, solution yang paling senang ialah dengan turunkan harga kenderaan. Abolish semua jenis cukai, gerenti harga kenderaan akan murah.

    Kita di Malaysia kena bayar harga yang sangat mahal untuk beli kenderaan. Dengan pendapatan perkapita, harga kenderaan sangat mahal dan membebankan kebanyakkan rakyat. Kalau dah murah, tak le beban sangat nak bayar minyak. Duit lebih, kita bole buat pelaboran.

    Ini tidak, harga kereta mahal nak mampos, bulan-bulan kena bayar instalment, pastu nak kena servis lagi. Minyak mahal, pastu dengan jam lagi. Macam mana nak hidup.

    Kita ni terpaksa membuat perbelanjaan yang sangat besar untuk kereta dan rumah. Kalau belanja besar untuk rumah, tak pe, pasal itu adalah satu investment. Tapi untuk kereta, tak berbaloi.

    Nak guna public transport pun tak sanggup pasal service yang sangat teruk dan tak efficient.

    Dulu kata masa harga minyak naik 30 sen, duit subsidi nak digunakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam, tapi sampai sekarang habuk pun tak de. Mungkin duit tu masuk ke poket orang-orang tertentu kot?

    By Blogger cohong gym, At 12:46 PM  

  • harga barang susah nk turun pasal ikut trend rakyat mesia skang nie... dh ramai yg badan naik melampau2, lemak kiri kanan atas bawah......... so marilah kita sama2 mengamalkan cara hidup yg sehat seperti tuan empunye blog ini hehe

    By Anonymous Anonymous, At 2:43 AM  

  • En Rompakan,
    Peh.. lama tak dengar cerita

    By Blogger cohong gym, At 9:55 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home