cohong gym

Thursday, September 11, 2008

Sept, 11

Hari ni genap 7 tahun peristiwa 11/9. WTC diruntuhkan oleh 2 buah pesawat penerbangan awam yang melanggar bangunan tersebut.

Peristiwa tersebut juga merupakan titik tolak tindakan Amerika menyerang Afganistan dan Iraq. Peristiwa tersebut juga telah menghalalkan darah orang islam di mana-mana sahaja yang disyaki pengganas oleh Amerika.

Isunya di sini, adakah benar Sept, 11 dilakukan oleh Al-Qaeda? Osama Bin Laden tak pernah mengaku terlibat dalam peristiwa tersebut. Dia hanya memuji orang yang melakukannya. Tetapi Amerika kuat menuduh Al-Qaeda sebagai dalang Sept, 11 dengan mengemukakan bukti-bukti dari bahagian perisikan.

Persoalannya, jika maklumat perisikan begitu tepat dan betul, mengapa Amerika tidak mempunyai maklumat tentang plan pengganas untuk merampas kapal terbang dan melanggar WTC?

Beberapa penganalisa mendakwa bukan Al-Qaeda yang melakukannya tetapi Amerika sendiri yang mengorbankan rakyatnya demi mendapatkan sebab untuk menghalalkan tindakan ketenteraan terhadap Afganistan dan Iraq. Afganistan yang dikuasai oleh Taliban dituduh bersetongkol dengan Osama Bin Laden. Iraq pula dituduh mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.

Bagaimana mungkin Iraq boleh mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, sedangkan semua orang tahu bahawa Saddam Hussein dan Osama Bin Laden bukan kawan. Bahkan mereka adalah musuh yang membenci antara satu sama lain. Sangat-sangat tak logik.

Penganalisa juga mendakwa Israel memainkan peranan utama dalam peristiwa Sept, 11. Hari tersebut merupakan hari cuti untuk bangsa Yahudi. Jika benar Al-Qaeda mendalangi Sept, 11, sudah pasti bangsa Yahudi adalah sasaran utama mereka. Mana mungkin mereka tidak mengetahui tentang hari cuti tersebut. Untuk merampas kapal terbang dan melanggar WTC memerlukan plan yang teliti yang akan mengambil masa yang sangat lama. Takkan mereka boleh terlepas pandang hari tersebut.

Seperkara lagi, tak logik jika Amerika tidak berbuat apa-apa apabila kapal terbang penumpang tersebut dirampas. Lebih-lebih lagi apabila pesawat tersebut terbang rendah di ruang udara New York. Amat mudah bagi Amerika memintas pesawat tersebut dengan mengunnakan pesawat-pesawat pejuang dan peluru-peluru berpandu mereka yang canggih.

Apa pun, benda dah terjadi. Afganistan dan Iraq sudah hancur. Saddam sudah dihukum bunuh.

4 Comments:

  • saje aku nak share some reading material ngan korang

    http://jewsvszionists.wordpress.com/a-tribute-to-jack-berstein-the-life-of-an-american-jew-in-racist-marxist-israel/

    By Anonymous Anonymous, At 8:47 AM  

  • Tak silap aku salah seorang mangsa yang aktif membuat penerangan tentang perkara sebenar trajedi tu pun dah masuk islam.

    By Blogger Abafahim, At 9:16 AM  

  • Kita semua kena main dengan Amerika & Yahudi sejak dulu lagi. Ni la bala yang tuhan turunkan pada orang Islam yang tak nak bersatu padu. Bahkan sama-sama berkomplot dengan musuh Islam untuk menjahanamkan orang Islam

    By Blogger cohong gym, At 11:36 AM  

  • yang peliknya, sejak tragedi 911 ni, kita yg susah bila nak buat pendaftaran syarikat atau pertubuhan, sbb SSM & pendaftar pertubuhan kata x blh dftr nama yang ada perkataan Islam, Islamiyyah (takut jadi JI kot) dan perkataan2 ala-ala arab. sape la punya idea ammend syarat pendaftaran ni, confirm x islamic langsung..!

    By Blogger Ifila Saila, At 4:53 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home