cohong gym

Wednesday, July 02, 2008

Adussss

Dah lama aku tak update blog ni. Sekarang ni ada sedikit busy. Gym pun aku dah tak pegi dekat 2 minggu. Moto power aku pulak masuk workshop. Dia punya engine ada problem. Nasib baik ada warranty lagi kalau tak melayang 700-800 ratus. Sampai sekarang moto power aku tak siap lagi, dah seminggu setengah kat workshop. So tak bole la aku merempit.

3 hari lepas, aku teringin nak makan maggi. Bila aku pegi kedai harga maggi dah jadi RM4.40. Peh mahalnya. Dulu baru je RM2.90. Kalau kat hypermarket baru RM2.60. Tapi sekarang kat hypermarket pun dah RM3.90. Ada yang RM4.25. Aku peratikan semua barang mengila-gila naik. Mampos la macam ni. Celah mana nak hidup.

Kata pepatah, ulat dalam batu pun bole hidup. Itu ulat, dia tak makan nasi. Kita manusia, macam-macam kita nak makan. Tapi bila harga barang dah naik mencanak-canak, susah la macam ni. Apa punya kerajaan la, takkan tak bole nak foresee benda-benda macam ni. Bila minyak naik tinggi sangat, barang-barang lain pun naik jugak la. Dengar cerita minyak nak naik lagi bulan Ogos. Tak tau la pulak lepas ni berapa pulak harga barang naik.

Bajau baru je lepas call aku. Dia turun KL esok. Dia ada martial art class or tournament. Bole la aku tengok dia kena belasah hehehehe.

5 Comments:

  • expert betul ko pasal harga maggie yer..

    By Blogger Abafahim, At 12:33 PM  

  • Maggi lover?? :)

    By Blogger audreyst, At 12:55 PM  

  • Ayid,

    hahahahah...tetiba je terasa nak makan. Aku turun kat kedai kat bawah, tengok harga RM4.40. Sekarang ni aku tak nak makan maggi. Aku makan angin je hehehhe.

    Audreyst,

    Not really. Once a while when i feel like to eat maggi. It's only when i am not dieting.

    By Blogger cohong gym, At 4:27 PM  

  • Dia makan burger sekarang hahahaha!!! Kalau aku tau benda ni, confirm aku bawa dia makan maggi!

    By Anonymous Anonymous, At 5:48 PM  

  • hahahhahhha

    By Blogger cohong gym, At 3:28 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home