cohong gym

Thursday, June 05, 2008

Hadiah Kerajaan BN Kepada Rakyat Malaysia

Hari Rabu, 6/6/08 merupakan hari yang bersejarah kerana kerajaan BN yang diketuai oleh Pak Lah telah memberikan satu hadiah yang sangat bermakna kepada rakyat sebagai tanda terima kasih kerana mengundi BN pada PRU-12.

Kerajaan BN telah menghadiahkan petrol dengan harga RM2.70 seliter. Harga sebelum ini adalah RM1.92 seliter. kenaikan RM0.78 merupakan bonus kepada rakyat. Ketika ditemubual, si Pak Lah berkata "Jangan lupa kerajaan masih memberikan subsidi kepada rakyat". Kepada Pak Lah, terima kasih banyak-banyak untuk hadiah ini, buat susah-susah je.

Kepada mereka yang mengundi BN pada PRU-12, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Kepada pekedai-pekedai, jangan lupa lepas ni naikkan harga barang. Kepada pengguna-pengguna macam saya, saya ucapkan selamat mengikat perut. Jangan lupa, pasir dan rumput kalau digoreng pun SODAP!.

19 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home