Siapakah yang layak untuk menjadi PM
Siapakah yang anda pilih untuk menjadi the next PM. Boleh pilih dari senarai nama yang di bawah ini atau boleh bagi cadangan lain :-
1. Najib Tun Razak
2. Muhyidin Yassin
3. Mukriz Tun Mahathir
4. Anwar Ibrahim
5. Razaleigh Hamzah
6. Cohong "Godzilla" DeMayo
1. Najib Tun Razak
2. Muhyidin Yassin
3. Mukriz Tun Mahathir
4. Anwar Ibrahim
5. Razaleigh Hamzah
6. Cohong "Godzilla" DeMayo
14 Comments:
Aku rasa yg paling layak adalah Syamsulfaiz aka benjamincafe.
Dialah yg paling layak skrg.ha ha
Politik adalah seni serba boleh!
By Dewangga Sakti, At 3:02 PM
Aku masih ingat lagi satu soalan sejarah macam soalan ko tu dalam majalah UJANG:-
Siapakah tokoh perjuangan kemerdekaan di Kelantan:-
a)tok janggut
b)tok misai
c)tok bulu
d)tok sideburn
e)tok ki
Mintak ko tolong jawabkan.
By Abafahim, At 5:38 PM
Zoy,
Aku rasa dia kurang layak la pasal dia tak de time management. Kau bayangkan la nanti kalau masa nak bagi ucapan kat PBB, bila sampai masa panggil the PM of Malaysia, Along tak de. Rupanya dia ada kat luar tengah tengok pameran hahahaha
By cohong gym, At 6:05 PM
Ayid,
Jawapan dia tok say (dalam sebutan bahasa german)
By cohong gym, At 6:07 PM
jawapan dia tokan!!!! hihihihi
Bagi soalan cohong pula, aku rasa no. 6 tu la yang paling layak jadi PM sebab bila orng bising je, dia baling dgn dumbell! Takde dumbell, dia baling dgn barbell! Takde barbell, dia baling supplement dia! Takde supplement juga sebab duit abis, dia baling dgn piring astro dia! ehh...ko takde astro kan cohong??? ko baling je la dgn apa2 benda yg ko ade..kena juga tu!
By Anonymous, At 3:50 PM
hahahahaha. Tokan pun ok gak.
Kalau aku jadi PM lagi bagus. Aku make sure semua kawan jadi menteri hehehehe.
Aku ada astro la....
By cohong gym, At 4:54 PM
Pada pandangan aku, (pandangan peribadi, bukan pandangan PARTI) orang yang paling layak untuk menjadi PM adalah En. SyamsulFaiz @ Along, sama seperti saranan En. Zoy.
Cumanya beliau hanya layak menjadi PM selepas Cohong meletakkan jawatan sebagai PM. Tapi bila masa pulak Cohong akan jadi PM? Adakah calon sebenar yg PL nakkan untuk ganti dia jadi PM adalah Cohong, dan bukannya Najib? Apakah "hubungan" Cohong dengan PL sebenarnya?
Mungkin Cohong akan mengadakan PC untuk menjelaskan kepada umum akan perkara ini dalam masa terdekat, kita nantikan...
By zuzrin, At 10:48 AM
Zuz,
Sebenarnya perkara tersebut masih lagi menjadi rahsia kerajaan. PL akan memindahkan kuasanya kepada aku selepas mendapat persetujuan dari Agong.
Hubungan yang luar biasa tak ada, cuma hubungan diantara mentor dan prodigy. Aku sebagai mentor. Bila prodigy sudah gagal maka mentor akan mengambil alih kuasa.
PC akan diadakan selepas persetujuan Agong diterima.
By cohong gym, At 3:11 PM
Aku sokong Godzila de Mayonis. Sekurang2nya taraf kesihatan rakyat Malaysia akan bertambah kuat dengan subsidi tepung supplement percuma untuk rakyat berusia 21 tahun ke atas , lebih banyak gym rakyat percuma dibuka, dan rancangan live senamrobik di Parlimen untuk MP.
By Syamsulfaiz, At 5:10 PM
yeah..
Sekiranya aku jadi PM, aku akan buat satu undang-undang yang mewajibkan semua rakyat malaysia bersenam. Produk kesihatan akan diturunkan harga. Supplement yang diimport akan dikecualikan dari cukai. Lebih banyak gym rakyat akan dibuka. Yang pastinya lebih canggih dan besar dari gym-gym yang ada sekarang dan masuk adalah percuma.
Bodybuilder Malaysia yang berpotensi akan ditaja 100%. Mereka akan dihantar bertanding keluar negara sehingga mampu menjadi PRO.
Mr. Olympia juga akan diadakan di Malaysia buat pertama kali.
Untuk kau pulak Along, aku akan buat satu undang-undang special. Kalau perut kau memboncit 1 inci, kau akan dikenakan hukuman penjara 3 bulan atau denda atau kedua-duanya hahahahaha
By cohong gym, At 5:58 PM
parti PAPAN aritu kan x bertanding...cmne inche along nak jd PM??? calon no 6 kot yg layak...tp die pn x bertanding aritu...gua dah konpius nih...
By Anonymous, At 11:05 PM
hahahahah betul gak tuh. tapi kalau dilantik jadi senator, boleh kot?
By cohong gym, At 9:43 AM
Kebelakangan ini, begitu lantang mantan Perdana Menteri ini berhujah mengenai perkara yang bukan-bukan sehingga menampakkan betapa busuknya perjalanan politik beliau sebelum ini.
Sememangnya Tun merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang luarbiasa yang begitu ligat dan lincah dalam memperjuangkan “kepercayan politik” beliau..
Sebelum ini, ramai yang meramalkan beliau akan bersara daripada politik dan duduk diam menghabiskan sisa-sisa umurnya, tetapi rupanya sangkaan kalangan menteri itu meleset.
Tanpa sedar orang tua ini, bingkas bangun bagai singa yang baru kebah dari demam menyerang Pak Lah bertubi-tubi.
Bersama-sama pengaruh yang turut sama tersenarai dalam “pemberontak-pemberontak” UMNO, Tun Mahathir telah membuat pelbagai tuduhan berat kepada Pak Lah dan seterusnya mengesa supaya PM meletak jawatan “demi keutuhan UMNO”.
Penulis tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut kemelut UMNO kerana sekali imbas kita boleh mengagak bahawa usia UMNO sudah tinggal tidak berapa hari lagi, dan lagi di”usik” UMNO maka akan bertambah nazak keadaannya. Saya lebih berminat untuk mengulas beberapa kepelikan Tun Mahathir dan tindak tanduknya yang agak tidak konsisten.
Jika sebelum ini Tun begitu berminat menjatuhkan Pak Lah untuk diganti dengan Najib, tetapi kelmarin, beliau jelas berpandangan bahawa Najib juga sudah tidak layak menggantikan Pak Lah sebagai PM kerana alasannya Najib begitu mementingkan diri daripada parti.
Soalan saya, pernahkah wujud seorang TPM yang secucuk dengan Tun? Jika kita imbas balik, dahulu sewaktu Tun menjadi PM, pengganti beliau sendiri bermasalah dari tidak tahan dengan beliau.Mula-mula dahulu Musa Hitam lari dari baying Tun, diikuti dengan Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, yang bukan saja dipecat tetapi dihina dan dimalukan dengan begitu dahsyat sekali.
Selepas itu beliau lantik Pak Lah sebagai PM dan memberi syarat bahawa Najib jadi TPM. Sekarang Pak Lah pun dia tak mahu dan begitu juga Najib. Alahai…tidak tahulah apa yang nak dikata lagi, sampai tujuh lapan orang yang dikira terbaik di kalangan pemimpin UMNO pun Tun tidak setuju, orang macam mana yang beliau hendak lagi kita pun tidak tahu.
Jikalau seorang dua dia tolak mungkin boleh diterima lagi tetapi kalau sudah sebegini ramai saya rasa kemungkinan masaalahnya pada Tun dan bukan pada orang lain. Cuba renung-renungkan …
Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, bekas Presiden PAS pernah berkata bahawa Allah mungkin memanjangkan umur Tun Mahathir supaya dia boleh lihat sendiri bahawa segala usahanya yang sangat dibangga-banggakan itu akan dihancurkan atau didedahkan satu persatu ketika beliau masih hidup. Benar sekali…
Sebaik saja Pak Lah menjadi PM pelbagai projek mega Tun telah dibatalkan termasuk Jambatan Senget ke Singapura, Projek Keretapi Berkembar dan sebagainya. Tun meletakkan Pak Lah dan bukan Najib sebagai PM kerana dia beranggapan boleh mengawal Pak Lah dari luar. Ini kerana Tun tahu Pak Lah ini lemah lembut orangnya dan dia dari jenis “saya yang menurut perintah” saja. Tekaan Tun tepat sekali. Tidak cukup dengan itu, Tun membuat fitnah dengan mengaitkan tampuk pemerintahan Abdullah dikawal oleh menantunya, Khairy Jamaluddin.
Ramai yang percaya membabi-buta tuduhan Tun itu, sehingga menuduh terdapat pakatan dari tingkat empat dan strategi dengan menggunakan ruang yang ada untuk memalukan Mahathir termasuk membebaskan Anwar, memberi publisiti luas skandal VK Lingam dan yang terakhir isu permohonan maaf kepada Tun Salleh Abas atas pemecatan beliau dahulu.
Semua ini membawa malu kepada Tun dan sebagai seorang “kaki lawan” Tun tidak akan berdiam diri apabila diserang begini rupa. Saya yakin kemelut UMNO semakin hari semakin kusut dan keretakkan besar mereka sedang menunggu belah.
Cerita UMNO… itu satu hal, tetapi apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah tentang Tun Mahathir. Jika beliau betul-betul mahu buat kebajikan di akhir-akhir hayatnya sepatutnya beliau keluar UMNO dan mungkin masuk PAS.
Bukankah sebelum ini Tun pernah berkata bahawa UMNO sudah tidak dapat dipulihkan lagi.Jika Tun berpegang dengan kata untuk menentang PM, maka Tun sendiri akan menjadi orang yang paling rugi kerana Tun lupa segala salahlaku beliau selama ini akan terdedah dengan sendirinya.Kita tunggu dan lihat.
Bekas UMNO TOTOK
By Anonymous, At 6:16 PM
senator? hahaha...bakal jadi senator pertama dlm sejarah tanah air memegang tampuk kuasa negara kelak...selamat berjaya!
By Anonymous, At 1:59 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home