cohong gym

Monday, February 18, 2008

Mari Mengundi

Kemunculan parti PAPAN dilihat akan memberikan satu tamparan kepada Barisan Nasional, PKR, PAS dan DAP. Parti PAPAN yang diterajui oleh Presidennya Saudara Syamsul Faiz dikatakan mempunyai ahli seramai berjuta-juta orang di China. Mengikut kata jurucakap parti, Saudara Zoy, ahli-ahli PAPAN akan turun beramai-ramai pada pilihanraya pada 8/3/2008 dengan menaiki tongkang dan dikhabarkan akan sampai pada 7/3/2009. Mereka berharap agar SPR dapat memberikan kelonggaran untuk mereka menunaikan tanggungjawap walaupun hari mengundi telah tamat setahun.
Diceritakan juga, ahli yang tidak berkemampuan membeli tiket tongkang akan mengundi dengan menggunakan SMS dan berjanji akan menghantar seberapa banyak undi yang bole mengikut kemampuan masing-masing. Oleh kerana harga SMS di China adalah lebih rendah berbanding Malaysia, maka kemungkinan Saudara Syamsul untuk menerima undi yang besar adalah cerah.
Parti PAPAN yang bermottokan, SAVE PANDA SAVE THE WORLD dipercayai dapat menarik ramai pengundi terutamanya mereka yang berkerja di Zoo dan mereka yang tinggal di sekeliling Zoo.
Saudara Syamsul yang berpengalaman luas dalam Pandalogy digambarkan sebagai calon yang sangat berkaliber dan sesuai untuk menerajui negara dalam era globalisasi. Beliau juga dilihat dapat menangani kemelesetan ekonomi yang sedang giat melanda negara pada masa ini.
Saudara Syamsul yang juga dipercayai boleh berkomunikasi dengan Panda dilihat sebagai calon pilihan oleh mak cik- mak cik dikampung kerana dikatakan mempunyai rupa yang comel dan juga digemari oleh kanak-kanak berumur 3 tahun kebawah kerana dilihat mempunyai iras seakan-akan seekor panda.
Syafinaz dan Paul Moss memberikan komen seperti berikut :-

Syafinaz - "Cara penyampaian bagus cuma ada sedikit masalah pitching. Gaya di atas pentas masih lagi kaku. Perlukan sedikit latihan untuk membuat persembahan yang baik".

Paul Moss - "I think you performance today is better than last week. May be there was a little bit problem with pitching but overall is ok. I hope to see a better performance next week from you".

Saudara Syamsul juga dipetik sebagai berkata "kami amat berharap agar para pengundi dapat melaksanakan tanggungjawap dan memilih calon yang dirasakan sesuai. Jadilah pengundi yang bijak, masa depan anda ditentukan di dalam pilihanraya ini".

5 Comments:

  • ha ha ha.Parti Panda Nasional (PAPAN) amat hebat dgn terju utama En Syamsulfaiz

    By Blogger Dewangga Sakti, At 9:59 AM  

  • Woii Mr Godzilla merapu je keje kau. Ko jgn ikut sangat cerita fiction si-Zoy tu. Nanti ada orang cari aku nak mengundi nanti camana nak jawab?

    Ada satu lagi fiction pasal Benjamin Cafe (lawati blog Dewangga Sakti). Itu lagi kecoh...sampai ada orang luar tanya alamat kedai.

    Ish..ish..ish

    By Blogger Syamsulfaiz, At 10:41 AM  

  • hahahahaha......jom kita pegi mencalonkan Along dari PAPAN untuk this coming election. Zoy, area mana kita nak bagi Along bertanding?

    By Blogger cohong gym, At 11:21 AM  

  • Untuk Along kita cadangkan dia supaya bertanding di Gombak sahaja.Sebabnya budak2 UIA semua register dkt Gombak pasti akan mengundi dia.Bayangkan berapa ramai budak2 UIA (masih belajar dan telah bekerja) yg ada.
    Pastinya Syamsul- tegap, macho dan selamba!
    Tapi dkt mana-mana pun boleh.Undi sms mesti banyak drpd China.

    By Blogger Dewangga Sakti, At 12:06 PM  

  • ya betolll. Kita nominate Along kat Gombak. Aku sure Along mesti menang punya la. Parti PAPAN akan membuka langkah bergaya ke dalam bangunan parlimen buat pertama kali.
    Hidup Along Hidup PAPAN!

    By Blogger cohong gym, At 12:54 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home