cohong gym

Tuesday, April 15, 2008

Peralihan Kuasa?

Sekarang sudah ada perkataan baru yang selalu disebut-sebut samada di dalam media atau di warung kopi. Orang bercakap tentang peralihan kuasa. Kuasa siapa yang beralih? itu belum tahu lagi. Desas-desus orang bercakap, Pak Lah nak alihkan kuasa dia kepada Najib. Nak alih kuasa macam dalam komik kung fu? mungkin tidak. Dalam erti kata sebenar, ia bermaksud Najib akan menjadi PM yang ke 6.
Persoalannya bila? sebelum pemilihan UMNO atau selepas pemilihan? atau mungkin 1-2 tahun lagi? Ada orang kata peralihan kuasa tersebut akan berlaku dalam masa 1-2 tahun lagi. Ada pulak yang kata sebelum pemilihan UMNO. Yang mana satu betul pun tak tahu.
Ada orang kata, Najib tidak clean. Tapi pendapat saya, PM sekarang pun dulu dipanggil Mr. Clean kalau bukan Mr. Cleaner. Tapi apa yang kita dapat bila Mr. Clean menaiki tahta? Kita dapat Mr. Cleantong (dibaca "Klen-tong").
Clean atau tidak, bukannya persoalan. Yang penting adakah dia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawap sebagai PM. Kita sebagai rakyat mahu hidup senang dalam keadaan aman dan damai.

7 Comments:

  • Peralihan kuasa? Bunyinya macam gah aje.. siapa yang nak bagi kuasa kepada siapa? PL kepada Najib? Apalah sangat kuasa yang PL ada sampaikan nak bagi kat Najib.. Sepanjang yang aku perati masa PL jadi PM nie, kuasa yang dia ada hanyalah kuasa tidur peringkat ke-13.. Janganle pass kat Najib kuasa tu.. kang tak pasal2 PRU13 BN jadi THE END.
    Walauapapun aku harap semua nie berlaku dengan secepat mungkin. Lagi lama PL kat Sri Perdana, makin terukla keadaan bangsa kita.
    Kalau orang dah menyampah, buatle apapun, tetap orang tak suka. Kesimpulannya BLAH LAH

    By Blogger zuzrin, At 10:04 AM  

  • Hahahaha, aku pun tak terpikir. Betul la, PL tak de power. Setakat nak alihkan kuasa dalaman pada Najib, baik tak payah. Kalau Najib pun tido jugak, aku confirm, PRU 13 BN kena tendang.
    Sebenarnya, aku pun tengah tunggu berita. Tapi belom ada lagi tanda-tanda. Mungkin semua orang mengambil sikap tunggu dan lihat. Dalam blog pun tak jumpa.

    By Blogger cohong gym, At 10:36 AM  

  • Kalau nak berubah elok buang semua. Pak Lah atau Najib sama saja satu rejim byk skandal. Bagi la dekat muka baru yg tiada skandal, Muhyidin pun kira ok.

    By Blogger Syamsulfaiz, At 12:20 PM  

  • Along,
    Seriously, aku pun tak tau sebenarnya siapa yang layak nak jadi PM sekarang ni. Aku pun tak pasti adakah Najib orang yang paling layak. Kau ada suggestion?
    Kalau ikut aku punya idea, aku nak Tun Dr. Mahathir jadi PM balik. Dalam banyak-banyak orang kat Malaysia ni, dia sorang je yang aku nampak layak untuk pegang jawatan no. 1

    By Blogger cohong gym, At 1:03 PM  

  • Along,
    Lupa satu perkara. Ada skandal atau tidak sudah tidak menjadi kriteria lagi. Dulu Pak Lah pun tak de skandal. Mr. Clean konon. Rupanya clean pasal Kementerian dia tak boleh buat duit.
    Yang penting, calon PM mestilah orang yang berkaliber dan ada "aura" seorang pemimpin. The most important, yang boleh buat hidup kita senang

    By Blogger cohong gym, At 1:38 PM  

  • Setuju dgn pandangan syamsul. Kalau Najib naik lagi bala besar....

    By Anonymous Anonymous, At 1:39 AM  

  • Aku rasa majoriti UMNO yg 'senyap' masih sayangkan Tun M. Cuma yg ada bbrp kerat yg berani bersuara mcm Mukhriz (off-course laa kan...), Muhyiddin, etc yg against or mempertikaikan kepimpinan PL laa ni. Kalau Najib naik mungkin ada baiknye, org Tun M akan bangkit semula & aku buleh forsee UMNO akan kembali strong. Cuma yg tak senang duduk & sure menentang adalah org2 yg opportunist dlm UMNO mcm Mat Taib, Nazri Aziz, etc. Buleh baca sikap lalang masing2...

    By Blogger Iwan, At 12:15 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home