Vote for your right
Kawan-kawan, jangan lupa menunaikan tanggungjawap kita pada 8/3/2008. Pilihlah dengan bijak. Kita memilih bukan untuk kepentingan diri tetapi kepentingan dan kesenangan semua rakyat Malaysia.
Jangan kita memilih hanya kerana datuk, nenek, mak, ayah dan orang kampung kita pilih, tapi pilihlah calon yang boleh membawa kesenangan dan bukannya kesenangan untuk diri mereka sendiri dan pengikutnya.
Jangan kita memilih hanya kerana parti tersebut sudah lama memerintah. Pilihlah parti yang kita rasakan relevan untuk zaman sekarang.
Siapa yang anda pilih? Undi adalah rahsia walaupun sebenarnya SPR boleh menyemak rekod pengundi dan boleh tahu siapa yang dipilih, hampehh..
Jangan kita memilih hanya kerana datuk, nenek, mak, ayah dan orang kampung kita pilih, tapi pilihlah calon yang boleh membawa kesenangan dan bukannya kesenangan untuk diri mereka sendiri dan pengikutnya.
Jangan kita memilih hanya kerana parti tersebut sudah lama memerintah. Pilihlah parti yang kita rasakan relevan untuk zaman sekarang.
Siapa yang anda pilih? Undi adalah rahsia walaupun sebenarnya SPR boleh menyemak rekod pengundi dan boleh tahu siapa yang dipilih, hampehh..
4 Comments:
Aku pun setuju ngan cadangan dan saranan kau tu Cohong.
Cuma aku ada sedikit kerisauan tentang siapa yang perlu diundi. Perkara ini dikhaskan kepada pengundi yang akan "balik" mengundi. Bila namanya "balik" mengundi, tentulah orang tu tak bermastautin secara tetap kat tempat tu. So adakah mereka-mereka ini tahu akan masalah yang berlaku kat tempat tu, atau apa yang telah berlaku selama waktu orang tu tak pernah berada dikawasan tu? Secara logiknya, orang yang tinggal kat kawasan tu semestinya tahu siapa wakil rakyat yang mereka hendak.
Contoh 1, ZAINOL kerja kat KL, tapi time mengundi dia kene balik mengundi kat kampung dia KG COHONG, MELAKA. Memandangkan dia tak berapa suka ngan PARTI AYAM so diapun pangkah wakil PARTI PANDA. Tapi masalahnya, orang kampung tu nakkan PARTI AYAM sebab wakil dia boleh buat keje dan dikenali, sedangkan wakil PARTI PANDA orang pun tak kenal, mukapun tak pernah nampak, tau-tau nak jadi wakil rakyat area tu.
Contoh 2, setelah berkahwin lain SYAMSUL FAIZ menetap di KL, tapi time mengundi dia kene pegi KUALA TERENGGANU sebab masa dia daftar mengundi dulu dia bekerja dan beranak pinak kat area tu. Masalahnya dah 3 tahun SYAMSUL FAIZ dah tak pegi area tu, dan dia tak tahu apa yang dah jadik dengan kawasan tu. Memandangkan isteri dia ugut dia pilih PARTI PANDA, so terpaksalah dia pangkah PARTI PANDA, padahal orang tempat tu menyampah ngan wakil PARTI PANDA yang hanya mementingkan diri sendiri dan kuasa.
Agak dilema jugak.. tapi bagi kes COHONG, mungkin dia boleh consult geng2 dia kat kampung or keluarga dia. Tapi macam kes SYAMSUL FAIZ, siapa yang perlu dipersalahkan? Kesimpulannya bak kata COHONG "Pilihlah dengan bijak. Kita memilih bukan untuk kepentingan diri tetapi kepentingan dan kesenangan semua rakyat" TERUTAMA penduduk kawasan itu sendiri.
Tentang undi rahsia, aku rasa untuk kali nie, SPR tak boleh check sapa pangkah siapa, sebab nombor siri yang dulunya ada pada kertas undi kita, dah dimansuhkan. So kalau nak undi sesapa pun SPR dah tak boleh check dah. Malah kalau rasa nak lukis gambar ke, tulis kata-kata ucapan ke, pun diaorang tak tau sapa yang buat ( tapi jadik undi rosakle)
KLIK SINI UNTUK KEPASTIAN
DAN SINI UNTUK LEBIH PASTI
Akhir kata, selamat mengundi dengan bijak.
UNDILAH PARTI PANDA !
By zuzrin, At 11:32 AM
Hmmmm... aku rasa la kan cohong, kau patut jadi calon la kat tempat ko. Sebabnya? Sebabnya orang kampung ko lebih suke ngan lubang hidung ko yg besar tu dari YB yg ada sekarang...betul tak?
UNDI LA COHONG!
By Anonymous, At 2:43 PM
zuz,
benar lah kata-kata kau itu. Banyak orang tak tau siapa wakil yang akan diundi, lebih-lebih lagi kalau dia tak menetap kat tempat tu. Majority mengundi berdasarkan cakap orang dan parti pilihan.
Untuk aku pulak, aku kenal wakil rakyat untuk penggal lepas, siap pernah datang rumah aku lagi pasal dia baik ngan mak aku. tapi kali ni dia tak dicalonkan. calon yang baru aku tak kenal. seperti yang kau kata, aku kena consult budak kampung aku dulu sebelum mengundi.
Untuk parlimen pulak, wakil yang lepas lansung tak berguna, buat mengabiskan beras je. nasib baik dah tak dicalonkan. yang baru ni pun aku tak kenal. kena check ngan mak aku.
By cohong gym, At 4:00 PM
Bajau,
aku nak follow kata-kata kau la. aku nak try bertanding, calon bebas pun ok hehehehe. kalau diaorang suka lubang hidung aku, mungkin aku bole menang. tak pun aku bertanding atas tiket parti PAPAN. Along dia punya presiden. kalau aku bertanding, kau hantar undi SMS banyak-banyak kasi aku menang, bila aku menang nanti aku bagi top up banyak-banyak kat kau.
By cohong gym, At 4:02 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home