cohong gym

Tuesday, April 22, 2008

Rakyat Malaysia Tidak Bertimbang Rasa

Setuju atau tidak, perkara ini memang berlaku dan sedang berlaku di mana-mana saja di Malaysia. Di jalan raya, pusat membeli belah, stesyen LRT/Monorail etc. Di jalan raya contohnya, pengguna jalan raya kurang memberi perhatian kepada pejalan kaki. Mereka gagal untuk berhenti ketika lampu isyarat merah. Di persimpangan di hadapan Wisma Genting contohnya, setiap kali lampu isyarat merah, ada saja kenderaan yang sengaja tidak berhenti dan akibatnya kadang-kala terpaksa mengelak pejalan kaki yang melintas.
Di stesyen LRT/Monorail, penumpang yang berada diluar LRT/Monorail tidak memberikan laluan kepada penumpang yang hendak keluar sehinggakan terpaksa berasak-asak. Di stesyen Monorail, security guard terpaksa memastikan penumpang yang diluar beratur dan memberikan laluan kepada penumpang yang keluar. Dah macam kambing.
Sampai bila rakyat Malaysia akan berkelakuan begini? Kita mempunyai kemudahan kelas pertama tapi mentaliti rakyat masih di kelas ketiga.

11 Comments:

  • kalau on the road lagi ler, cut q, bawak keta slow kat lane kanan, tertiba je masuk lane orang, tak bagi signal (kalau bagi signal pun tarus je masuk)

    By Blogger abi ilhan, At 4:30 PM  

  • itu la pasal. Lansung tak pikir pasal orang lain. Ikut suka hati mak bapak tiri diaorang je.

    By Blogger cohong gym, At 9:50 AM  

  • Cohong;

    Tu la.., ni yang aku nak nilai tambah dengan modal insan ni..err, betul ke penggunaan ayat aku tu.

    By Blogger Abafahim, At 10:30 PM  

  • satu2nye modal yg kite xleh nak 'roll' kan...modal insan...tmbh2 lak bile modal tu di'sumbang'kan dek org yg bertanggungjawab memperkenalkan idea modal sedemikian

    By Anonymous Anonymous, At 11:07 PM  

  • hahahaha nilai tambah modal insan aku tak tau, tapi kalai nasi tambah aku memang familiar.
    Rakyat malaysia mungkin kekurangan pengetahuan sivik. Terapkan kesedaran sivik kepada anak-anak supaya pembesaran mereka disertai dengan mentaliti kelas satu. Tapi kalau umur dah macam kita, baru nak masuk "modal insan" (aku sebenarnya tak tau apa maksud sebenar menatang ni), baik lupakan saja. Dah macam buloh tua, lentur lebih-lebih, patah pulak nanti

    By Blogger cohong gym, At 9:42 AM  

  • Bercakap pasal sivik ni, satu lagi yang aku harap boleh di majukan ialah keupayaan menyebut "Terima Kasih". Rakyat Malaysia bangga dengan senyuman sahaja tapi cakap Terima Kasih memnag malas. Dua perkataan ni memang penting dalam industri servis. Bayangkan kau bayar bil tak kira mahal atau murah, tpi yang kau terima, hanya wajah cashier yang tiada ekspresi, kadang tak pandang muka kau pun. Paling kurang adalah yang cakap "OK". Kalau mamak lagi aku menyampah buat perangai ni. No offence cohong ...hehaha. Terima Kasih

    By Blogger Syamsulfaiz, At 6:37 PM  

  • This comment has been removed by the author.

    By Blogger Iwan, At 12:00 AM  

  • Bukan aku nk bangga dgn rakyat luar negeri, tp pernah waktu bercuti di UK dulu, baru berdiri kat sebelah zebra crossing (bukan niat nk melintas pun), semua keta mula slow & ada yg berhenti pun. Tu takdek lampu isyarat tu! Aku pernah sekali nk lintas jalan kat Senawang ikut zebra crossing nyaris lg nk kena langgar, semua keta memecut tak hirau org lain.

    By Blogger Iwan, At 12:02 AM  

  • Along,
    Perkataan terima kasih dah jadi macam benda yang paling mahal. Macam kau cakap, susah sangat nak dengar orang cakap terima kasih. Tapi banyak jugak orang dan tempat yang sentiasa senyum dan ucapkan terima kasih. Kat area office aku, ramai orang yang senyum dan ucap selamat pagi & terima kasih. Kan elok macam tuh. Pagi-pagi muka dah ceria. Bila kita ucapkan selamat pagi/terima kasih, orang yang kita ucapkan akan ceria. Kalau kita dengar pun, kita bole ceria jugak.
    Aku dah tukar jadi Mat Solleh la, so memang no hard feeling hahahaha

    Mazda6,
    Memang betul apa yang kau cakap. Orang luar negara terutama di eropah lebih polite. Di jalan raya contohnya, pejalan kaki adalah diutamakan. Jarang sekali kedengaran bunyi hon. Kesedaran sivik mereka adalah sangat tinggi. Kalau kat Malaysia, pejalan kaki yang kena berjaga-jaga, silap haribulan kena langgar. Lampu isyarat dah merah pun tak bole melintas lagi. Kena pastikan semua kete & moto dah berenti baru selamat nak melintas.

    By Blogger cohong gym, At 10:24 AM  

  • Cerita pasal jalan raya, ada satu kejadian 'ngeri' berlaku tepi mata aku 2 hari lepas.
    Masa tu aku tengah bawak kereta, jam lebih kurang pukul 1 tengahari. Berhenti kat trafik light depan Bangsar Shopping Centre, menghala ke Bukit Damansara. Aku dok kat lane tengah, depan aku tu adale dalam 3-4 bijik kereta tengah tunggu lampu merah tukar hijau. Tiba2 jek aku dengar bunyi glass pecah diikuti pulak bunyi orang orang pompuan memekik. Aku pandang kiri, ada satu kereta kembara, baru lepas kene pecah ngan mamat 2 ekor yang naik motor, sekelip mata jek. Aku terasa macam nak kejar jek mamat tu, tapi depan aku kereta, sebelah aku pulak kereta yang baru kene pecah, lampu merah lagi, so aku turunkan cermin kereta and cakap kat pompuan tu untuk pegi straight to police station.

    Mungkin kalau kereta2 yg ada depan kereta pompuan nie alert dan bertimbang rasa, dapat membantu tahan perompak nie, dengan cara block or langgar jek motor tu. Tapi mungkin mereka sayangkan harta bende dan nyawa masing2 so, buat2 le tak nampak.

    Kesimpulannya, tak semua rakyat Malaysia tidak bertimbang rasa, cuma kadang2 ada bende yang menghalang untuk seseorang itu meluahkan reaksi timbang rasa mereka.
    Dan lagi satu, kepada pompuan2 yang memandu kereta, TOLONG le jangan letak handbag anda disebelah tempat duduk, letakle kat bawah kaki pun takpe, sebab itu akan mengundang orang untuk melakukan jenayah. Juga kepada semua pemandu, berhati2 apabila berenti dilampu merah.

    By Blogger zuzrin, At 10:51 AM  

  • Peh bahaya la. Perompak2 ni memang target pompuan je. Pasal pompuan mudah panik.
    Kalau kau kejar pun blom tentu boleh dapat pasal diaorang naik moto.
    Ada member kepada member aku pernah cerita pasal snatch theif. Ada satu orang ni pegi langgar the perompak dengan 4x4. Dia nampak kejadian tu, kejar the perompak pastu langgar. Perompak tu patah kaki kalau tak silap aku.
    Aku respect kat orang tu pasal dia tak sayang kat harta dia sangat, mungkin pasal kete dia keras tapi aku rasa dia marah sangat dengan kejadian snatch yang berluasa. Hati sudah terbakar, bila nampak benda tu berlaku depan mata, terus je bertindak. Kalau ramai orang Malaysia yang macam dia, aku rasa selamat jalan raya dari perompak yang macam ni.

    By Blogger cohong gym, At 11:53 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home