cohong gym

Monday, May 05, 2008

Kereta oh kereta

Mesti korang semua minat kepada kereta-kereta besar dan sporty. Tapi aku juga rasa kebanyakkan dari kita tak mampu nak beli sebiji apatah lagi dua biji. Apa yang mampu kita buat adalah meng"admire" kereta-kereta tersebut dan bermimpi memilikinya ketika tidur.
Kesemua kereta tersebut berharga ratusan ribu ringgit membuatkan aku terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki sebuah bahkan terpaksa juga melupakan hasrat untuk bermimpi memilikinya takut terpaksa membayar cukai import.
Kenapa harga kereta terlalu mahal, sehinggakan kita terpaksa membuat 2 investment yang sangat besar di dalam hidup. Yang pertama membeli rumah. Rumah merupakan investment yang baik kerana harganya boleh naik. Kereta bukanlah satu investment kerana apabila sahaja ia mendapat title secondhand, harganya akan merudum jatuh umpama buah betik yang sudah busuk. Sudah pasti investment tersebut tidak patut disebut investment kerana tidak mendatangkan hasil.
Kerajaan mengenakan duti import yang tinggi terhadap kereta-kereta import dengan alasan untuk memelihara nasib Proton dan Perodua. Akan tetapi, harga kereta tempatan juga tinggi hingga membebankan pembeli. Mengapa tidak diturunkan harga supaya semua orang mampu. Nama pun kereta tempatan. Sepatutnya harga mestilah jauh lebih rendah.
Alasan Proton harga tinggi kerana volume pengeluaran yang rendah membuatkan Proton menanggung beban kos yang tinggi. Proton tidak mampu bersaing diluar Malaysia kerana dikatakan tidak mempunyai kualiti yang setanding. Mengapa tidak Proton naikkan kualiti kereta. Jadikan kereta keluaran Proton setanding dengan kereta lain. Sudah 20 tahun Proton wujud, takkan masih tak mampu nak bersaing dengan syarikat pembuat kereta yang lain?
Mengapa kerana ketidakmampuan Proton, kita terpaksa menanggung beban? Kenapa kita terpaksa membayar harga tinggi sedangkan gaji kecil hanya kerana nak menjaga kepentingan Proton?
Aku sayang pada Proton, aku juga sayang pada duit aku. Kerana bukan senang nak dapat duit. Pada pendapat aku, Proton mesti bertindak dengan menaikkan kualiti kereta mereka supaya sentanding dengan kereta-kereta lain. Jangan bebankan rakyat dengan kegagalan Proton bersaing di pasaran luar.
Aku cukup sakit hati kalau tengok "Fifth Gear" atau apa-apa rancangan pasal kereta kerana harga kereta yang cukup murah, jauuhhhhh lebih murah. Tertekan hidup aku nih. Takkan hanya kerana nak memiliki kereta besar aku kena berhijrah ke England atau ke US?
Superbike pun sama, cukai yang dikenakan adalah terlalu tinggi hanya kerana ia dikategorikan sebagai barangan mewah. Sudah tidak wujud perkataan mewah dalam hidup. Semua barang sudah menjadi keperluan. Ia sudah menjadi keperluan asas untuk meneruskan hidup. Rakyat mestilah diberikan kebebasan untuk memilih dan memiliki sesuatu barangan kerana ia adalah hak-hak fundemental bagi setiap manusia.
Pemberian AP sebagai contoh. Sepatutnya kereta dan Motor yang dibawa masuk menggunakan AP adalah lebih murah tetapi sebaliknya yang berlaku. Kereta dan motor tersebut dijual dengan harga yang sangat membebankan pembeli tetapi memberi pulangan yang sangat lumayan kepada pemilik AP tersebut.
Sampai bila kita nak jadi orang yang hanya mampu melihat dan meneguk air liur apabila nampak kereta-kereta mewah dan motor-motor besar lalu di jalan raya? Sudah pasti orang yang meneguk air liur itu adalah orang-orang Melayu macam aku.

8 Comments:

  • Bayangkan kalau kereta berkualiti kini menjadi hak asasi manusia moden. Bermakna kerajaan Malaysia telah menyekat hak kita memandu kereta yang berkualiti. Purata untuk kita mati katak dalam kemalangan kereta tinggi sekali berbanding negara yang keretanya harga murah. Di Malaysia Proton Perdana yang tiada airbag dijual hampir sama harga dengan kereta import yang ada airbag. Tak patut betul. Sepatutnya kereta berciri keselamatan mesti boleh dibeli oleh semua orang. Bukannya orang kaya sahaja.

    By Blogger Syamsulfaiz, At 2:27 PM  

  • Kau memang betul Along. Rakyat Malaysia dipaksa membeli kereta yang berkualiti rendah bersama-sama dengan ciri-ciri keselamatan yang sangat minimum. Bila berlaku kemalangan, kadar kematian dan kecederaan adalah sangat tinggi. Tidak hairanlah Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar kematian akibat kemalangan yang tertinggi didunia. Segala kempen pandu cermat hanyalah untuk menutup pekong yang sudah terbuka luas. Kalau kita pandu cermat, tapi kerana kecuaian orang lain dan ciri keselamatan yang minimum, sekiranya berlaku kemalangan pasti kita akan mengalami kecederaan yang serius atau mungkin akan mati.
    Aku berpendapat ini adalah hak asasi setiap rakyat Malaysia seperti yang telah termaktub di dalam Federal Const. Jangankan kerana negara nak mengutip keuntungan, rakyat menjadi korban.

    By Blogger cohong gym, At 2:48 PM  

  • Aku tak berapa faham kenapa kereta yang sedia tinted (kereta recond) yang diiktiraf antarabangsa akan ciri-ciri keselamatannya tidak dibenarkan di Malaysia?

    Ini dah bertentangan dengan prinsip P.Lah, fasiliti no 1, tapi mentaliti tahap 3 (kelas pemulihan). err..betul ke penggunaan ayat aku tu dalam topic ni?..

    By Blogger Abafahim, At 4:53 PM  

  • Penggunaan ayat yang betul. Itu la pasal, bukan kau sorang je yang tak paham, aku pun tak paham kenapa kereta-kereta tersebut tidak dibenarkan di Malaysia.
    Kau jugak kena ingat satu benda pasal P.Lah ni. Dia kan pelupa. Semua benda yang dia cakap hari ni, dia akan lupa esok harinya.
    Mungkin dia ni jenis orang yang hanya tau bercakap (itu pun tak sedap didenganr) tapi tak tau nak buat.

    By Blogger cohong gym, At 5:12 PM  

  • Hmmm... aku ada 2 kereta: Gen2 & Mazda6. Gen2 aku beli dlm RM52k++. Mazda6 dalam AP aku RM45k je tp dijual kt sini 3x ganda harganye. Rasanye tak buleh nk compare bukan hanya dari segi harga, tp kualiti (barang & workmanship), safety (air-bag, ABS, EBD, traction), saiz (proton segment C copared to Mazda6 segment D, macam Camry & Accord)...

    p/s: Tp kalau tax dihapuskan aku tk tau apa akan jadik kpd ekonomi Malaysia, brp plak nk jual keta2 Proton & Perodua? Mungkin Gen2 nilainya tak lebih RM15k?

    -Mazda6-

    By Anonymous Anonymous, At 4:28 AM  

  • Kalau dihapuskan tax, kereta-kereta Proton & Perodua akan turun harga dan beban rakyat Malaysia dapat dikurangkan.
    Apa yang Proton & Perodua perlu buat adalah meningkatkan kualiti kereta keluaran mereka supaya dapat dipasarkan diluar Malaysia. Dengan itu, pendapatan mereka akan bertambah.

    By Blogger cohong gym, At 10:16 AM  

  • Turunkan harga kereta Proton menjadi lebih murah.Sekurang-kurangnya dua puluh peratus drpd skrg.
    Atau menjadikan kereta lebih berdaya saing dan berkualiti sejajar dgn perkembangan automotif antarabangsa.

    By Blogger Dewangga Sakti, At 12:53 PM  

  • Ya betul! sepatutnya harga Proton jauh lebih murah. Aku dengar cerita, kos nak buat sebijik kereta tak la mahal mana. Tapi Proton up kan harga mungkin nak untung lebih.
    Kan lebih baik kalau harga Proton murah. Lagi ramai orang mampu beli dan seterusnya keutungan Proton akan meningkat.

    By Blogger cohong gym, At 3:38 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home