cohong gym

Tuesday, June 03, 2008

Naik Moto

Aku balik kampung naik moto. Ini ada pertama kali aku balik kampung naik moto sejak aku ada kat KL dari tahun 1994. Aku saja je nak try naik moto pasal biasanya aku balik naik kete, tapi modalnya besar. Minyak + tol.

Berdebar gak rasa bila aku nak gerak. Takut. Nak kena ikut highway lagi tuh. Dah la first time. Aku tau la jugak macam mana nak ride kat highway pasal aku selalu gak observe moto-moto lain kat highway. Tapi still mendebarkan. Aku gerak dari rumah pukul 8.30 pm. Aku ride pelahan je. Sengal bontot woo. Aku stop dua kali, kat seremban & Air keroh. Merehatkan badan sambil hisap rokok. Aku sampai kampung pukul 11.30pm. 3 jam tuh.

Hari Ahad, aku gerak balik KL. Kali ni aku buat 2 jam je. Aku gerak pukul 10.00 pm sampai KL pukul 12.00 am. Ok gak sebenarnya naik moto. Cuma letih je la. Tapi nasib baik gak aku naik moto pasal kat senawang jam teruk. Kereta banyak sampai ke KL. Kalau naik kereta, aku rasa pukul 1 aku baru sampai KL.

13 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home