cohong gym

Tuesday, August 05, 2008

Helmet

Semalam kat dalam berita ada tunjuk pasal kempen kesedaran pakai helmet untuk penunggang dan pembonceng motosikal. Mengikut statistik kemalangan, kebanyakkan kemalangan maut melibatkan motosikal. Salah satu faktor kecederaan dan kematian yang tinggi adalah kegagalan pengguna motosikal untuk memakai helmet atau gagal untuk memakai helmet dengan betul.

Aku sokong 100% kempen ni. Aku rasa kadar kecederaan dapat dikurangkan sekiranya kita pakai helmet. Semalam jugak tv tunjuk temuramah dengan orang ramai. Ramai yang cakap pasal tak pakai helmet. Tapi ada sorang mamat ni (aku rasa dia anggota sukarela dari St. John Ambulans) cakap penggunaan helmet yang murah pun boleh menyebabkan kecederaan kerana kurangnya protection. Semalam jugak timbalan menteri cakap nak bagi helmet free kat pengguna motor. Kat tv tunjuk gambar pelancaran kempen. Kempen yang baik cuma helmet free tu macam helmet murah je. Kalau setakat macam helmet apollo, baik tak payah.

Aku rasa kita ni teraniaya dengan polisi kerajaan yang lebih mementingkan keuntungan dari kebajikan rakyat. Helmet yang berkualiti tinggi dan selamat dijual dengan harga yang sangat tinggi. Dah la mahal, tak banyak pilihan pulak tu. Kedai yang ada jual pun beberapa kerat je, so diaorang bole main harga. Kalau satu helmet dah macam satu bulan gaji, macam mana nak beli. Yang pakai motor, majoritinya adalah mereka yang baru bekerja atau berpendapatan yang rendah ataupun student. Kemampuan untuk membeli terhad dan kurang. Kalau harga helmet bole buat belanja makan satu-dua bulan, takkan la diaorang nak beli helmet macam tu. Akhirnya, beli helmet Apollo yang harganya kurang RM40 (kalau tak silap aku). Helmet ni Mat Rempit ramai pakai. sampaikan kalau nampak orang pakai Apollo terus kena cap mat rempit. Dah la nak merempit, pakai helmet yang tak de kualiti lansung, Peh!! tak sayang kepala ke bang?

Aku rasa kerajaan patut turunkan cukai import ke atas barangan penunggang macam helmet, jacket, boot, gloves etc. Keselamatan lagi penting dari tax. Kalau dah ramai sangat yang cedera, kerajaan pun rugi gak kena tanggung kos perubatan.

Update :

Mehtab cakap ngan aku impot tax untuk moto besar akan diturunkan. Banyak mana? tak tau lagi. Aku harap turun banyak. Dengan harga minyak yang mahal, ramai orang nak pakai moto. Sesiapa yang ada duit lebih, bole la beli moto besar tahun depan.

14 Comments:

  • kalau pakai helmet canggih pun, tiba2 ada konkrit jatuh drpd jejambat MMR2 sammy vellu tu, mahu cedera parah jugak kepala kita..!

    By Blogger Ifila Saila, At 6:45 PM  

  • hahahah itu bukan cedera parah lagi dah tu. Itu terus jadi arwah.
    MRR2 dah repair pun boleh ada hal lagi. Apa punya Mr. Sammy la. Ini mesti makan banyak giler sampai kontraktor tak bole nak buat ikut spesifikasi.

    By Blogger cohong gym, At 9:08 AM  

  • Aku tunggu kereta yg jimat minyak keluar... sekarang ada opsyen NGV, air, Hybrid tp tak byk pilihan utk jenis kereta. Hyundai br keluar Accent harga termasuk pemasangan NGV dan warranty.

    By Blogger Iwan, At 9:02 AM  

  • Ok la tu incik. Minyak dah mahal. Lepas ni beli keta yang pakai air. Apa kata aku suggest kat kau beli keta lembu je. Tak pakai minyak tapi pakai rumput. Banyak untung woooo

    By Blogger cohong gym, At 1:40 PM  

  • takut kat area rumah midi dah xde rumput, sbb byk sangat pembangunan.. kalau nak rumput kono balik kampung kek pilah atau batu kikir.. lombu pun banyak !!

    By Blogger Ifila Saila, At 4:46 PM  

  • Bagus idea tu cohong. Ngko promote laa kat Gomen, mana tau dpt konsesi kereta 'lembu' sewa ke. State EXCO pun elok tunjuk contoh kpd rakyat dgn naik keta lembu, mesti selesai kes maintenance tinggi mcm kt Tengganu hari tu.

    By Blogger Iwan, At 8:22 PM  

  • i'm e first?

    By Blogger Abafahim, At 6:49 AM  

  • hahaha nanti aku usulkan. Kalau dapat kontrak supply lembu, bole la kongsi ramai-ramai. Nanti bila lembu-lembu tu dah pencen, bole kita jual buat korban.

    Ayid, kau nak jadi the first naik kete lembu ke?

    By Blogger cohong gym, At 4:31 PM  

  • Eleh... lembu tu yg naik cohong!

    By Anonymous Anonymous, At 9:43 AM  

  • Bajau, kau naik kuda je

    By Blogger cohong gym, At 10:16 AM  

  • cepat la buat posting terbaru, so aku boleh jadi the first to comment!

    Nak buat kat blog Tun tak dpt2!

    By Blogger Abafahim, At 9:07 AM  

  • Ehh am I the last to comment?

    Cohong kau pakai serban benggali la, dapat pahala kau dan jimat duit.

    By Blogger Syamsulfaiz, At 12:37 PM  

  • Ayid,

    Kesian kat kau. Nanti aku buat posting baru. Kat blog TDM, aku merasa jadi orang no. 6. Kira hebat la tuh hehehe.

    Along,
    Sekarang tak bole pakai serban takut orang salah anggap Osama Bin Laden. Aku nak pakai full face

    By Blogger cohong gym, At 6:28 PM  

  • sape2 nak pinjam serban arqam utk buat helmet, aku ada simpan stok lagi..

    By Blogger Ifila Saila, At 12:20 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home