cohong gym

Monday, October 13, 2008

Sama rata

Semalam aku ngan Murni ke KLCC, ingatkan nak tengok wayang tapi tetiba adik aku call suruh datang rumah dia kat Seri Kembangan. Sebelum blah ke sana kitaorang singgah kat Coffee Bean. Ramai gak orang, tapi yang menarik perhatian aku ialah seorang budak kecik dengan parent dia. Mereka warganegara Indonesia berbangsa cina.

Ibu bapanya masih boleh berbahasa cina tetapi si anak petah berbahasa Indonesia. Apa yang aku nak katakan kat sini ialah betapa di Indonesia, semua rakyatnya tidak kira bangsa bertutur di dalam bahasa kebangsaan. Sebaliknya berlaku di negara kita. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur di dalam bahasa Melayu.

Kalau di Indonesia, since semua rakyat bertutur dalam satu bahasa maka tiada sebarang masalah dalam pergaulan. Malah mereka juga bercakap dalam bahasa Indonesia di rumah.

Kita di Malaysia mengalami masalah dalam pergaulan berlainan bangsa. Masalah ini berlaku kerana bahasa. Oleh kerana penguasaan bahasa yang terbatas maka secara automatiknya pergaulan juga akan terbatas. Melayu kawan dengan Melayu, Cina dengan Cina dan seterusnya.

Banyak yang telah dibuat oleh kerajaan untuk menghapuskan jurang pergaulan, contohnya Program Khidmat Negara. Tetapi masih gagal.

Pada pendapat aku, ada beberapa perkara yang boleh dibuat. Mungkin sukar buat masa sekarang, tapi hasilnya mungkin baik untuk jangkamasa yang panjang.

Yang paling utama ialah bahasa. Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama selain bahasa Inggeris. Semua diwajibkan bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau tak bole, kena belajar sampai pandai.

Sistem sekolah juga perlu diubah. hanya ada satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Sekolah selain dari sekolah kebangsaan, perlu dihapuskan. Supaya semua murid bercampur sejak kecik.

Jika dua perkara ini dapat dibuat, maka tidak akan ada masalah pergaulan di kalangan rakyat Malaysia.

Kalau di barat, mana ada sekolah jenis kebangsaan? semua sekolah kebangsaan. In fact kat dunia ni, hanya di Malaysia je yang ada sekolah selain sekolah kebangsaan yang mempunyai bahasa penghantar selain bahasa kebangsaan. Kalau sistem ini diteruskan maka sampai bila-bila pun masalah ni tak kan selesai.

Apabila semua sudah menguasai bahasa Melayu dan bertutur di mana jua mereka berada, maka next step bole di ambil.

9 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home