cohong gym

Tuesday, October 07, 2008

Hari Keluarga

Hari raya kedua itu hari, kitaorang mengadakan hari keluarga (family sebelah mak). Hari keluarga ni merupakan idea pak cik aku. Nak mengumpulkan semua kaum kerabat supaya dapat berkenalan, takut nanti berselisih bahu pun tak kenal.

Atuk aku ada 2 isteri. Dengan isteri pertama, ada 10 orang anak. 6 lelaki dan 4 perempuan termasuk mak aku (anak ke 9). Dengan isteri kedua, ada 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan. Semua sekali ada 14 orang. Aku tak tau berapa jumlah cousin yang sebenarnya. Aku rasa ada dalam 40-50 orang kot? Atau lebih. Anak buah pun berlambak. Aku rasa sedara mara semua sekali ada dalam 300-400 orang.

Cousin aku yang paling tua, aku rasa sama umur atau lebih tua dari mak aku. Anak buah (anak cousin aku) yang paling tua, sama umur dengan aku. Kitaorang sangat rapat, especially dengan sedara mara yang tinggal kat Kg Chohong, ada dalam 15 orang cousin dan anak buah yang umur lebih kurang. Aku yang paling tua. Kitaorang lepak, pegi clubbing, jamming, main bola etc. Kalau pegi bergaduh pun kitaorang pegi sekali. Dah macam kawan-kawan.

Itu hari, sedara mara yang datang ada lebih kurang 300 orang. Hari keluarga kali ni di sponsor oleh Pak Ngah aku. Dia sponsor lembu sekor dan perbelanjaan lain termasuk angpow raya. Program kali ni menarik. Ada pertandingan nyanyi lagu raya dan nasyid, treasure hunt, sesi bergambar dan makan. Aku dan Najmi masuk treasure hunt, tapi kalah. Pertandingan menyanyi adalah sepontan. Tak de practise, pilih lagu n terus nyanyi. Kitaorang nak masuk gak, tapi bila mengenangkan suara tak sedap, kitaorang batalkan hasrat tersebut.

Walaupun penat pasal hari sebelumnya, Aku, Najmi, Cumau etc kena tolong potong daging dan masak, tapi kitaorang enjoy.

7 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home