cohong gym

Tuesday, September 16, 2008

16 Sept

Ada apa-apa perubahan ke hari ni? Tak de apa-apa pun. Kata nak tukar kerajaan. Apa ni? Senyap je? Dengar cite nak pegi jumpa PM nak bincang pasal tukar kerajaan. Biar betul. Kalau dia dapat tukar kerajaan dengan hanya berjumpa PM, memang la hebat. Tapi aku lupa la pulak kan, PM kita kan the Mr. Flip Flop. Tak mustahil dia kata boleh tukar. Lagi pun, menantu dia kan peminat Anwar. Dulu siap hantar passport sampai ke rumah. Mungkin si KJ akan menasihatkan PM supaya setuju untuk tukar kerajaan.

21 Comments:

  • Aku ingat akhir sekali Anwar akan jadik giler la, tak pun kena azab Tuhan di dunia ni lg... Terlampau gilerkan kuasa sejak zaman Tun M dulu lg.

    p/s: Den yg pertamo?

    By Blogger Iwan, At 11:00 AM  

  • Iye, ekau yang pertamo. Hadiahnya, Baucher lunch di Menara KL untuk kau sahaja, Orang lain tak bole jadi wakil, di bulan puasa. Bulan lain, baucher tak laku.

    Anwar masih nampak confident. Aku tak tau apa yang dia pikirkan. kalau aku jadi dia, dah lama dah aku terjun laut. Tak tau mana nak letak muka. Malu woo. Dulu dok kecoh pasal 16/9. Sekarang habok pun tak de.

    Mungkin dia dah giler. Dah jadi mental pasal terlalu gilakan kuasa.

    By Blogger cohong gym, At 12:49 PM  

  • dari press conference anwar tadik

    " we have a list of bn mp who is willing ly to hop party and the list is pak lah`s eyes only, this list will be available during the proposed meeting between me and him"

    "i dont want to disclose it now because we know how they gonna play the game, it is enough that one of us are already in ISA"

    By Anonymous Anonymous, At 4:07 PM  

  • For Pak Lah eyes only? Kalau Pak Lah nak jumpa dia, so dapat la tengok the list. Tapi kalau tak nak jumpa? kita takkan tau samada list tu wujud atau hanya mainan politik Anwar.

    Yang pastinya aku tak nak Malaysia ditadbir oleh oleh pemimpin macam Pak Lah dan kuncu-kuncunya. Hancur kita jadinya. Dari sebuah negara yang disegani dan digeruni menjadi negara pengecut, sampaikan jiran yang besarnya hanya sekangkang kera pun boleh pijak kepala kita.

    By Blogger cohong gym, At 5:32 PM  

  • Aku masih doubt psl list yg diwar2kan oleh Bro Anwar... Knp beliau perlu dptkan consent P'Lah plak? Kalau betul patut dia umum je tarus, takde bezanya kalau betul Gomen nk guna ISA sama ada sebelum atau selepas P'Lah tengok list tu. Lg laa b advantage utk Gomen sbb dh tau sape yg nk lompat parti, tak payah agak2 siapa orangnye... Melainkan, P'Lah bersekongkol plak dgn Bro Anwar ttg barisan kabinet baru tajaan Pakatan Rakyat tu. Itu cuma pd pandangan logik aku je...

    By Blogger Iwan, At 8:34 PM  

  • memang dah ada conspiracy theory kedua-dua tuh bersekongkol

    By Anonymous Anonymous, At 11:50 PM  

  • allo kengkawan,
    aku tertanya-tanya sapa la yg nak lompat parti ni, kalau betul dsai dah ada list MP yg nak join PR wajar usaha utk tukar kerajaan disegerakan......atau itu mungkin cuma omong kosong dia je...Wallahualam, aku nak gak tengok betul ke petrol boleh dia turunkan jadi RM2 seliter, btw aku nak inform cohong, czar & yg lain2 yg mengenaliku bhw aku akan mula bertukar kerja ke Rawang effective 1 Nov 2008, yeeehhaaaa akhirnya aku dpt kembali ke KL dan dekat dgn kesultanan gombak

    By Blogger tamlikha, At 9:47 AM  

  • Bersetongkol? Kalau betul diaorang bersetongkol, betapa malangnya kita semua. Negara kucar kacir kerana politik hinggakan ekonomi dipinggirkan.

    Betapa malangnya kita yang memerah otak memikirkan nasib negara.

    Betapa malangnya nasib penyokong BN dan PR.

    Rojet,
    Selamat pulang ke KL. Jom pegi mabok hahahaha

    By Blogger cohong gym, At 3:20 PM  

  • Diorang ni lompat parti tupperware pun tak tentu lagi...
    Aku rasa Pak Lah mesti takkan jumpa Anwar sorang2 sebab Anwar ni orang asyik dok syak je bila bab private meetings nih.. eh..

    By Anonymous Anonymous, At 3:46 PM  

  • Mior,
    Kau seronok dapat pulang ke KL kerna boleh menghidupkan kembali Cryptic Malediction yang sudah beralih arah kepada permainan ghazal kot?

    By Blogger Unknown, At 4:50 PM  

  • Universal Cynic,
    Itu pun ada kemungkinan juga. Jumpa Anwar sorang-sorang tu. Bahaya woo.

    By Blogger cohong gym, At 5:00 PM  

  • Anyhow, Pok Lllah dah announce 2 perkara yang membuatkan aku nampak bakal menggegar kestabilan politik:

    1. Pertukaran portfolio dgn Tok Jib
    2. Mengumumkan Anwar Beraim sebagai ancaman kepada kestabilan politik dan ekonomi Malaysia dan kerajaan akan mengambil tindakan

    Kedua-dua perkara ini membimbangkan sebab ada kemungkinan tentera dan polis akan dikerahkan demi untuk mempertahankan kuasa lebih-lebih lagi Ku Leigh dan Muyidin dengan secara terang-terang disokong Tun Det untuk menentang kombinasi Pak Lllah dan Tok Jib.

    Banzai!!!

    By Blogger Unknown, At 5:25 PM  

  • Qamjat,
    Ketidak stabilan politik dan ekonomi bukannya 100% salah Anwar Berahim. Aku menyalahkan Si Dolah. Kerana dia tak pandai memimpin menjadikan Malaysia dalam keadaan sekarang. Dia mendapatkan nasihat dari menantu yang tiada pengalaman lansung dalam hal pentadbiran negara.

    Pada krisis 1997/98, berlaku refomasi dan krisis matawang. Tetapi keadaan ekonomi dan politik masih terkawal. Tindakan berani dan tegas TDM menyelamatkan Malaysia daripada IMF. Pada ketika itu Anwar menggunakan pengaruh US untuk menjatuhkan TDM, tapi TDM kebal dari sebarang konspirasi politik Anwar.

    Apa yang aku cuba katakan ialah, kestabilan politik dan ekonomi bergantung kepada polisi kerajaan. Sekiranya kerajaan lemah, maka politik dan ekonomi jugak akan turut lemah

    By Blogger cohong gym, At 6:02 PM  

  • Cohong, nak mabok air apa ngan aku?? Air tuak haha

    Qamjat, Zoy dah aktif ngan Dewangga Sakti, keaktifan Cryptic bergantung pada dia, aku suka balik ke kl sbb aku bole berada di kalangan circle of friends, anyway bole g lepak beb

    By Blogger tamlikha, At 9:07 AM  

  • Air apa kau nak? kalau nak mabok air sirap, pun ok.

    Kau tak nak join Dewangga Sakti ke? bole pegi melancung sampai ke Jepun and China. Minah Jepun ngan China best woo....

    By Blogger cohong gym, At 11:38 AM  

  • aku nak join parti SAPP yang declare keluar BN kat sabah tu je lah.. huhuu...

    By Blogger Ifila Saila, At 4:57 PM  

  • hahahaha cohong, suara aku haram tak best kalau nak nyanyi untuk DS, suara Mohsen dah cukup power untuk jadik vokalis DS

    By Blogger tamlikha, At 8:40 AM  

  • Rojet,
    Tak payah jadi lead vocal pun tak pe. Jadi suara harmoni pun ok. Apa kata kau dengan aku pegi audition dengan Zoy hahahahha.

    Cuba kau bayangkan buat persembahan kat Jepun, pastu dikelilingi awek-awek jepun yang cun (yang tak cun tak bole)

    Lipi,
    SUPP tak best la lipi. Kita tunggu dan lihat. Kalau ikutkan berita terkini, tak lama lagi si Dolah akan letak jawatan. Sudah teruk kena preasure. MT pun dok preasure dia

    By Blogger cohong gym, At 2:03 PM  

  • hehehe, idea yg menarik tu cohong, bole jadik backing vokal harmoni, tapi tak aci la, sure aweq2 jepun lagi suka kat ko sbb ko badan tough, aku pulak ala-ala boroi gitu

    By Blogger tamlikha, At 2:52 PM  

  • sape2 nak buat recording boleh la try recording kat studio aku kat bandar country homes rawang..

    tapi sblm ni kitorang banyak buat recording nasyid je lah.. sebelum ni yg pernah record kat situ kump flava (sblm join gangstarz, nama kump assaufi ke ape ntah) pastu kump sofieya yg join akademi nasyied, buat demo tape. yang terkini mel (x-vokalis wings) recording album raya.

    kalau korang nk mintak meal nyanyi feat. kat lagu korg bgtau lah.. hehe.. aku blh adjust.. (mcm off topic je kita nih)

    By Blogger Ifila Saila, At 3:26 PM  

  • Rojet,
    Sekarang ni boroi sudah jadi pesen baru. Boroi itu seksi hahahahaha

    Lipi,
    Wah, ada recording studio la. Menarik tu. Bole disampaikan kepada Incik Zoy

    By Blogger cohong gym, At 4:05 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home