cohong gym

Wednesday, October 08, 2008

Akhirnya

Akhirnya terjawap sudah teka teki yang paling susah nak diselesaikan oleh rakyat Malaysia. Pak Lah telah membuat pengumuman bahawa dia tidak akan bertanding jawatan presiden UMNO pada bulan Mac tahun depan.

Najib secara otomatiknya akan bertanding jawatan presiden dan akan ditentang oleh Ku Li, itu pun kalau Ku Li dapat cukup pencalonan.

Finally, berakhirnya sebuah cerita dongeng zaman moden.

13 Comments:

  • kan Anwar nak tubuhkan kerajaan?!! Merasa ke najib jd PM?

    By Blogger Abafahim, At 9:54 AM  

  • YB Kg Chohong,
    Mengumumkan tidak bertanding tidak bermakna Pak Lah tidak akan dapat pencalonan.

    Dan kalau Pak Lah dapat pencalonan yang cukup, ada kemungkinan dia akan bertanding juga-on request-kononnya bukan sendiri mahu.

    Kemungkinan itu memang ada dan sangat besar. Ada berita mengatakan usaha telah dibuat untuk mendapatkan petisyen dari UMNO Divisions untuk beri sokongan kepada Pak Lah.

    Kalau mengikut laporan The Star Online semalam, petisyen telah pun dibuat dan 191 bahagian menyokong pencalonan Pak Lah. NST Online pula dimetik sebagai melaporkan 85 bahagian sebagai menyokong Pak Lah kekal.

    Kalaulah betul, aku rasa ada logiknya plan dibuat sebegini supaya tidak nampak Pak Lah nak jadi PM lebih lama lagi. Dia akan bertanding atas permintaan.Nampak hensem sikit.

    Lagipun pisau untuk menikam Najib sudah ada. RPK sedang dibicara dgn kes tuduhan keterlibatan Najib-Rosmah dalam kes Altantuya.

    KJ juga takkan berani bertanding kalau takde sandaran yang kuat (baca seperti komik Pedang Setiawan).

    So expect the unexpected.

    By Blogger Unknown, At 10:04 AM  

  • Ayid,
    Kemungkinan besar Anwar akan kempunan sekali lagi.

    Qamjat,
    Memang betul apa yang kau kata. Pak Lah terkenal dengan Flip Flopnya. Mungkin ini adalah salah satu cara mendapatkan undi kesian macam yang telah dilakukan oleh Anwar.

    Tidak bertanding tidak bermaksud tiada pencalonan. Jentera KJ sedang giat berkempen untuk dia dan Pak Lah. Kalau Pak Lah bukan lagi PM, susah dia nanti. Teruk kena sembelih.

    Tapi pada pandangan aku, keputusan tersebut adalah muktamad. Kita akan dapat PM baru by Mac next year.

    By Blogger cohong gym, At 10:15 AM  

  • sudah2 la citer psl p.lah nak bertanding! Sangka baik je la kat org tua tu. Percaya je la skrg ni. Penat dah berpolemik psl pak lah.. Hahaha!

    By Blogger Abafahim, At 1:29 PM  

  • hahahahha demi kau yid, aku berenti cerita pasal Pak Lah hari ni. Esok lain cite hahahha

    By Blogger cohong gym, At 4:24 PM  

  • Bak kau cerita pasal pelakon Mak Mah yang mempunyai tag line " Lah lah lah lah lah..." (sila baca dengan slang jawa)

    By Blogger Unknown, At 9:56 AM  

  • Farid, di sebabkan ko penat cerita pasal pak lah, ni ada sedikit iklan dari Melaka;

    It is Datuk Shah Rukh Khan

    Bollywood idol Shah Rukh Khan is a Datuk. The heartthrob will be receiving his Datukship from the Malacca Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob in conjunction with his birthday tomorrow.
    Listed as an artiste from Dreamz Unlimited in the list of recipients, Shah Rukh will be receiving the Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

    He is among 77 recipients of the title.

    Shah Rukh, 43, is a highly acclaimed Indian actor who works in Bollywood films, as well as film producer and television host.

    He has starred in several box-office movies and won awards throughout his career.

    http://www.nst.com.my/Friday/NewsBreak/20081010133213/Article/index_html

    By Anonymous Anonymous, At 4:42 PM  

  • bodoh betul....apa dia jasa Shah Rukh Khan kat negeri Melaka?Buat merosak orang ada la...contoh terdekat ialah Cohong.

    By Blogger Unknown, At 4:59 PM  

  • hahha apa punya bodoh TYT Melaka. Ada ke bagi datuk kat Shah Rukh Khan. Apa yang dia dah buat?. Mangkuk betul la orang tua nih. Kalau iapun banyak sangat kekosongan datuk, pas la kat aku. Dapat gak aku merasa jadi datuk.

    By Blogger cohong gym, At 6:08 PM  

  • cohong;

    Kau nak dpt datuk kau kena nikah, dpt anak, anak kau kahwin, beranak, lps tu baru dpt..!

    Itupun kalau kau kahwin sekarng la..kalau lambat aku takut tak sempat...tapi, kalau nikah cepat, gam tak lekat atau tak berkemampuan pun tak guna jugak!. Kami dah terbukti berkesan..

    Czar & qamjat;

    Aku ada di di majlis TYT Melaka tu smlm.Nak tengok gambar2 SRK di melaka smlm, jemput baca posting terbaru aku...kamu pasti gembira...

    By Blogger Abafahim, At 9:49 AM  

  • Datuk yang tu tak best. Tak glamer

    By Blogger cohong gym, At 12:07 PM  

  • salam,

    ada teka-teki yg lagi susah daripada ni... bila plak Anwar nak tubuh kerajaan dan jd next PM, sampai sekarang pun takda org boleh jwb teka-teki ni kecuali Anwar sorang je... itupun jawapan dia salah...

    By Anonymous Anonymous, At 3:16 PM  

  • tharieq,
    memang satu teka teki yang paling susah. Bila Anwar ditanya tentang tarikh baru, dia refused untuk menjawap.

    Tuan Guru Nik Aziz pula dipetik sebagai berkata pertukaran kerajaan mesti berlaku.

    By Blogger cohong gym, At 4:29 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home