cohong gym

Monday, February 25, 2008

Vote for your right

Kawan-kawan, jangan lupa menunaikan tanggungjawap kita pada 8/3/2008. Pilihlah dengan bijak. Kita memilih bukan untuk kepentingan diri tetapi kepentingan dan kesenangan semua rakyat Malaysia.
Jangan kita memilih hanya kerana datuk, nenek, mak, ayah dan orang kampung kita pilih, tapi pilihlah calon yang boleh membawa kesenangan dan bukannya kesenangan untuk diri mereka sendiri dan pengikutnya.
Jangan kita memilih hanya kerana parti tersebut sudah lama memerintah. Pilihlah parti yang kita rasakan relevan untuk zaman sekarang.
Siapa yang anda pilih? Undi adalah rahsia walaupun sebenarnya SPR boleh menyemak rekod pengundi dan boleh tahu siapa yang dipilih, hampehh..

Monday, February 18, 2008

Mari Mengundi

Kemunculan parti PAPAN dilihat akan memberikan satu tamparan kepada Barisan Nasional, PKR, PAS dan DAP. Parti PAPAN yang diterajui oleh Presidennya Saudara Syamsul Faiz dikatakan mempunyai ahli seramai berjuta-juta orang di China. Mengikut kata jurucakap parti, Saudara Zoy, ahli-ahli PAPAN akan turun beramai-ramai pada pilihanraya pada 8/3/2008 dengan menaiki tongkang dan dikhabarkan akan sampai pada 7/3/2009. Mereka berharap agar SPR dapat memberikan kelonggaran untuk mereka menunaikan tanggungjawap walaupun hari mengundi telah tamat setahun.
Diceritakan juga, ahli yang tidak berkemampuan membeli tiket tongkang akan mengundi dengan menggunakan SMS dan berjanji akan menghantar seberapa banyak undi yang bole mengikut kemampuan masing-masing. Oleh kerana harga SMS di China adalah lebih rendah berbanding Malaysia, maka kemungkinan Saudara Syamsul untuk menerima undi yang besar adalah cerah.
Parti PAPAN yang bermottokan, SAVE PANDA SAVE THE WORLD dipercayai dapat menarik ramai pengundi terutamanya mereka yang berkerja di Zoo dan mereka yang tinggal di sekeliling Zoo.
Saudara Syamsul yang berpengalaman luas dalam Pandalogy digambarkan sebagai calon yang sangat berkaliber dan sesuai untuk menerajui negara dalam era globalisasi. Beliau juga dilihat dapat menangani kemelesetan ekonomi yang sedang giat melanda negara pada masa ini.
Saudara Syamsul yang juga dipercayai boleh berkomunikasi dengan Panda dilihat sebagai calon pilihan oleh mak cik- mak cik dikampung kerana dikatakan mempunyai rupa yang comel dan juga digemari oleh kanak-kanak berumur 3 tahun kebawah kerana dilihat mempunyai iras seakan-akan seekor panda.
Syafinaz dan Paul Moss memberikan komen seperti berikut :-

Syafinaz - "Cara penyampaian bagus cuma ada sedikit masalah pitching. Gaya di atas pentas masih lagi kaku. Perlukan sedikit latihan untuk membuat persembahan yang baik".

Paul Moss - "I think you performance today is better than last week. May be there was a little bit problem with pitching but overall is ok. I hope to see a better performance next week from you".

Saudara Syamsul juga dipetik sebagai berkata "kami amat berharap agar para pengundi dapat melaksanakan tanggungjawap dan memilih calon yang dirasakan sesuai. Jadilah pengundi yang bijak, masa depan anda ditentukan di dalam pilihanraya ini".

Wednesday, February 13, 2008

I am back

Today is my first day working since Chinese New Year holiday. I went back to my hometown on Thursday morning. I thought the highway will clear but alas, tipah tertipu. The jam started from Sungai Besi toll up until Seremban. It took me almost 3 hours to reach Seremban. The highway was packed with cars.
Back in Melaka, Kampung Chohong to be exact, i helped my brother with his agro project. On Saturday, started at 8.30 am we were grading anak ikan keli until 6 something. We had to separate 14000 anak ikan keli into different pond according to sizes.
On Sunday and Monday, we went to Muar to "Pecah Rumah". This is the real pecah rumah because we had to tear the house down piece by piece and bring the wood back by lorry.
It was a good holiday anyway. Full with activites. Although it was tiring but it was surely fun.