cohong gym

Monday, May 26, 2008

Balik Kampung

I will not be here, in KL from this coming Thursday until Sunday. I will be in my beloved Kampung Chohong. My brothers and sisters will be there. We are having a Kenduri Arwah. The Kenduri suppose to be held on Friday night but since the Pak Imam has another appoinment (kena nikahkan orang), we have to make it earlier.

When my Dad was alive, he will lead the Tahlil or Baca Yassin (if the kenduri is among the family member). Kampung Chohong is my kampung on the mother's side. I have 14 uncles and aunties (my Datuk kahwin 2) and i have many cousins. My oldest cousin is older than my mother. My oldest niece/nephew is about my age.

Usually, when there is a kenduri, many of them will balik kampung. Especially during the Kenduri Kahwin or hari raya, all of them will balik kampung. Few years ago, we organised a family gathering during hari raya. Almost 350 family members attended (uncles, aunties, cousins, niece and nephew) and still some of them cannot attend the gathering.

Last 2 years, when one of my cousin lived in Bukit Antarabangsa, we used to lepak there. Me, my brother and few other cousins from Melaka will stay there during the weekend. We cook and eat together. We will cook whatever we want to eat. We even went to Planet Hollywood or Hard Rock Cafe together. Sometimes when i bumped over friends, when introduced, they will say "semua ni cousin kau?".

Well, its good to have a big family.

Monday, May 19, 2008

Dr. Mahathir keluar UMNO?

This is shocking! I never thought he will do this. Anyway, this is his right to do so. He must have his reason behind this. I will always support him.

Thursday, May 08, 2008

Iron Man

Semalam aku pegi tengok cerita Ironman kat The Curve. Aku tengok show pukul 9.30. Cerita memang best. Constume Ironman superb. Kalau bole, aku pun nak satu. Tapi satu je yang kurang kat dalam cerita tu. Orang jahat ialah business partner hero. Tapi di awal cerita sampai la nak dekat hujung, orang jahat adalah satu kumpulan pengganas di Afganistan yang di panggil The Ten Rings yang diangotai oleh pelbagai bangsa yang beragama Islam yang bercakap dalam pelbagai bahasa tapi yang boleh didengar dengan jelas ialah perkataan "Ya Allah, Ya Allah" macam orang Arab selalu cakap dalam percakapan harian mereka.
Just like other typical Hollywood movies, they potrait Islam as the terrorist. This is one way of their propaganda against the Muslim.
Pedih gak hati aku tengok. Tapi aku teruskan jugak tengok pasal aku nak tengok the Ironman dan lagi satu, aku dah bayar duit tiket. Rugi kalau tak tengok.
Apa yang perlu dibuat oleh umat Islam untuk mengeluarkan diri mereka dari dicop sebagai pengganas?

Monday, May 05, 2008

Kereta oh kereta

Mesti korang semua minat kepada kereta-kereta besar dan sporty. Tapi aku juga rasa kebanyakkan dari kita tak mampu nak beli sebiji apatah lagi dua biji. Apa yang mampu kita buat adalah meng"admire" kereta-kereta tersebut dan bermimpi memilikinya ketika tidur.
Kesemua kereta tersebut berharga ratusan ribu ringgit membuatkan aku terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki sebuah bahkan terpaksa juga melupakan hasrat untuk bermimpi memilikinya takut terpaksa membayar cukai import.
Kenapa harga kereta terlalu mahal, sehinggakan kita terpaksa membuat 2 investment yang sangat besar di dalam hidup. Yang pertama membeli rumah. Rumah merupakan investment yang baik kerana harganya boleh naik. Kereta bukanlah satu investment kerana apabila sahaja ia mendapat title secondhand, harganya akan merudum jatuh umpama buah betik yang sudah busuk. Sudah pasti investment tersebut tidak patut disebut investment kerana tidak mendatangkan hasil.
Kerajaan mengenakan duti import yang tinggi terhadap kereta-kereta import dengan alasan untuk memelihara nasib Proton dan Perodua. Akan tetapi, harga kereta tempatan juga tinggi hingga membebankan pembeli. Mengapa tidak diturunkan harga supaya semua orang mampu. Nama pun kereta tempatan. Sepatutnya harga mestilah jauh lebih rendah.
Alasan Proton harga tinggi kerana volume pengeluaran yang rendah membuatkan Proton menanggung beban kos yang tinggi. Proton tidak mampu bersaing diluar Malaysia kerana dikatakan tidak mempunyai kualiti yang setanding. Mengapa tidak Proton naikkan kualiti kereta. Jadikan kereta keluaran Proton setanding dengan kereta lain. Sudah 20 tahun Proton wujud, takkan masih tak mampu nak bersaing dengan syarikat pembuat kereta yang lain?
Mengapa kerana ketidakmampuan Proton, kita terpaksa menanggung beban? Kenapa kita terpaksa membayar harga tinggi sedangkan gaji kecil hanya kerana nak menjaga kepentingan Proton?
Aku sayang pada Proton, aku juga sayang pada duit aku. Kerana bukan senang nak dapat duit. Pada pendapat aku, Proton mesti bertindak dengan menaikkan kualiti kereta mereka supaya sentanding dengan kereta-kereta lain. Jangan bebankan rakyat dengan kegagalan Proton bersaing di pasaran luar.
Aku cukup sakit hati kalau tengok "Fifth Gear" atau apa-apa rancangan pasal kereta kerana harga kereta yang cukup murah, jauuhhhhh lebih murah. Tertekan hidup aku nih. Takkan hanya kerana nak memiliki kereta besar aku kena berhijrah ke England atau ke US?
Superbike pun sama, cukai yang dikenakan adalah terlalu tinggi hanya kerana ia dikategorikan sebagai barangan mewah. Sudah tidak wujud perkataan mewah dalam hidup. Semua barang sudah menjadi keperluan. Ia sudah menjadi keperluan asas untuk meneruskan hidup. Rakyat mestilah diberikan kebebasan untuk memilih dan memiliki sesuatu barangan kerana ia adalah hak-hak fundemental bagi setiap manusia.
Pemberian AP sebagai contoh. Sepatutnya kereta dan Motor yang dibawa masuk menggunakan AP adalah lebih murah tetapi sebaliknya yang berlaku. Kereta dan motor tersebut dijual dengan harga yang sangat membebankan pembeli tetapi memberi pulangan yang sangat lumayan kepada pemilik AP tersebut.
Sampai bila kita nak jadi orang yang hanya mampu melihat dan meneguk air liur apabila nampak kereta-kereta mewah dan motor-motor besar lalu di jalan raya? Sudah pasti orang yang meneguk air liur itu adalah orang-orang Melayu macam aku.