cohong gym

Tuesday, August 11, 2009

Trip to Penang

on the way to Pulau Aman nak makan mee udang yang power. Aku baru je sampai, terus kena kidnap ngan Abang Madi n Shiela. Kitaorang naik bot Abang Madi. Abang Mie, his wife n Mat pun ada.

naik feri ngan Mehtab masa nak balik rumah pasal jambatan jam teruk. best jugak naik feri. dah lama aku tak naik feri. last sekali berbelas tahun yang lalu masa pegi gig Cryptic.

rim yang dah siap di cat colour gold plus tayar baru. Aku pakai Bridgestone 016

side mirror n rear foot rest aku dah tanggalkan, so nampak lagi ganas heehhehe.

Hari Jumaat lepas aku pergi ke Penang. Aku pergi dengan Sepol. Dia bawak R1 yang baru saja 1 bulan lebih dibeli. Perjalanan mengambil masa yang sedikit panjang kerana terpaksa berhenti kerana hujan yang sangat lebat di kawasan selepas Ipoh.

Sampai di Penang lebih kurang pukul 2.30. Kami terus ke kedai Mega Fortune untuk hantar moto. Aku n Sepol nak cat rim. Aku jugak nak tukar tayar baru. Tayar ambil dari abang Farid (abang ipar Mehtab).

Tak lama lepas tu Mehtab sampai. Kemudian Abang Madi n Shiela pun sampai. Abang Madi n Shiela kidnap aku. Diaorang bawak aku balik ke Gemilang Auto untuk mandi dan tukar pakaian. Lepas tu kami terus ke Pulau Aman naik bot Abang Madi untuk makan mee udang yang best giler.

Malam tu kitaorang lepak kat Penang. Hampir kesemua Gemilang Bikers ada. Borak punya borak sampai pukul 2 pagi.

Esoknya aku terbangun lewat. Lepas mandi, aku n Mehtab pergi ke kedai sticker. Aku nak buat sticker untuk moto, tapi bila dah sampai sana, tak de idea pulak nak buat macam mana. aku cuma beli beberapa sticker untuk helmet dan moto sahaja. Kat kedai tu, kita bole buat apa saja sticker yang kita nak. Just bagi contoh, diaorang akan buat. Jauh lebih murah dari KL.

Petang sikit, aku, Mehtab n Ati pergi ke Mega Fortune untuk ambil moto yang dah siap. Lepas cat rim, moto aku nampak lain. nampak lagi ganas hahahaha.

Malam tu kami plan nak pergi ke Penang naik moto. Tapi cancel pasal hujan. So akhirnya kitaorang semua naik kereta. Pukul 3 lebih baru kitaorang gerak balik.

Hari Ahad, aku n Sepol gerak balik ke KL pukul 1.30 selepas buat service kat rumah Abang Farid. Sepanjang perjalanan, kami terpaksa berhenti beberapa kali pasal hujan lebat disertai dengan angin yang kuat. Akhirnya sampai jugak di rumah pada pukul 6.30.