Trip to Penang




Hari Jumaat lepas aku pergi ke Penang. Aku pergi dengan Sepol. Dia bawak R1 yang baru saja 1 bulan lebih dibeli. Perjalanan mengambil masa yang sedikit panjang kerana terpaksa berhenti kerana hujan yang sangat lebat di kawasan selepas Ipoh.
Sampai di Penang lebih kurang pukul 2.30. Kami terus ke kedai Mega Fortune untuk hantar moto. Aku n Sepol nak cat rim. Aku jugak nak tukar tayar baru. Tayar ambil dari abang Farid (abang ipar Mehtab).
Tak lama lepas tu Mehtab sampai. Kemudian Abang Madi n Shiela pun sampai. Abang Madi n Shiela kidnap aku. Diaorang bawak aku balik ke Gemilang Auto untuk mandi dan tukar pakaian. Lepas tu kami terus ke Pulau Aman naik bot Abang Madi untuk makan mee udang yang best giler.
Malam tu kitaorang lepak kat Penang. Hampir kesemua Gemilang Bikers ada. Borak punya borak sampai pukul 2 pagi.
Esoknya aku terbangun lewat. Lepas mandi, aku n Mehtab pergi ke kedai sticker. Aku nak buat sticker untuk moto, tapi bila dah sampai sana, tak de idea pulak nak buat macam mana. aku cuma beli beberapa sticker untuk helmet dan moto sahaja. Kat kedai tu, kita bole buat apa saja sticker yang kita nak. Just bagi contoh, diaorang akan buat. Jauh lebih murah dari KL.
Petang sikit, aku, Mehtab n Ati pergi ke Mega Fortune untuk ambil moto yang dah siap. Lepas cat rim, moto aku nampak lain. nampak lagi ganas hahahaha.
Malam tu kami plan nak pergi ke Penang naik moto. Tapi cancel pasal hujan. So akhirnya kitaorang semua naik kereta. Pukul 3 lebih baru kitaorang gerak balik.
Hari Ahad, aku n Sepol gerak balik ke KL pukul 1.30 selepas buat service kat rumah Abang Farid. Sepanjang perjalanan, kami terpaksa berhenti beberapa kali pasal hujan lebat disertai dengan angin yang kuat. Akhirnya sampai jugak di rumah pada pukul 6.30.
12 Comments:
hahaha aku rasa mcm baca buku sekolah lak ko punya blog ari ni. Tajuknya "Mari Mengembara!"
By
Anonymous, At
7:39 PM
hahhahha sekali sekala jadi budak sekolah
By
cohong gym, At
9:45 PM
Bole pass la karangan ko hari ni. Markah B- ! hhaha
Tapi apa -apa pun motor kau sudah bertambah ganas dgn rim gold tu.
Woii bola nak post video plak? Aku nak dengar bunyi moto ko ni.
By
Syamsulfaiz, At
8:53 PM
motor ganas, mainan pun ganas!! hahaha woi cohong! esok aku turun kl. Jom lepak kat mid valley. aku nak tgk gitar esp kirk hammett yg 1 lagi!
By
Anonymous, At
11:41 AM
Along,
B- je? apa kedekut punya cikgu. bagi la A kat karangan aku.
memang ganas. aku sendiri tengok rasa ganas hahahaha (masuk bakul angkat sendiri) hahahahha. plat no. pun aku dah ubah ke tempat lain. sebelum ni aku sangkut kat bawah exhaust betul betul kat bawah seat belakang. sekarang ni, plat no. aku letak ke bawah lagi. saiz pun aku dah kecik kan. lebar dalam 1.5 inch. panjang dalam 4.5 inch. dari pandangan tepi, area belakang moto nampak semakin tajam.
memang aku nak letak video. tapi tak berkesempatan la. videocam ada kat rumah. nanti aku amik.
Bajau,
hahahahaha. bila kau sampai, kau roger aku.
berapa banyak gitar kau nak? kau nak bukak muzium ke?
By
cohong gym, At
3:02 PM
fuiyohhhh!!! apasal ko tak sangkutkan je plat no tu kat belakang ko??? lagi nampak ganas bro!!!! siap polis trafik tak berani nak saman ko!
hehhe muzium? silap tu ... aku saja nak training angkat berat masa jln kat KL..kan gitar tu berat hihihi
By
Anonymous, At
7:42 AM
sangkut plat no. kat belakang tak best. dah nampak macam banduan lepas dari penjara pulak nanti hahaha.
Kalau nak exercise, tak payah pakai gitar. baik kau bawak dumbell 50 kilo hahhaha
By
cohong gym, At
12:30 PM
tak pun kau tampal je kat belakang helmet ha ha ha
kalau nak lagi ganas kau pacak je plat no tu kat helmet kau, macam no plat depan moto honda 70 bapak aku! baru nampak trojan beb. ganas tuh, punk kah kah kah
By
doremon, At
5:36 PM
hahahaa menarik gak idea kau tu. tapi aku tak nak buat la hehehehe. nanti aku suggestkan kat orang lain buat macam idea kau tu
By
cohong gym, At
2:15 PM
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
By
Anonymous, At
8:30 AM
cohong
selamat hari raya, maaf zahir batin.
jangan raya lebih2 sbb ngko pose tak cukup pun ha ha ha (ni kira dosa kutuk kau yang baru, yang lama kira 0-0 k, buka buku baru utk taun depan!)
By
doremon, At
8:57 AM
hahahhaha cilakak kau mon. Selamat hari raya. kau pun tak puasa jugak hahahaha
By
cohong gym, At
1:04 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home