Melaka Big Bike Jam











Hampir 500 bikers dari Melaka, KL, Penang dan Singapore berkumpul di A'Farmosa Melaka pada hari Sabtu dan Ahad. Konvoi kitaorang sampai dalam pukul 2 lebih. Abang Madi sewa sebiji bungalow untuk Gemilang Bikers.
Selepas check in, aktiviti pertama kitaorang ialah mandi kat swimming pool. semua terjun pakai inner suit. Punya la seronok main air. Cuaca yang sangat panas membuatkan kitaorang berendam sampat kecut.
Selepas berehat dan makan mee goreng, kitaorang jalan-jalan naik moto dalam A'Farmosa dan kemudiannya lepak di Club house for drink. Dalam pukul 7.45, kitaorang bergerak ke Cowboy Town untuk dinner. Selepas mendengar beberapa ucapan, upacara makan dimulakan. selepas tu kami dihiburkan dengan persembahan live band. Ali XPDC pun ada menghiburkan kami semua.
Selepas tu, kitaorang balik ke bungalow. Kitaorang tengok tv dan berborak sampai sorang-sorang tertidur keletihan. Aku ngan Abang Madi yang paling last sekali tido.
Esoknya, pagi pagi lagi dah bising. Abang Mie dengan Cik Jantan buat lawak dan gelak kuat kuat. Kitaorang pegi breakfast pukul 7.30 pagi. Sepatutnya aktiviti hari tu adalah konvoi ke Port Dikson diiringi polis trafik. Tapi kitaorang nak gerak balik pasal nak tengok MotoGP. Kalau pegi PD takut termiss race.
Pukul 12 kitaorang bergerak balik. Stop pertama adalah di restoren jejantas Sg. Buloh. Selepas makan, aku patah balik menuju ke KL dan yang lain meneruskan perjalanan ke Penang.
11 Comments:
cool!!! kalau aku mampu beli pun aku ingat takleh naik jugak mbike cmni, SANGKUT PERUT BEB!!!
By
doremon, At
10:36 AM
hahahahah alah tak de hal punya. ramai bikers yang perut macam pompuan mengandong.
Kalau perut tak muat, kau tolak kebelakang sikit hahahahaha
By
cohong gym, At
12:10 PM
Cohong, aku ingat ngko dh tukar kaler motor ngko...?
Ngko tengok Shout Award kt 8TV waktu persembahan Joe Flizzow ada 2 bijik Ducati naik pentas... perrrgghh!
By
Iwan, At
6:53 PM
blom lagi tukar. aku kena buat benda-benda lain dulu contohnya, tukar exhaust & monoshock. bila dah siap baru la tukar kaler. tapi kena la tunggu ada fulus dulu hehehehe
aku tak tengok la pulak award tu. tapi memang diaorang selalu tunjuk Ducati pasal Naza nak promote. Ducati mahal sangat la. Tapi kalau nak performance, moto Jepun lagi power.
By
cohong gym, At
1:10 PM
Wahh..kehidupan kau dah bertambah meriah cohong ! Blog pun dah taruk banyak gambar. Baru best !
By
Syamsulfaiz, At
3:18 PM
hahahaha aku dah taruk lagi gambar untuk tatapan kau. kasi bakar semangat kau untuk beli moto besau hahahahahha
By
cohong gym, At
4:07 PM
Kalau nk tau Ducati 1098S tu kawan aku punye, dpt jemputan dr Joe Flizzow & wakil Ducati utk appear dlm show dia di Shout Award... Manager PWC (tax). Dia jual CBR RM74k utk beli 1098S tu RM150k :)
p/s : Aku pun mcm Doraemon cakap, perut penghalang utk bwk superbike...
By
Iwan, At
5:07 PM
woit midi, kau yang slim gler cam bezita pun dah jadi cam yazirobe jugak ke kui kui kui.. cohong besa la mentain chang kong ha ha ha
By
doremon, At
5:27 PM
Midi,
giler siut member kau. yang pakai Ducati ni memang giler kaya. dah la mahal nak mampos. nak maintain pun mahal giler. spare part Ducati tak macam moto jepun, still available kat sini. spare part Ducati nak kena amik kat italy. kat Malaysia, Naza je yang jual spare part Ducati. harga? sendiri mau ingat la hahahaha
Setakat perut tu, bisa diatur hehehee. berapa ramai bikers yang boroi, tapi selamba je naik moto hahahah
Mon,
Midi kena buatan orang. perut dia semakin membusung hahahahha
By
cohong gym, At
8:35 PM
Cilanat loe mengata aku... Perut aku besar sbb masuk angin. Kesian kt motor2 yg tuannya berperut besor, siksa tu...
Mon, Yazirobel ok lg, bukan MajinBu gemok udah ler :p
By
Iwan, At
3:18 PM
hahahahaha perut besar tak pe. tak nampak pun bila dah ada kat atas moto. bila pakai jacket atau racing suit, glove, boots dan helmet, semua nampak macho. tak de siapa pun nak tengok perut dah hahahahha.
Tapi Majinbuu power giler. aku sanggup lagi jadi majinbuu dari yazirobel hahahha
By
cohong gym, At
11:22 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home