cohong gym

Tuesday, June 02, 2009

Racing Suit

UPDATE : Along, ni gambar kat R&R Air Keroh, gambar atas katil tak de hahahahha
gambar racing suit REV' IT REPLICA dari website

Ini gambar kat rumah

Hari Jumaat ituhari, Mehtab ke Singapore ngan member dari Penang. Diaorang nak shopping accessory motor. Hari Sabtu dia call kata racing suit Rev it Replica yang aku cari ada kat Singapore. Suit tu jumlah dia limited, since aku plan nak ke Singapore bulan 7 atau 8, so aku mintak Mehtab booking suit tu untuk aku. Di pendekkan cerita, instead of booking the suit, Mehtab beli terus hahahahha.

Sabtu malam diaorang gerak balik ke KL. Aku & Najmi jumpa diaorang kat Restoren jejantas Air Keroh untuk tengok suit tu. Memang cantik macam yang aku tengok kat dalam internet. Bila dah try, diaorang suruh aku pakai terus.

For the first time aku pakai racing suit bawak moto.

10 Comments:

  • Wuuuhh cayalah. Cuma yg fail nye ko ni malas betul nak taruk gambar. Tak visual la !

    By Blogger Syamsulfaiz, At 7:29 PM  

  • Maksud aku gambar ko pakai suit tu. Gambar suit atas katil, bole tipu ..wahahha

    By Blogger Syamsulfaiz, At 7:30 PM  

  • he he he hang habaq ja la along. takyah nak belit2. direct to the point! hang nak tengok cohong posing pakai sut tu atas katil kan kan kan kan ha ha ha ha! berair mata aku gelak long!!!!

    By Blogger doremon, At 11:53 AM  

  • cohong, dia punya RM bila convert dr SD berapa bro? sure lebih dari overhead ofis aku nih?

    By Blogger doremon, At 11:56 AM  

  • Along,
    hhahahahhahha kau memang gay. gambar aku pakai racing suit atas katil pun kau nak tengok hahahahha.

    Nanti aku mintak Mehtab email gambar aku pakai suit tu masa kat melaka. bila dah email, aku postkan kat sini.

    Mon,
    hahahahhaha dah confirm Along gay hahahahahaha.

    Brand ni paling murah antara brand-brand lain yang racer pakai. brand rev'it ni baru lagi, tapi mungkin lama sikit, harga dia akan naik pasal dah ramai racer yang pakai. kat dalam motogp pun ada racer pakai. kat dalam superbike ramai yang pakai brand ni. so sementara murah, baik sapu dulu.

    Harga dia 900 sing. Duit malaysia dalam RM2160.

    kat KL pu ada jual kat Naza bikes, tapi harga starting harga is 3500. jauh beza tuh.

    By Blogger cohong gym, At 12:39 PM  

  • Siolan kau MOn, tak hingin aku nak tengok cohong posing atas katil. Aku dah puas nengok dia masa UIA dulu wahaha...

    cohong,
    mahal betul harga suit tu kat Malaysia.

    By Blogger Syamsulfaiz, At 2:32 PM  

  • Along,
    aku dah update dah untuk kau. tengok la puas-puas gambar aku tu hahahahhaha

    Kat Malaysia memang mahal. padahal barang diaorang amik dari Singapore gak. mesti dapat lagi murah. tapi bila time jual, diaorang jual mahal sangat-sangat.

    masa aku kat singapore last time, owner kedai cakap kat aku dia sendiri pun dah kasi tau diaorang jangan jual mahal sangat pasal ramai malaysian yang turun singapore beli barang. so dia tak nak la diaorang ingat yang dia potong line.

    tapi serupa tu jugak. harga maintain mahal. mungkin pasal still ada orang yang pegi beli kat diaorang.

    By Blogger cohong gym, At 3:28 PM  

  • Ok barula bole caya. Mantappp !

    By Blogger Syamsulfaiz, At 3:36 PM  

  • eleh tak hingin konon! tu yang meleleh ayaq lioq tu pasai pa? yang hang tengok masa uia dulu tu lain. tu cohong dulu, spare tyre sana airbag sini, skang dah lain bro, dah ketul sana firm sini. Kena pulak ngan racing suit melekat di badan, hang pun ngaku MANTAPPPPP!!! lagi tamau ngaku ka???

    p/s : silap2 leh wat walpaper tu ha ha ha ha ha

    By Blogger doremon, At 4:26 PM  

  • hahahahahaha aku tak terlibat

    By Blogger cohong gym, At 7:02 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home