cohong gym

Friday, April 10, 2009

New Kabinet

Semalam PM telah mengumumkan kabinet baru. Ada jugak suprise dibuat. 7 muka baru telah dilantik sebagai menteri dan 9 timbalan menteri manakala 8 muka lama telah digugurkan termasuklah Azalina dan Syed Hamid Albar.

Yang paling menarik sekali KJ lansung tidak tersenarai. Mukriz pula telah dilantik sebagai timbalan menteri di kementerian perdangangan luar negeri dan industri.

Pada pendapat aku, PM telah membuat satu tindakan yang betul dengan tidak melantik KJ ke dalam kabinet walaupun telah menjadi practise Ketua Pemuda mempunyai tempat sebagai menteri. Namun tindakan ini bukan dimulakan oleh Najib tetapi telah dimulakan oleh Pak Lah dengan tidak melantik TS Rafidah sebagai menteri walaupun beliau pada ketika itu merupakan Ketua Wanita.

PM juga telah berjanji untuk memastikan semua kementerian menjalankan tanggung jawap dengan cekap dan amanah. Kalau tidak..... tau la nasib korang semua.

21 Comments:

  • cohong, kau lah menteri di hatiku

    By Anonymous rmpkn, At 4:19 PM  

  • Rompakan, bila nak panggil party buih kat Johor?

    By Blogger Syamsulfaiz, At 10:11 PM  

  • Rompakan,
    wah lama betul tak dengar cerita. Ini mesti banyak projek kat JB nih.

    Kalau aku jadi menteri, korang semua senang lenang la hehehehe.

    Along,
    Apa kelas parti buih. Rompakan biasa buat parti liar. Dia taiko besar kat JB

    By Blogger cohong gym, At 1:16 PM  

  • Kalau cohong jadi PM mesti dia tubuhkan kementerian bina badan dan motor besar punye.. mcm zahid hamidi kalau dia buat function dia misti bawak geng motor besar dia sbg gimmick.

    By Blogger Ifila Saila, At 11:27 AM  

  • kabinet baru lebih mantap... rata2 paper puji macam tu. lebih mesra rakyat lebih telus lebih efisyen lebih itu lebih ini. kalau guna pekataan 'lebih' ni maknanya yang terdahulu ada kekurangan la ye... hmmm kalau macam tu maknanya kabinat paklah tak berapa bagus la ye... tapi kalau tak silap, dulu pun paper yang sama jugak puji kabinet paklah melambung...

    dan jangan tak tau pulak kabinet muhyidin nanti pun dicanang akan lebih itu ini jugak... bermakna kabinet sebelum muhyidin ni tak bagus la jugak ye he he he

    tapi adat la tu kan, yang mana tengah berkuasa yang tu la kena puji, lepas hang turun, soriii takdak puji2 lagi!!!!

    By Blogger doremon, At 12:58 PM  

  • wei,

    Kabinet dulu ke kabinet sekarang ke, semua sama je. Tinggal tau ke tak tau buat keje je. Tgk macam kabinet aku... sampai la ni, masih kuat utuh kat office aku simpan file. tak payah nak ubah-ubah.

    By Blogger HH, At 2:02 PM  

  • Hahaha apasal la dorang lantik muka-muka baru...patut dorang lantik kaki-kaki baru! hahahah!!!! Yeah KJ takde!! Yea! Yea!

    By Anonymous Anonymous, At 3:34 PM  

  • Cohong... kalau hang buat kabinet si hamid dgn herman ni hang nak letak jamban... ops!!! silap... jabatan mana? kalau along aku tau la dia dok lobi lama dah tempat sami vellu tu ha ha ha ha

    By Blogger doremon, At 4:00 PM  

  • Lipi,
    Kalau aku jadi PM, aku akan buat supplement diimport tanpa tax. dan aku jugak akan galakkan syarikat tempatan untuk keluarkan product kesihatan dan supplement supaya kita tak payah beli barang import yang sangat mahal (pasal kena tax).

    Aku jugak akan arahkan kementerian kewangan untuk menghapuskan duti import ke atas moto dan kereta. So kita bole beli kereta dan moto yang best dengan harga yang murah. Baru la puas hati jadi pengguna.

    Zahid Hamidi tu hampeh. Nama je bikers tapi tak pernah nak memperjuangkan nasib bikers yang kena bergolok bergadai untuk beli superbike. Si Anwar Ibrahim yang naikkan cukai moto sampai 120%. Tapi lepas tu tak de sapa yang nak turunkan cukai. Mungkin pasal pada si Zahid ni, setakat 80-100k tak de hal nak bayar.

    Mon,
    kabinet yang bagus adalah kabinet kat opis Herman hahahahaha. Tak de siapa nak complain.

    Kalau aku yang pilih, aku akan letak Along di kementerian kerja raya (macam yg dia idam-idamkan). Hamid di kementerian Penerangan dan kebudayaan dan kemeterian sukan. Herman di kementerian Kesihatan. Lipi di kementerian Sumber Manusia dan kau Mon, aku lantik kau jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Man,
    Kabinet kau memang power ahahahha

    Hamid,
    Buat apa nak lantik muka-muka baru. Baik dia buat one man show je. Lagi bagus.

    By Blogger cohong gym, At 4:56 PM  

  • Cohong,

    Gua tara mau masuk mana-mana kementerian jadi menteri. Gua mau jadi orang tengah untuk orang secure seat menteri je. Lepas tu semua kasi duit kat aku buat pengeras.

    Untuk rekod, aku tak buat rasuah. Aku cuma buat money politik.

    Takyah la kasi Along masuk JKR tu. Nanti depa semua confuse hok ni Menteri baghu ko lamo (pasai serupo)? kasi la dia jadi menteri luar negeri lepaih tu hantor kek Bangladesh duduk sana. Baghu la cun!

    Apsal la KJ tak kasi jadi menteri. Kecewa betul aku! Kasi la dia jadi menteri usahawan bumiputera dan koperasi... lepaih tu baghu la announce kasi tutup kementerian. kah kah kah kah.

    By Blogger HH, At 9:06 AM  

  • Man,
    Kau nak jadi orang tengah je? Ok jugak tu. Your wish is my command.

    Duit pengeras tu, aku nak 20% hehehehe.

    Aku jugak akan menasihatkan semua jemaah menteri dan ahlul politik ber"money politik" untuk memberi peluang kepada pewakilan membuat duit. Supaya semua orang dapat merasa "share". Baru la adil.

    Aku tukar portfolio Along ke kementerian luar. Pastu aku hantar dia ke Sri Lanka dan Bangladesh supaya dia dekat dengan pak cik dia yang berkhidmat dengan Tamil Tiger.

    Idea untuk lantik KJ tu pun menarik jugak. Lepas lantik, 2 hari lepas tu announcekan yang Kementerian tersebut ditutup kerana tak produktif hahahaha

    By Blogger cohong gym, At 11:20 AM  

  • aiyo! amma! Ini cerita politik bikin kita dpt dosa saja! baik korang pi shopping mcm aku ngan cohong! Tgk si cohong, sanggup dia sponsor bayar kurier servis utk hantar gitar kat aku! hahahah!

    By Anonymous Anonymous, At 2:39 PM  

  • Bajau,
    hahahahahha yeah, mari kita pegi shopping gitar. Kau tukang order, aku tukang collect.

    Aku sponsor duit courier pakai duit kau hahahahhaha

    By Blogger cohong gym, At 3:41 PM  

  • Cohong,

    apa kata aku order then kau bayar semua. dapat pahala bnyak woooo! Lu kan perlu bekalan pahala banyak. This is the time!!!!

    By Blogger HH, At 4:04 PM  

  • hahahaha dah terlambat dah. kerja kebajikan ni hanya bole dilakukan 20 tahun sekali. so kau kena tunggu lagi 20 tahu la hhahahha.

    Apa kata kau mintak kat along. dia memang tengah perlukan pahala.

    By Blogger cohong gym, At 5:36 PM  

  • Along aku dah kasi bekal banyak dah. Jadi kalau dia nak bermaharaja lela kat Dubai tu buat benda pelik2, tara hal, pahala masih banyak.... kah kah kah

    Yang aku risau ni kau Cohong. Sebab pahala hang dah masuk reserve tank. Dah la "enjin" tak pakai fuel injector, siap spark plug semua bekarat.... baik hang ambik seruan aku buat pahal banyak2.

    Ha, time now has comes, kau beli la 2 - 3 bijik lagi gitar untuk aku pakai duit hang.

    By Blogger HH, At 9:53 AM  

  • nak buat pahal masuk UMNO la wei... buat kebajikan, bantu rakyat, perjuangkan bangsa melayu dan agama ... banyak pahala tuuu... fisabilillah...

    By Blogger doremon, At 10:17 AM  

  • Dari masuk UMNO.. baik masuk masjid. LAgi banyak hikmahnya. Jadi member UMNO takleh bawak kubur. Jadi ahlil-masjib boleh bekal sampai akhirat.

    By Blogger HH, At 11:00 AM  

  • Herman,
    hahahahhaha aku punya injin masih power lagi. Semua parts sentiasa digilap bersih. So far, performance tersangat la hebat hehehehhe.

    Kena tunggu aku jadi PM dulu, pastu aku belikan kau apa saja gitar yang kau nak. Siap aku akan mintak Slash perform masa birthday kau.

    Mon,
    Itu kalau ikhlas. Mungkin zaman dulu, masuk UMNO bole dapat pahala pasal memperjuangkan nasib agama, negara dan bangsa. Tapi sekarang ni, aku doubt sikit. Banyak yang join politik pasal nak buat duit.

    Marilah kita bersama-sama memenuhkan saf-saf di masjid. Aminnn

    By Blogger cohong gym, At 1:47 PM  

  • man.. sekarang kat masjid pun ana money politic jugak.. masing2 rebut jawatan, jadi imam dapat elaun woo.. lps tu blh pegi kursus rata2 naik genting highland. jadi tuk siak pun dapat duit skrg.. siap main cantas2 lagi tu utk jadi AJK masjid.

    cohong.. elok ngkau jadi PM merangkap menteri pengangkutan atau kerjaraya, sbb ngkau nak naikkan speed limit highway dan jalan kampung kpd 230km sejam.. betul tak!? jgn lupa mansuhkan tol, spya ngkau boleh speeding terus dari KL ke penang non-stop..! hehe..

    By Blogger Ifila Saila, At 11:19 AM  

  • Lipi,
    memang teruk sekarang ni. Kat masjid pun ada politik. sekarang ni berebut orang nak jadi imam, bilal dan siak pasal ada elaun. Kat tempat aku pun sama gak.

    Kalau aku jadi PM, aku akan arahkan kerajaan beli konsesi tol. Pastu abolish tol supaya rakyat tak beban nak bayar tol lagi. Speed limit akan stay. Jangan bawak laju-laju unless, kereta atau moto tu memang laju. Untuk kereta dan moto yang laju, takde speed limit hehehehe. Kat jalan kampung dan bandar, aku tetapkan speed limit 80 je. Kalau lebih kena saman. Aku akan arahkan polis lepak kat tepi jalan untuk saman sapa yang melibihi had laju. Tapi kalau polis amik rasuah. terus kena buang kerja pastu penjara ikut suka hati aku tanpa banyak cerita hahahahha

    By Blogger cohong gym, At 2:50 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home