cohong gym

Monday, March 02, 2009

Pertanian

Buat masa sekarang adik aku, Najmi sedang mengusahakan projek sayur di kampung. Ini adalah projek ke-3 yang diusahakan setelah 2 projek yang terdahulu kurang berjaya.

Projek yang pertama ialah ternakan lembu pedaging secara fidlot. Bermula dengan 17 ekor lembu yang dibeli dari seorang penternak di Negeri Sembilan. Walaupun penternak tersebut memberi jaminan bahawa baka lembu tersebut adalah dari baka yang baik namun ternyata tidak benar. Hanya 2-3 ekor sahaja dari baka yang baik yang selebihnya adalah dari baka KK (Kedah-Kelantan). Baka tersebut kecil berbanding baka yang lain.

Walaupun berjaya menjual kesemua lembu yang ada, namun hasil yang dapat tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Walaupun masih ingin meneruskan projek tersebut, namun modal yang tinggal tidak mencukupi.

Najmi bertukar kepada projek penternakan ikan keli dalam kanvas. Namun kali ini, syarikat yang bertindak sebagai supplier dan penasihat gagal untuk melaksanakan tugas mereka. Bukan setakat Najmi seorang sahaja, bahkan ramai lagi penternak-penternak lain yang menjadi mangsa. Aku sendiri pergi ke ibu pejabat syarikat tersebut di Kelana Jaya untuk mendapatkan penjelasan dari mereka. Di sana ramai penternak yang datang dari seluruh pelusuk negara inginkan penjelasan dari mereka. Akhirnya setelah berfikir panjang, keputusan yang diambil ialah menarik diri dari projek tersebut. Kerugian yang dialami adalah dalam lingkungan RM20,000.

Projek tanaman sayur ini diharap akan berjaya. Najmi tak pernah berputus asa walaupun pernah gagal. Kami percaya bahawa sesiapa sahaja yang berusaha dengan bersunguh-sunguh pasti akan menemui kejayaan. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya.

14 Comments:

  • saya doakan adik awak berjaya..

    By Blogger Abafahim, At 8:29 AM  

  • sebenarnya hati ini rindu kepadaNya...

    By Blogger Abafahim, At 8:38 AM  

  • Bro,

    Aku rasa laa bro, project paling best sekarang ni ialah memelihara Dinosaur sebab orang belum buat lagi. Lagi pun permintaan sure tinggi bro walaupun pada masa recession.

    By Blogger HH, At 9:24 AM  

  • Ayid,
    lama tak dengar cerita awak. Rindu la heheheh Ampangan Boulevard pun sunyi sepi je.

    Man,
    Kawasan tak cukup nak ternak dinasour. Kalau aku ada tanah 10 ribu ekar, mungkin akan aku considerkan cadangan kau tu

    By Blogger cohong gym, At 12:24 PM  

  • pertanian adalah pernaigaan. mmg btl pun, tapi yang selalu jadi adalah syarikat2 yang buat kursus ni yang berniaga sebenarnya. jual itu ini supply itu ini caj itu ini tapi at the end of the day, pulangan mmg ciput. ni aku cerita dari apa yang jadi kat member2 aku. ada yang bela lintah, sudahnya loss return. banyak sangat masalah. yang bela cacing pun ada, sampai bulan tuaian, cacing tak membiak seperti yang kita nak, dia pun rugi jugak. yang latest member aku buat serai 5 ekar. lagi 1 bulan nak tuai tapi pokok banyak yang mati. hmmmm so aku rasa la kan, kalau betul2 serius dlm bidang ni kepakaran memang perlu. kalau dapat tunjuk ajar dari agensi kerajaan ok la kot. pe pun good luck to ur brother. respek aku. cekal sungguh.

    By Blogger doremon, At 2:08 PM  

  • err lagi satu lupa nak tanya tadi, hang pi ofis company ikan keli tu hang tak fire depa ka? selalunya ada contract argreement utk benda2 ni??? kasi saman la bro!

    By Blogger doremon, At 2:12 PM  

  • Man, cohong takya pelihara dinosaur. Dia sendiri tu dah mcm dinosaur! Cuba bezanya dia tu dinosaur spesis yg pandai mkn maggi di hujung minggu!

    Caya lah adik ko cohong! Kalau dia gagal, mesti disebabkan oleh ko yg asyik2 ambik lembu-lembu dia!

    By Anonymous Anonymous, At 2:28 PM  

  • Mon,
    memang dia sangat cekal. Kadang-kadang aku sendiri tak sanggup tengok dia kerja keras macam tu. Tapi memang dah minat dia dalam bidang pertanian. Lepas grad dari UM, dia cakap ngan Abah aku yang dia nak buat kerja kampung. Mula-mula dia tak setuju tapi terpaksa ikutkan jugak pasal adik aku ni degil hahahaha.

    Kalau nak ikut rugi, dah banyak dia rugi. Aku rasa dah lebih RM50,000 tapi kecekalan yang buat dia bertahan.

    Banyak orang yang lingkup buat projek-perojek macam tu. Projek lintah, cacing, ikan etc tapi tak de hasil. Aku sendiri dah tengok ramai yang give up.

    Insyaallah, projek kali ni bole beri pulangan. Kali ni dia kongsi dengan kawan yang memang dah ada experience dalam bidang tanam sayur. Kawan dia ni memang famous among orang jabatan pertanian kerana skill dia dalam teknik tanaman sayur. Tambah menarik kawan adik aku baru je 24 tahun. 4 tahun lebih muda dari adik aku.

    By Blogger cohong gym, At 2:56 PM  

  • Mon,
    memang plan asal aku nak saman company tu pasal breach of contract. Tapi bila aku pikir kalau aku saman macam mana dengan peserta lain? kesian kat diaorang. Kalau company tu stop buat business, orang lain akan teruk kena effect. Masa aku pegi ke sana, ramai yang datang dari jauh hanya untuk mendapatkan penjelasan. Kebanyakkan dari mereka pakai semua duit simpan untuk projek tu. Tak sampai hati pulak aku nak rosakkan harapan diaorang. So aku amik keputusan untuk tarik diri dari jadi peserta.

    Bajau,
    Masa ada lembu dulu, setiap kali aku balik kampung, aku akan potong rumput dan bagi lembu makan. Dari pagi kerja sampai tengah hari. Pastu sambung balik petang sampai mahgrib. Tak larat beb. Pukul 9 je dah terasa mata berat nak tido. Itu baru buat kerja 2 hari. Kau bayangkan adik aku buat kerja tu setiap hari.

    By Blogger cohong gym, At 3:01 PM  

  • Aku tak nak bayangkan adik kau keje tu. Aku cuma dapat bayangan yang kau tu sebenornye malas. @ hari pun dah penat. Tgk Along, dia potong rumput kat Dubai, dari mula sampai, sampailah sekarang, masih power lagi.

    Syabas inspektorsahab!!!!!

    Cohong, kalau setakat potong rumput ok lagi. Belum lagi adik hang suruh hang kasi minum susu kat baby-baby lembu tu. Perrrgh... mau tak larat. Anyway, syabas laa kat adik hang. Respek gila aku kecekalan dia.

    By Blogger HH, At 12:59 PM  

  • he he he he he he adaaa saja. COHONG BAGI LEMBU MAKAN???? COHONG JAGA LEMBU??? ha ha ha ha ha memang kamceng baiiiiiii!!!!

    huh angkat rumput merungut macam mak nenek, angkat besi buleh pulak!

    By Blogger doremon, At 4:12 PM  

  • Man,
    hahahahaha memang penat beb.

    Mon,
    Angkat besi pun tak sepenat jaga lembu hahaha

    By Blogger cohong gym, At 1:06 PM  

  • usaha itu tangga kejayaan..by e way, saya ada jual makanan berkhasiat dari program multilevel marketing. Bagus kalau slalu rasa letih2, sengal2 atau digigit serangga. Busines plan pun sangat bagus, tak payah jual barang tapi cari org shj. Ramai telah berjaya termasuk artis2, gol professnl, kerani, penoreh getah, gigolo, pelacur dsb. Sila hubungi saya utk temujanji. Perbualan tel tidak dilayan kerana saya terlalu sibuk.

    By Blogger Abafahim, At 3:06 PM  

  • hahhahhaha aku pun nak join gak.

    By Blogger cohong gym, At 5:02 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home