cohong gym

Monday, February 16, 2009

Tempat parking

Masuk kali ni dah 6 kali aku kena saman parking dengan DBKL. 4 saman kat motor Naza GTR dan 2 saman kat kereta. So, semua sekali aku sepatutnya bayar RM600 pada DBKL yang sebenarnya aku lansung tak de niat nak bayar.

Aku kena saman 4 kali kat motor masa aku parking kat depan 7eleven sebelah gym. Kalau aku parking dan menghalang jalan orang lain, aku akan bayar saman pasal aku yang salah. Tapi masalahnya kat area tu hanya depan 7eleven je yang ada tempat untuk letak motor. Bukan aku sorang je yang parking kat situ, berlambak lagi motor lain parking kat tempat yang sama. Tak de tempat lain yang boleh parking selain kat situ walaupun memang bukan tempat untuk parking. Yang bestnya, setiap kali aku kena saman ialah hari Ahad. Rajin bebenor DBKL ni buat kerja.

Saman kereta pulak aku kena kat Station Monorail Titiwangsa. Tahun lepas kat sebelah station tu ada disediakan tempat parking berbayar. Sekali masuk RM3. Banyak kereta parking kat situ. Maklumlah nak mengelakkan jam, so kita gunakan public transport yang senang dan berkesan. Tapi lebih kurang 7-8 bulan lepas, tempat parking tu kena tutup, yang bestnya bukan untuk buat bangunan atau benda lain, tapi diaorang tanam pokok kat situ. Kenapa tanam pokok? tak cukup ke dengan pokok yang ada kat area situ? kenapa tempat parking ditutup dan nak dijadikan kawasan tanaman pokok pulak? kan bodoh namanya.

So sekarang ni kat area tu dah tak ada tempat parking kereta. Sesiapa yang nak naik Monorail terpaksa parking kat area bersebelahan dengan station yang memang bukan tempat parking kereta (aku kena saman pasal parking kat sini). Kalau nak tempat parking yang legal, terpaksa park jauh sedikit. Kalau siang tak pe pasal still ramai orang lalu lalang, tapi bila malam, tempat tu sangat sunyi. Hantu pun takut nak lalu kat situ pasal gelap dan sunyi sepi. Kalau perking kat situ sangat la merbahaya pasal selalunya mat pit akan tido dan berehat kat situ.

Kenapa la jadi macam ni? ada tempat parking yang elok, kena tutup. Orang yang in charge kat DBKL tak de hotak ke? atau memang sengaja dengki supaya diaorang boleh kutip saman banyak-banyak. Kerajaan buat kempen galakkan orang ramai naik public transport supaya dapat mengurangkan jam yang dah semakin teruk kat KL ni. Tapi kemudahan yang ada tak mencukupi. Macam mana orang nak ikut kempen? bodoh punya orang.

24 Comments:

  • nak tau cerita aku???

    Aku dari dulu sampai sekarang tak pernah bayar saman tu.

    By Blogger HH, At 4:49 PM  

  • kah kah kah kah kah tegelak besar aku cohong baca cerita hang. ala bro baru sikit la tu. ni hang baca aku punya cerita saman. Ofis aku kat satu area nama Bandar Perda, Bukit Mertajam. Area baru develop. mula dulu (early 2000) parking free. 2 3 taun lepas tu MPSP (local council) moved in and start charging. aku tak penah bayar ada la lam 30 saman kot. pas2 PRU last year PKR menang, dia kasi kira settle itu saman ha ha ha ha. so dah jadi zero. 2 3 months after that start saman balik dah and lagi kerap aku rasa kot, dan until today aku rasa dah jadi 30 saman lebih dah kot ha ha ha and guess what, AKU MEMANG TAK PERNAH BERNIAT NAK BAYAR PUN!!!!

    By Blogger doremon, At 5:15 PM  

  • Man & Mon,
    hahahaha korang memang power. 30 saman? Doremon, kau memang idola aku. Akan aku inform DBKL yang aku ada member yang power yang ada berpuluh saman tapi tak nak bayar walau satu sen pun hahahahha.

    By Blogger cohong gym, At 6:08 PM  

  • kalau ikut cerita doraemon, nampaknya ko terpaksa undi PR lepas ni Cohong! Dan kalau ikut cerita doraemon yg digabungkan dengan cerita herman, ko memang ada bakat kena tangkap polis bila ada operasi rumah ke rumah!

    By Anonymous Anonymous, At 7:51 PM  

  • Aik moto superbike pun diorang saman? Aku ingat moto superbike selalunya diorang kasi lepas je parking atas pavement. Pasal aku selalu nampak Harley mesti dpt parking depan2 pintu punye. Saman DBKL tak bayar ok lagi. Jgn saman polis, aku dah kena sekali, patrol car datang ke ruma aku kat kg (pasal ikut alamat IC). Nak terpengsan mak aku, lampu siren patrol car menyala2 depan ruma.

    By Blogger Syamsulfaiz, At 11:07 PM  

  • Polis dtg umah kau bukan pasal saman polis bro. Tapi operasi Pendatang Tanpa Izin bangla. Haha

    By Blogger HH, At 1:35 AM  

  • Bajau,
    Kalau undi PR pun sama je. Mula-mula je ok, pastu serupa dengan BN gak.

    Along,
    Superbike aku tak pernah kena saman lagi. yang kena saman moto Naza GTR. aku tak bawak superbike dalam KL siang-siang. Leceh nak mencilok dalam jam.

    Man,
    hahahahhha memang bukan pasal saman, tapi pasal pendatang tanpa izin hahahah

    By Blogger cohong gym, At 10:34 AM  

  • Hahaha Along! Ko patut berdoa kat Dubai supaya Herman dan Cohong dipindahkan ke padang pasir kat sana!!!

    By Anonymous Anonymous, At 2:22 PM  

  • hahahahaha jangan macam tu Along, ampunkan lah kitaorang. Kalau kau nak sumpah kitaorang, berdoa la supaya kitaorang dihantar ke Dubai. bole lepak ngan kau. tak la boring dok sorang-sorang.

    aku cadangkan kau sumpah si Amid menjadi gitar bass. bole aku courier ke dubai hahahahha

    By Blogger cohong gym, At 2:53 PM  

  • HERMZZ, cinabeng ko. Kat Dubai ni, baru aku rasa macam pendatang. Tapi dgn izin OK. Tapi kat Dubai best, semua pekerja asing dipanggil expat, tak kira la doctor ke, gardener ke.

    Cohong, aku sumpah kau jadi kuda lumba la. Bole jual harga mahal kat Sheik Maktoum.

    By Blogger Syamsulfaiz, At 5:47 PM  

  • Cohong,

    kau ingat aku tak? dasyat le kau skrg ni ye...

    By Blogger Mama Huptihup, At 8:48 PM  

  • ha ha ha mid kalau polis nak tangkap sbb council pya saman, aku ingat sunyi sepi seberang perai ni, semua kena tangkap, sebab sume pakat2 x bayar ha ha ha. aku kira taraf sederhana je, yang lagi belammbak pun ada ha ha ha tu yang MPSP punya dana dari beratus juta tinggal ciput je tu. BPR in action now he he he.

    long, kenapa la KUDA LUMBA yang jadi pilihan????? musykil aku, kuda kan TUNGGANGAN orang?????

    By Blogger doremon, At 10:07 AM  

  • Along,
    kalau dapat jual mahal, kita tong tong 50 50 hahahahhaha. tapi aku rasa memang mahal, pasal aku power.

    berapa kau agak bole jual? 10 juta bole hehehehe

    Lyana,
    Mula-mula aku musykil gak. tapi bila aku masuk blog kau, dan tertengok muka kau. baru la aku kenal hahahahah.

    kau lagi ganas. dok kat oversea. aku setakat dok kat overriver je. tak merasa nak main salji. lepas ni aku plan nak kawin ngan minah saleh pastu ikut dia balik kampung dia heheheeh.

    Mon,
    nasib baik polis tak tangkap, kalau tak dengan kau sekali masuk lokap. lagipun setakat saman majlis perbandaran, tak de hal punya. diaorang bukan ada kuasa nak tangkap. kalau kena saman polis, baru la kena kow tim.

    Kuda lumba power beb. aku pernah sekali pegi kelab lumba kuda selangor ikut member aku tengok race. first time tengok beb. ada la 5-6 orang je melayu kat situ yang lain semua cina. tapi kitaorang buat bodoh je. kuda tu semua gagah dan bergaya macam aku jugak, kacak, macho dan bergaya hahahahhaha

    By Blogger cohong gym, At 11:21 AM  

  • cohong,

    kau pegi kat lumba kuda kaa atau kau main mesin lumba kuda seringgit? Haaaa.. baik mengaku!!!

    By Blogger HH, At 2:08 PM  

  • tak main la kuda seringgit. lagi pun kat KL, kuda seringgit dah pupus. aku pegi kat tempat yang real. yang pegi sana semua betting, aku rasa cuma aku sorang je yang tak betting. member aku memang selalu betting kat sana. kalau betting RM10,000.00, bole duduk kat tempat special. ada air cond & makan.

    aku duduk depan sekali pasal nak tengok kuda lumba. kuda kuda tu semua tinggi dan kuat. semua sekali ada 12 race. ada dalam satu race tu, jockey sudah kena buang dari kuda, tapi last last dia jugak yang menang pasal orang kata kalau kuda ganas, kuda tu memang favourite untuk menang

    By Blogger cohong gym, At 4:04 PM  

  • Cohong Kuda? hmmm gelaran yg canteeek!

    By Anonymous Anonymous, At 4:21 PM  

  • salah tu. sepatutnya kuda cohong.

    By Blogger cohong gym, At 5:02 PM  

  • ... or cohong dikuda-kudakan ha ha ha ha

    By Blogger doremon, At 10:53 AM  

  • atau pun kuda-kuda Cohong hahahha

    By Blogger cohong gym, At 11:50 AM  

  • Semakin confuse.

    Cohong suka pegi tempat kuda

    Cohong pegi tengok kuda

    Cohong Kuda?

    Cohong dikuda-kudakan?

    Kuda COhong?

    Coda?

    Kuhong?

    Cokuda?

    Kudahong?

    Hongda?

    Dahong?

    .... errrr.... Kuda = Cohong?

    Kuda makan rumput...

    Cohong makan rumput?

    Cohong jadi kuda?

    errr.... kengkawan!!! ada lagi ke????

    By Blogger HH, At 11:52 AM  

  • CODA???? harghh harghhh harghhh ada persamaan! ha ha ha ha sudah la tu man, nanti muncul spesis baru plak!

    By Blogger doremon, At 12:57 PM  

  • hahahaha Coda? aku rasa Yoda lagi best hahahaha

    By Blogger cohong gym, At 4:38 PM  

  • yoda tu kemetot! hang besaq gajah! jar jar bing buleh????

    By Blogger doremon, At 5:28 PM  

  • jar jar tak mau. tak macho. Darth Vader, kira settle hahahahha

    By Blogger cohong gym, At 10:39 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home