cohong gym

Saturday, February 07, 2009

Perak

Apa dah jadi ni? senang je main lompat-lompat. Apa diaorang ingat bole buat main-main ke? Senang je diaorang membelakangkan undi rakyat. Macam aku cakap dulu, majoriti orang politik tak bole dipercayai. Kejap jadi pembangkang kejap jadi penyokong kerajaan.

Perkara yang pernah terjadi kat Sabah berulang sekali lagi, kali ni terjadi di Perak pulak. 4 orang MP pembangkang, 3 dari PKR dan 1 dari DAP mengambil keputusan untuk menjadi ahli bebas (tapi sebenarnya jadi katak melompat join BN). Yang kelakarnya, MP Bota yang menderhaka pada UMNO melompat ke PKR melompat sekali lagi ke UMNO. Ini bukan katak tapi bapak segala katak.

Sia-sia je rakyat Perak mengundi pada PRU 12 yang lalu. Rakyat Perak mengundi pembangkang dengan harapan dapat merasa sesuatu yang baru tapi malangnya tak lama pasal kerajaan Perak dah bertukar ke BN. MB baru sudah pun dilantik dan telah diperkenankan oleh Sultan Azlan Shah.

Banyak orang berfikir yang Sultan akan memerintahkan satu pilihanraya yang baru akan diadakan tapi meleset. Sultan memperkenankan penubuhan kerajaan baru oleh BN. Mungkin dia malas nak layan orang-orang UMNO yang dok menyibuk kat istana kot? atau memang dia tak suka kerajaan lain memerintah Perak.

Katak-katak ni merupakan satu kemenangan moral kepada Najib yang pada by election di KT telah tewas.

Tak tau lepas ni apa yang jadi pulak.

28 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home