Flash Flood
Ini kat tingkat satu parking. Tingkat bawah dah tenggelam completely. Kena menyelam kalau nak cari kereta
Kat bahagian dalam tempat parking. Kereta Cornneey yang paling hujung. Masa ni air masih menutupi separuh kereta
Hari selasa, 3/3/09 merupakan nightmare bagi aku, Cornneey dan murni. Pukul 4 lebih, hujan turun dengan lebat. Selepas setengan jam aku turun ke parking lot untuk check samada keadaan masih selamat. Aku dapati parking lot masih kering dan tak de tanda-tanda akan banjir. So, dengan senang hati aku kembali semula ke office.
Keadaan di luar pun tenang. Tak ada kekecohan yang berlaku. Security guard pun tak datang ke office untuk memberitahu tentang banjir. Dalam pukul 6, kami ingin balik ke rumah pasal Cornneey ada appointment di luar. Aku called despatch to inform ada document for collection di bank. Dia tanya aku samada kereta ok atau tidak. Aku kata semua ok. Tapi dia cakap masa dia lalu kat area office, dia nampak kereta yang tenggelam sampai bumbung.
Berderau darah aku bila dengar dia cakap macam tu, terus aku lari ke basement. Rasa nak pengsan bila aku nampak kereta yang dah tenggelam separuh. Aku cuba nak harung banjir tapi air dalam. Aku tengok ramai orang lain yang hanya mampu melihat saja kereta masing-masing. Aku inform Cornneey, muka dia terus berubah. Kitaorang jadi speechless. Kat luar keadaan dah huru hara. Yang dapat tolak kereta ke kawasan tinggi kira bernasib baik. Yang lain hanya pasrah.
Pada masa yang sama aku telefon Murni tapi tak berjawap. Berpuluh kali aku call tapi masih sama. Aku call kakak dan member dia tapi diaorang tak tau mana dia pergi. Sebelum tu dia dah inform aku yang dia nak pegi jumpa client kat Megan Avenue di Jalan Yap Kwan Seng. Pukul 9 malam member dia call lagi beritahu yang Murni tak masuk office dan dia dah cari kat banyak tempat tapi masih tak jumpa. Bila dengar dia cakap macam tu, aku jadi panik. Aku suruh dia tunggu kat Jalan Yap Kwan Seng. Aku call rumah. Alhamdulillah, Murni baru sampai. Rupanya client yang sepatutnya dia jumpa adalah penipu. Mereka jumpa di sebuah cafe di Megan Avenue kononnya this guy is a Tan Sri PA. This Tan Sri nak beli rumah. Rupanya penipu. Dia sempat curi hand phone Murni. Tapi yang penting Murni selamat. Malam tu jugak kitaorang pegi buat polis report.
Pagi semalam, aku dan Mehtab mengharungi air banjir di paras bawah lutut untuk tolak kereta keluar dari tempat parking dan tow kereta ke pusat service peugeot. Sedih giler tengok air masuk kat dalam kereta. Habis semua barang kat dalam kereta rosak. Rasa nak menangis pun ada. Dalam keadaan yang bersabar, meleleh gak air mata Cornneey.
Pusat service kata, repairing makan masa 2-3 minggu dan kos, tak sanggup nak cakap.
19 Comments:
pehhg! Aku dah lalui pengalaman kat situ. Aku parking blakang sentul med centre. Masa aku blk tu kebetulan air dah nak tenggelam tayar. Aku lari ke kereta redah banjir atas lutut, nasib smpt start enjin keta terus redah banjir! Kalau hujan kena pastikan keta jgn parking kat kawasan tu apatah lagi parking bwh tu.
By Abafahim, At 7:55 PM
Aku tahu apa yang dah jadi kat kau. esoknya aku mintak kau hantar cornneey pegi somewhere (aku tak ingat). Abis basah skirt dia pasal seat kau basah hahahahha.
Aku tak sangka nak banjir teruk. Aku dah turun ke bawah tengok tapi semua ok je. Rupanya air naik bila hujan dah berenti. By the time aku dapat tau, dah terlambat. Air hujan sudah menjadi banjir. Bukan setakat area pekeliling je, banyak lagi tempat kat KL yang kena.
Tauke bengkel tersenyum simpul
By cohong gym, At 8:22 PM
adussss kesian Cornney. Bukan murah kosnya nanti. Harap2 kereta aku selamat kat KL sana. Area Setapak selamat.
By Syamsulfaiz, At 9:12 PM
Tu laa.. kalau pakai Knight Rider kan senang. Lain kali beli kapal selam plak. Dak pun beli bot pegi keje.
Anyway, aku simpati gak laaa... kalau tak nak lagi keta tu.. kasi aku je laa.. nanti aku repair
By HH, At 12:43 PM
its a test bro, its a test! Tuhan nak uji kesabaran hang tu. but you keep it cool, yeah!!!
pinjam ayat lippi jap "itu semua dugaan Tuhan ke atas hambaNya yang Dia sayang" so you should be happy instead!
kalau aku la, mau senget jugak budget bulan ni. tapi hang ok kot...
By doremon, At 1:12 PM
Along,
Aku rasa kereta kau selamat. Aku tak de dengar berita area setapak banjir. Yang teruk kena area pekeliling, PWTC, jln ipoh dan beberapa area lagi. Tempat parking Court staff pun banjir gak. Semalam aku pegi court, staff kat sana kata kereta judge pun ada yang tenggelam.
Man,
Aku dah hantar pegi service dah. Hari Rabu aku ngan Mehtab tolak kereta keluar dari banjir. Lepas tu terus tow sampai pusat service. Sedih siut tengok kereta macam tu. Aku sikit punya sayang kat kereta tu, tetiba bole jadi macam ni. Dugaan.
Mon,
Pusat service baru estimatekan kos repair. Kalau ikutkan apa yang dia cakap, kos repair tu bole beli Kelisa sebijik. Terduduk aku ngan Cornneey bila dengar.
By cohong gym, At 1:24 PM
saya ingin menegaskan bhw saya tidak pernah melakukan sebarang usaha utk menyebabkan skirt koni basah! Kenyataan blog ini seolah2 memberi maksud terdapat momen2 istimewa saya dan koni ketika koni menumpang kereta saya. Kenyataan itu juga blh menjejaskan peluang saya utk menang dlm pemilihan naib ajk sukan Angkatan Muda Keadilan cawangan kg purba, ampangan!
By Abafahim, At 6:20 PM
hahahahahah statement kau macam sial
By cohong gym, At 7:34 PM
Pengajaran minggu lepas - sedia kan goggle, tong gas and scuba diving equipment utk pergi ke pejabat! Dan juga sedia beli bot dan letak kat ofis.
Nasib baik ko ngan conie jadi speechless. Kalau jadi Species, susah woooo!
Yg terakhir sekali, banyakkan bersabar dan banyakkan buat kerja lebih masa utk membayar kos baiki kereta itu...
By Anonymous, At 12:44 PM
Aku baru je balik dari pusat service. Diaorang kata kemungkinan besar engine tak de masalah. Diaorang tak check secara menyeluruh lagi pasal air belom kering completely. Tapi the mechanic kata, kalau ECU tak de apa-apa hal. Kos tak la banyak sangat.
So aku harap begitu jugak.
By cohong gym, At 2:30 PM
baik suruh connie ambik hairdryer dan guna utk kering kan air tu. Idea yg baik kan?
By Anonymous, At 10:23 PM
hairdryer? sampai bila mau kering?
By cohong gym, At 1:46 PM
Cohong,
Sabaar.
By Dewangga Sakti, At 4:38 PM
Sekarang ni relax je. Cuma kadang-kadang terasa terkilan.
By cohong gym, At 10:23 AM
cohong.. kalau kejadian banjir atau tanah runtuh mcm kat putrajaya dulu tu, memang xleh claim insurance ek? atas alasan Act of God.
pndai pulak syarikat insurans cakap pasal Tuhan ye. kalau kejadian2 lain dlm kehidupan xpernah nak kait pun dengan Tuhan. adalah tu Tuhan nak peringatkan kita yg sering lupa pada Dia.
Dulu masa kes banjir kat parking lot dataran merdeka, lawyer Shukor Baljit yg handle kes Rufaqa saman Jakim tu file saman kat management dataran merdeka & dbkl, dia menang tau. engkau cubalah try saman pulak!
By Ifila Saila, At 9:45 AM
Lipi,
memang ada plan nak saman. kat sini ramai orang yang nak saman. so, plan nak buat joint saman.
tapi aku rasa management tempat parking tu macam dah tak de je. opis pun gelap. sekarang ni pun parking free. dah tak de orang jaga
By cohong gym, At 12:14 PM
kici kici lembu jaga..
sudah besar, sindri mau jaga la..!
By Ifila Saila, At 9:57 AM
hahhahahaha
By cohong gym, At 12:16 PM
vans pas cher, sac burberry, air max, true religion outlet, coach purses, michael kors, michael kors uk, converse pas cher, kate spade handbags, true religion jeans, nike roshe, polo lacoste, vanessa bruno, michael kors outlet, north face, nike free pas cher, air max, louboutin, nike blazer, coach factory outlet, sac guess, lululemon outlet online, sac hermes, nike air max, true religion outlet, hollister, new balance pas cher, air jordan, longchamp, polo ralph lauren, air max pas cher, ray ban sunglasses, true religion jeans, nike free, hollister, abercrombie and fitch, hogan outlet, coach outlet, nike tn, mulberry, ralph lauren, ray ban pas cher, sac longchamp pas cher, nike roshe run pas cher, coach outlet store online, north face, michael kors pas cher, oakley pas cher, timberland, nike air force
By oakleyses, At 10:10 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home