cohong gym

Thursday, April 16, 2009

Trip to Penang

Esok aku nak pegi ride ke penang. Petang ni Mehtab & co. akan sampai dari penang. Semua sekali ada 7 orang & 7 biji moto. 3 Yamaha R1, 2 Honda CBR 1000rr, 1 Ducati 848 dan 1 Suzuki K6.

Masing-masing ada agenda tersendiri di KL. Ada yang nak tengok moto baru, ada yang nak pegi grand opening Naza Ducati dan ada yang nak tambah accessory moto. Esok diaorang akan balik ke penang. So aku akan ikut konvoi diaorang ke penang.

Kitaorang plan nak layan corner kat grik hari Sabtu. Pastu jalan-jalan kat Penang. Hari Ahad baru aku balik KL. Kena balik sorang-sorang la nampaknya.

24 Comments:

  • Cohong.. engkau nak berenti minum kat warung2 sekitar perak tu hati2 skit. aku x tahulah tp selalu dgar cerita org kat area situ suka test power santau diorang..

    ini ngko kena confirmkan dgn org perak sendirilah.. tapi klu berdasarkan kisah dlm slot keliwon tv3 nampaknya budaya ini masih subur di kalangan org melayu..

    ape2hal pun yg penting, ngko baca bismillah sebelum minum dan baca alfatihah niatkan sbg penawar dan pendinding kpd segala sihir dan kejahatan. insya4JJI berkesan..

    make sure bila engkau konvoi@musafir tu, berhentilah mana2 R&R utk selesaikan appoinment dgn Tuhan, sembahyang jamak ramai2. klu baca fatihah niat nak lawan santau tp x semayang pun x berkesan jugak.. no hard feelings ye..

    By Blogger Ifila Saila, At 8:27 PM  

  • Cohong,
    Tahniah memilih penang! penang memang menarik brader kalau tahu caranya,
    jgn lupa pekena nasi kandar line clear Penang Road, kalau kat seberang perai boleh singgah makan mi udang sungai dua atau mi ketam juru.
    Cendol maklom corner ais dia halus macam salji bro.. rugi tak kena, rasa sekali laksa pak belalang tu. Fuhh.. rindu aku kat penang.
    Khamis malam jumaat boleh pi masjid benggali, ambik manfaat rohani, ramai manusia beb..untung2 ada syeikh/mufti/maulana bagi bayan.
    emmm... mehtab tu bukan law firm azlina mehtab yg ketua puteri penang tu ka? Lama tak sembang dgn dia bro..
    hati2 di jalan raya..

    By Anonymous shah, At 10:12 PM  

  • cohong, dengar dan ikutilah nasihat alifi tu! Enjoy, enjoy juga, keselamatan dalaman kena jaga jugak. Kang apa2 jadi kat ko, aku juga yg kena jaga murni ... opps motor ko..

    By Anonymous Anonymous, At 12:10 AM  

  • COHONG, amid tak percaya gitar dia terghempas masa aku test gitar tu kat opis kau..

    Nasib la dia tak komplen..heheh

    By Blogger Abafahim, At 12:02 PM  

  • betulke cohong? Klu iya, aku nak saman ayeed utk special damages, aggravated damages, exemplary damages, emotional damages dan segala damages yg ada kat dunia ni. Klu menang, bole beli gitar lagi byk hahaha

    By Anonymous Anonymous, At 12:32 PM  

  • cendol maklom corner??? tatau la lu bila try bro, tapi lately dah tadak kick, pada aku la. something wrong ngan dia pya santan... for the first time ever, mgu lepas aku makan tak abis pun. muak.

    By Blogger doremon, At 1:33 PM  

  • doremon,
    Last time rasa cendol tu dah lebih setahun dulu, sejak aku tinggalkan Penang. Tak sangka pulak la ni santan problem.
    Kalau lagu tu, boleh pi kena cendol kat Kepala Batas tepi sekolah atau kat Juru, simpang trafik light. Tak tau la rasanya la ni..

    By Anonymous shah, At 2:24 PM  

  • yang di kepala batas ngan juru tu masih sama bro. sama la ngan jln chain ferry bwh pokok tu, masih sama macam dulu. so cohong kalau lalau tempat2 ni sound la mehtab suh berenti ha ha ha

    By Blogger doremon, At 5:17 PM  

  • hati2 dengan kedai mamak yang tak basuh telur.. i mean, telur ayam..

    By Blogger Ifila Saila, At 6:44 PM  

  • hahaha...mamak tak basuh telur, lawak la lu Lipi.

    HAti2 melayan corner Cohong. Ko tu baru lagi.

    Tak sabar aku nak angkat moto sbijik nih.

    By Blogger Syamsulfaiz, At 2:17 PM  

  • Lipi,
    Kitaorang hanya berenti kat tapah & sungai perak untuk isi minyak. Air beli kat stesyen minyak je. cuaca panas sangat sampai menitik peloh kat dalam helmet.

    Setiap kali naik moto, aku akan baca doa naik kenderaan, ayat kursi dan 4 kul. Semoga Allah sentiasa melindungi aku sepanjang perjalanan.

    Shah,
    1st day kat Penang, aku pegi makan kat Bertam. Best gak. Pastu esoknya kitaorang pegi perlis pastu masuk border kejap untuk lunch. Lagi best. Sedap hingga menjilat jari. Aku rasa susah nak dapat masakan macam tu kat KL ni.

    Bini Mehtab beli cendol kat Bertam. Sedap gak cendol tu. Tapi aku rasa cendol kat Tangkak pun sedap gak.

    Kakak Mehtab dah tak jadi ketua puteri lagi. Sekarang dia ahli wanita UMNO biasa je.

    Bajau,
    Ayid tipu kau. Dia tak dapat tengok pun gitar tu. Aku dah hantar kat kau sebelum dia datang opis aku hehehehe.

    Mon,
    aku akan pergi kat tempat tu bila aku turun penang lagi. Mungkin lagi 2 bulan.

    Along,
    Best long konvoi. Ini 1st time aku konvoi. Tapi aku kena tinggal kat belakang. Tak mampu nak follow diaorang pun speed. Terlalu laju.

    Aku punya average speed is 200 kmh. Diaorang 250-270 kmh. Mana bole ikut. Top speed aku is 230 kmh. Jauh beb kena tinggal. Ada dekat 5-6 minit hahahhha. Tapi tak pe, aku tak de pengalaman lagi. Lagipun kena ride ikut kemampuan sendiri. Bila dah ada skill amik corner, baru la bole laju macam diaorang.

    Aku tunggu kau beli moto. bole kita pegi ride time weekend.

    By Blogger cohong gym, At 2:08 PM  

  • weh...
    hang konvoi ka racing??? macam racing je kalau dah lebih 200kmph.

    Takpe.. aku dah suruh Along order Jet Pejuang. Lepas ni gua konvoi dengan Along pi Dubai balik KL makan cendol dengan shisha kat sana. Tak payah layan corner.


    Kitaorang layan March 3 kalau dak pun layan 4G atau 5G. Baru Masyuk

    By Blogger HH, At 3:42 PM  

  • mak aii laju giler tu. terbang ke apa cohong? 230 tu top speed keberanian hang ka top speed moto hang? ada isu moto lambat sbb terlebih muatan tak ha ha ha ha

    By Blogger doremon, At 4:35 PM  

  • Inshaallah kalau usaha dan rezeki ada aku nak sambar motor besar nanti. Tapi seperti yg kau tahu aku minat Harley Davidson. Kalau aku ride dgn kau nanti, ketinggalan la aku. Average 200kmh? aku rasa average aku 20kmh je. Harley ni the slower the better...layan bunyi dan pemandangan..hehe

    By Blogger Syamsulfaiz, At 4:42 PM  

  • Herman,
    Kira konvoi la tu. Orang lain konvoi, tapi aku tinggal kat belakang hahahahahah. Tapi masih dikira konvoi gak.

    Mana adil pakai jet. Tak bole lawan la itu macam.

    Mon,
    230 kmh tu top keberanian aku. Aku takut tak bole nak handle bila laju sangat. Top moto aku is 299kmh. bila speed naik 180 kmh pun kau dah rasa macam kenderaan lain kat highway macam berenti. Bila overtake kereta, kau bole tengok kat side mirror yang kereta tu jauh tinggal kat belakang.

    Kita orang gerak dari R&R jejantas sungai buloh dekat pukul 4.45 petang. Berenti 3 kali isi minyak, minum air & hisap rokok. Sampai tol juru pukul 7. Kalau ikutkan time on the road, tak sampai 2 jam dah sampai Penang.

    Along,
    Harley pun ok gak. Kita bawak moto slow-slow la heheeheh

    By Blogger cohong gym, At 7:09 PM  

  • eloklah bawak moto pelan2.. aku taknak ngko jadi statistik dalam newspaper.. tapi kalau nak bwk 20km sejam, baik ngko jogging je cohong..

    bytheway.. doa makan ngko baca x?

    By Blogger Ifila Saila, At 10:54 AM  

  • Lipi,
    Aku sentiasa berhati-hati. Bila naik motor, biar ada perasaan takut. Kalau tetiba rasa confidence, jangan bawak moto. Itu pesan bikers. Takut nanti terjadi sesuatu pasal over confidence.

    Tu la pasal, dari bawak 20 kmh, baik kita konvoi jogging hehehehhe.

    Aku baca bismillah ngan doa sekali.

    By Blogger cohong gym, At 12:27 PM  

  • Lippy, aku cadangkan ngko beli motorbike join diorang konvoi... bleh ngko tarbiyah & jadik imam waktu konvoi.

    p/s: Takde gambar konvoi ke bro? Post laa skt...

    By Blogger Iwan, At 1:39 PM  

  • Midi,
    Baik jugak cadangan kau tu. Kalau ramai member ada moto. Bole kita konvoi ramai-ramai. Best woo jalan-jalan ngan member. Sekarang ni kalau nak konvoi, kena ikut orang yang tidak dikenali. Kalau ada member, lagi best.

    Gambar konvoi tak de la. Aku tak bawak camera.

    By Blogger cohong gym, At 10:15 AM  

  • Cohong, aku check dlm internet CBR ngko tu jual dlm RM30k++ tp Singapore mari laa... apa pro & con beli motor singapore ek?

    Amek gambar pakai phone ngko je, setakat nk letak dlm blog atau website buleh je...

    By Blogger Iwan, At 10:50 AM  

  • Aisey, betul la. Apsal la aku tak terpikir nak amik gambo pakai hp?

    Moto singapore memang murah. lebih lebih lagi kalau moto 2nd. Masalahnya moto tu illegal on the road kat malaysia kecuali ridernya singaporean. orang malaysia tak bole beli moto singapore. Kalau nak jugak kena la suruh ahli keluarga atau kengkawan singaporean beli pakai nama diaorang. kira kau pinjam moto diaorang la. macam ni je baru bole. melainkan kau nak pakai buat masuk trek.

    By Blogger cohong gym, At 1:47 PM  

  • Ooo itu mcm ka bro? Susah kalau asyik nk menjawab bila ada road block...

    By Blogger Iwan, At 4:06 PM  

  • Bukan setakat nak menjawap je beb, sekali dia rampas moto tu, telan air liur je engkau nanti hahahaha.

    Mehtab cerita kat aku, ada satu mamat kat Penang baru je beli moto (singapore) macam aku. Harga 30k. Sekali tu polis datang rumah rampas moto. Terkedu mamat tu tak leh nak cakap apa pasal memang dah salah. Tapi nasib baik dia banyak duit. Tak lama lepas tu, dia beli moto baru tapi kali ni yang legal punya.

    Kalau kau check kat dalam forum bikers, banyak maklumat tentang penggunaan motor singapore kat malaysia. Kau bole check Malaysia Bikers Community atau Msportbikes.com

    Memang diaorang tak menggalakkan pengunaan motor singapore oleh orang malaysia. Satu lagi masalahnya ialah pasal insurance dan road tax. Kena turun singapore untuk buat bayaran. pastu moto kena buat routine check untuk pastikan selamat dan legal untuk road use disingapore. Macam-macam masalah.

    By Blogger cohong gym, At 7:17 PM  

  • By Blogger yanmaneee, At 12:34 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home