Kaler baru
Aku plan nak repaint motor. Colour hitam memang cantik dan menjadi colour favourite aku sejak azali lagi. Cuma masalahnya, time siang memang sangat cantik dan nampak ganas. Bila malam, tak nampak apa-apa pun. Motor aku mempunyai curve yang cantik, tapi tak nampak kerana hitam. Lagi satu, aku nak buat dia nampak macam motor racing. Bikers kata, motor biar nampak terang dan colourful baru la menarik.
Aku ada beberapa idea yang aku cedok dari internet. Nak pakai idea sendiri takut tak cantik. Aku dah try pakai idea aku, tapi bila aku cuba kat motor, nampak tak cantik. Mula-mula plan nak tampal sticker je. Tapi bila difikirkan semula, lebih baik aku cat terus.
10 Comments:
Aku cadangkan PINK!!!
By Anonymous, At 5:50 AM
Pink? tak sanggup rasanya tengok motor aku warna pink. Kau try la cat kete kau colour pink. Kalau cantik, nanti aku considerkan hahahahha
By cohong gym, At 11:30 AM
cat macam 'the doctor' punye! biar la moto x sama pun. helmet aritu beli sama pe!
By doremon, At 1:14 PM
Kaler hijau gelap flourecent, dgn lining gold... mesti gembaq punye. Then ngko letak laa logo autobots ke, decepticons ke... janji bukan Bar Council.
By Iwan, At 2:14 PM
Mon,
Masa Rossi bawak Honda, dia pakai Repsol colour scheme. Masalahnya colour macam tu dah jadi quite common. Mat rempit pun ada pakai. Kalau pakai colour Fiat Yamaha kat motor aku, nanti bikers gelakkan pulak.
Midi,
Colour hijau flourecent adalah warna rasmi kawasaki. Memang cun colour tu. Member kat rumah aku ada pakai sebiji ZX10r warna hijau, memang cun.
Aku plan nak pakai 3 warna. Putih, merah & hitam. Design dah ada tapi blom finalise lagi.
By cohong gym, At 2:42 PM
ko la try dulu. Klu byk awek tgk motor ko, aku janji aku kaler pink kereta aku! hehehe
By Anonymous, At 3:07 PM
Cohong, pandangan peribadi aku kaler pilihan ngko tu 'tak berapa garang', kureng sesuai dgn motor ngko.
Another option cuba ngko gabungkan kaler merah & hitam (sedia ada, jimat skt), dgn lining kuning/gold. Kaler bendera negeri aku tu, tp personally aku mmg minat. Tp terpulang kt mu laa, elok ada bbrp designs utk ngko buat pilihan nnt...
By Iwan, At 3:47 PM
kau bukan mat rempit jugak ke??? bukan malam weekend baru ni kau kena blok kat dataran tu ke??? huk eleh x ngaku plak ha ha ha
By doremon, At 4:43 PM
Bajau,
awek yang tengok moto aku mesti ingat aku gay kalau aku cat colour pink hahahahhahah
Midi,
Hitam masih akan jadi warna base, pastu lining merah dan warna putih/kelabu dekat bahagian yang banyak curve. Rim akan di cat warna gold. Aku akan lekat no. 9 kat depan dan belakang moto.
Mon,
eh alamak, mana kau tau? cilakak punya polis, dia dah janji tak nak bocor rahsia. Sia-sia je aku bagi rasuah hahahaha
By cohong gym, At 5:05 PM
Cohong, kalau ngko nk motor ngko 'gempaq' dan senang org perasan, aku cadangkan ngko pasang lampu lip-lap kt body motor ngko... kemudian pasang semboyan kapal, mesti takut polis nk tahan ngko, kakaka!
By Iwan, At 7:02 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home