Tuntutan Bar Council
Korang ada dengar cerita pasal tuntutan Bar Council? Semalam member aku tanya pasal tuntutan Bar Council pada kerajaan. Dia nak tanya pendapat aku. Tapi aku cakap, aku tak pernah dengar pasal benda ni. Dia kata, since aku lawyer, mungkin aku ada pengetahuan pasal tuntutan tersebut.
Dia kata, dia dapat informasi dari kawan dia di Bukit Aman. Dia ada VCD tuntutan tersebut. Macam mana dia dapat aku pun tak tau.
Dia kata ada 14 tuntutan dan salah satunya adalah tuntutan satu bahagian duit zakat diberikan kepada bukan Islam.
Aku tak tahu lansung pasal benda ni. Ada sesiapa yang ada information?
Dia kata, dia dapat informasi dari kawan dia di Bukit Aman. Dia ada VCD tuntutan tersebut. Macam mana dia dapat aku pun tak tau.
Dia kata ada 14 tuntutan dan salah satunya adalah tuntutan satu bahagian duit zakat diberikan kepada bukan Islam.
Aku tak tahu lansung pasal benda ni. Ada sesiapa yang ada information?
37 Comments:
wah... gila ada blog member aku sorang nie...
anyway... kalau tak silap aku la.... ada bahagian zakat yang boleh diperuntukkan kepada bukan islam... org yang ditakrifkan sebagai kharibul khulub... wallahualam
By Kampong_Boy, At 12:20 PM
Ada la sikit. Aku baru start 2006, kau lagi lama.
Ada ke bahagian yang boleh diberikan kepada non-muslim? aku tak tau. kena bukak kitab nih.
Btw, aku dah check profile kau, tapi aku tak dapat cari sapa sebenarnya budakkampong. Kasi introduce sikit
By cohong gym, At 12:35 PM
aiya cohong... tuntutan bar council kat government pun ko tak dengar lagi? aku kt sini dah basi telinga aku dengar. Ok la..aku bagitau ko apa tuntutan dorang :
1. setiap majistret tak dibenarkan memakai selipar semasa bersidang (ini kerana ada magistret yg pakai selipar je kat mahkamah tapi kita tak nampak sebab meja bench halang pandangan kita).
2. CCTV dipasangkan di dalam mahkamah. Ini untuk mengelakkan berlakunya kejadian tidur menidur yg kerap berlaku pada majistret, hakim dan lawyer.
3. Penggunaan telefon bimbit dilarang sama sekali di dalam mahkamah, malah tak boleh pakai silent mode or vibrate mode sekali pun. Ini kerana ada kejadian lawyer yg tiba-tiba tersenyum semasa perbicaraan sedang berlangsung sedangkan dia cuma duduk mendengar lawyer lain menyoal saksi (sebab dia baru terima sms lucuh) Malah ada hakim juga yg tiba-tiba tergelak sebab baca sms yg sama!
4. lawyer, majistret dan hakim dilarang sama sekali membuka kasut semasa perbicaraan. Ini kerana ada antara mereka yg memakai stokin yg dah lama tak cuci. Oleh itu, bau hangit gile dan mengganggu konsentrasi saksi-saksi perbicaraan yg tengah bagi keterangan.
5. Lawyer, majistret dan hakim dilarang membawa botol minuman atau makanan semasa perbicaraan. ini utk mengelakkan kejadian kongsi-mengongsi minuman dan makanan yg berlaku kerana ada lawyer yg lupa nak bawa dia punya makanan dan minuman sendiri. Hasilnya, hakim pun join sekali!
Itu je la yg aku ingat...pasal zakat tu, aku lupa lak
By Anonymous, At 7:12 PM
ishh apa la nak tuntut2 nie... tuntutan agama korang sume dh penuhkan ke? hehehehhe
By Anonymous, At 7:40 PM
Celaka kau Bajau, itu tuntutan kau sendiri hahahahhaha. Kau hantar la tuntutan tu kat Mahkamah Sabah. Kalau nasib kau baik, diaorang akan senyum je. Kalau tak, sure kena struck off hahahahha
Rompakan,
Tuntutan agama, aku dah selesai. Si Bajau aku tak tau le hehehe
By cohong gym, At 1:38 PM
tuntutan agama? bila masa pula agama menuntut ni? menuntut ilmu agama aku da buat la. cuba tanya cohong apakah tuntutan agama yg dia da buat..konfim dia jwb "aaaa?"!
By Anonymous, At 7:55 PM
Siol Amid, aku dah hampir percaya dia punya list tu.
Cohong ni dah patut bagi Letter of Demand dah pasal agama wahahaha...
By Syamsulfaiz, At 4:05 PM
itu IFC interfaith council punya tuntutan yg bar council sungguh2 nak tubuhkan. Anwar ibrahim endorse IFC dan yg mana funder dia yayasan jew di jerman. Funder attend meeting dgn keadilan leader siap duduk depan lagi. Sejarah funder kena halau dari myanmar & beberapa negara lain sbb dituduh perosak budaya. Dan memang funder ifc digelar master perosak budaya. Ada byk lagi tuntutan mcm jab agama mcm jakim setiap agama dll.
By Anonymous, At 10:18 AM
mmg dah lama ada perbincangan isu ini akan maksud 'mualaf' adakah semata2 org convert islam atau termasuk kaum kafir dhimmi yg redha & rela menerima pemerintahan islam.
Kalau ikut situasi kaum buka islam di Mlaysia aku tak tau nak bagi kategori apa? Tengok tulisan jawi pun dah melompat dan bising mcm nak rak! Org islam baru dah ada kesedaran berniaga utk bersaing dgn bangsa diorg di halang dengan mcm2 alasan, perlembagaan malaysia cerita ciput tentang Islam pun dipertikai dan dikelentong lagi.
Layak ke diorg ni terima duit zakat? Tertanya jugak aku.
By Abafahim, At 10:40 AM
semekom tuan rumah.... (masuk kena bagi salam dulu sbb x penah masuk).. para mufti tak bagi komen ke?
By doremon, At 10:55 AM
Bajau,
Aku dah laksanakan tuntutan agama tau. Contohnya, menuntut ilmu, semayang, puasa etc. Kau ada buat? hehehe
Along,
Macam mana kau bole nak terpecaya kat si Bajau nih?
Aku plan nak hantar letter of demand kat kau for breach of contract. Barang yang aku kirim tak sampai-sampai lagi nih. Dah lama aku tunggu. Minah arab sexy 3, tapau hahahhha
The Bar Insider,
Still Anwar punya cerita. This guy memang pengkhianat yang nyata. Dia gunakan segala ruang yang ada untuk kepentingan diri tanpa memikirkan rakyat dan negara. Dia bakal membawa masuk segala macam yahudi ke Malaysia kalau dia jadi PM, dan orang melayu mungkin akan hilang hak mereka bila dia berkuasa since dia bersungguh-sungguh kononnya pejuang human right. Bar coouncil pun dah semakin macam sampah. Semakin lama semakin naik tocang. Malangnya kerajaan Flip Flop lansung tak amik tindakan. Sekarang laymen dah cop lawyer sebagai pengkhianat. Aku siap kena explain kat member aku bahawa Bar council bertindak bukan atas persetujuan semua ahli yang kebanyakkannya melayu. Aku inform dia yang banyak lawyer melayu yang menentang Bar council.
Ayid,
Kalau duit zakat boleh diberikan kepada bukan islam, maka hanya segelintir saja yang layak. Aku kenal ramai yang layak. Member baik bapak aku yang kitaorang anggap dia macam keluarga sebagai contoh. Pada aku dia sangat layak. Dia antara Chinese yang aku tau yang akan suruh anak murid dia pegi semayang bila masuk waktu. Dia antara Chinese yang paling terbuka bila berbincang pasal agama. Dia mempunyai kawan-kawan melayu yang sangat ramai hinggakan ketika dia sakit (sekarang masih lagi tak sihat), orang yang datang melawat 98% melayu. Pada hari raya lepas, punyalah ramai yang datang melawat since raya pertama lagi. Semua orang heran padahal yang raya ialah orang islam. Aku masih mengharap tuhan bukak hati dia untuk memeluk islam. Amin
By cohong gym, At 11:21 AM
Doremon,
waalaikumsalam, aku tak pasti samada mufti ada beri komen atau tidak.
By cohong gym, At 11:24 AM
Aisey kawan2 semua. Aku tak sangka Along hampir terkena dgn aku..Aku terbayang dia tengah buat senyuman manis ala Shah Rukh Khan lepas baca komen aku tu! Cak!
Pasal Anwar, pasal IFC, pasal zakat ke, pasal apa ke, korang tak usah melatah. Biar pun aku berjuang seorang diri di Sabah ni utk menaikkan taraf islamic law di sabah, org islam la yang paling banyak hentam aku. Dorang kata aku kambing hitam la, itu la, ini lah..tapi dorang 1 haram jadah pun tak buat apa2. Asyik2 ckp pasal agama, asyik2 ckp dosa pahala. Tapi bila ada kes org islam yang merogol, membunuh, memukul, main rasuah, langsung tak dikomen pulak! Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama mengomplen dalam kaedah yg paling konstruktif dan aman damai. Sapa2 nak kutuk aku pasal membawa kes org murtad, silakan. Lepas tu pada mereka yg kutuk aku, tanya lah soalan ini pada diri sendiri - Apa yg aku dah buat untuk menegak, menyebar dan memajukan Islam? Setakat posa sembahyang tu, Cohong pun buat!
By Anonymous, At 4:38 PM
Siut, apa kena mengena ngan aku pulak hahahahhahaha.
Aku sokong kau Mid. Orang kita ni cuma pandai komplen je. Tapi tiada tindakan. Macam aku contohnya. Aku hanya pandai komplen kat dalam blog je. Sekurang-kurangnya kau telah bertindak untuk membetulkan kedudukan undang-undang islam di Malaysia.
Aku pun nak jadik macam kau
By cohong gym, At 5:08 PM
at least ko sedar diri jugak cohong. Yg kat luar tu, langsung tak sedar diri..asyik dorang je betuulll!!!! ckp sikit, kita salah dorang betul! cis!
Kalau ko nak jadi cam aku, ko kena makan roti campur milo. Pastu tumbuk tu roti dgn tangan kanan. Maggi kena makan selalu yeee!!
By Anonymous, At 10:21 PM
hahahaha. Kena makan macam tu ke? Wokay, hari ni jugak aku start
By cohong gym, At 9:29 AM
Dey Cohong
Yg Mahathir & konco-konco bawak Yahudi masuk dulu kau tak kecoh pulak...cuba cek sejarah sikit..team kriket yahudi, penasihat yahudi untuk election, amik yahudi ex Mossad masuk Malaysia Airlines, hiburan yahudi, todi & arak punya lesen kasi pass, judi punya lesen kasi pass, jolok duit kat yahudi utk jumpa presiden amerika...banyak lagi ... kita sedar tak?
aku bukan nak sebelah kat Anwar, tapi you must be fair bila bagi comments. Jangan sebab kita tak suka seseorang tu kita dok lanyak dia sorang walhal orang lain lagi dasat dari tu dah buat dulu.
Banyak benda yang terjadi skrg ni puncanya dah lama dah...macam makanan, tak terus proses jadi najis...macam buah, tak terus masak dan gugur...begitu jugak keadaan skrg, banyak yg berpunca dari sblm Pak Lah lg dan sblm Anwar nak amik alih kerajaan lagi...cuma masanya skrg ni ajer yg baru pecah/masak/gugur
perkara duit zakat bagi ke bukan Islam ni pun aku nak sekeh kepala otak orang suggest ni...orang Islam banyak lagi yg miskin, merempat dan lebih layak...kenapa sibuk nak bagi orang bukan Islam...kita ni yang berhutang pun boleh kira asnaf kot...bagi la kat kita utk tolong bayar hutang kita...aku juga ada dapat insider info from Jakim yg duit zakat diguna utk election baru ni...haa...itu perangai yahudi mana pulak tu...
so kita kena fair dan objektif...jangan amik hati pulak..kalau kita dok emotional memanjang, kita takkan maju
my 2 cents
By Unknown, At 11:56 AM
hahahahaha kau cakap memang betul. Tapi TDM dan yang sewaktu denganya menggunakan Yahudi-yahudi tersebut. Dengan kata lain, yahudi-yahudi tersebut telah dipergunakan.
Tapi dalam kes Anwar, aku takut dia yang dipergunakan oleh Yahudi. Pada pendapat aku, Anwar telah banyak membuat kesilapan samada dalam politik dan ekonomi. Antara yang paling besar ialah kecendorongan beliau kearah IMF ketika krisis ekonomi 97/98. Anwar juga merupakan "the Preferred Leader" oleh US. Itu yang buat aku sangsai kat mamat sorang ni.
Kalau dulu aku tak de masalah kat Anwar tapi selepas banyak perkara yang berlaku, aku rasa dia tidak sesuai untuk jadi PM malaysia walaupun ramai orang berpendapat dia paling layak. Contohnya, apa yang dia buat pasal Teresa Kok? Lansung tak bersuara. Bila Bar Council mempersoalkan Islam, pun dia senyap jugak. Dia adalah ahli politik yang mementingkan undi dari kepentingan bangsa dan agama.
Aku tak kata yang BN/UMNO itu baik. Diaorang pun sama celaka jugak. Tapi at least, masih ada lagi segelintir yang mempertahankan hak kita. Aku tau ramai yang tak suka TDM, tapi at least dia dah berjaya buat orang melayu sedar. Kalau tak kerana kesedaran tersebut, aku rasa kita masih lagi dok menyembah UMNO. Sekarang sudah ramai orang melayu yang menjadi pembangkang samada dari dalam UMNO atau dari parti pembangkang. Itu yang dinamakan kesedaran. Kita sudah sedar akan hak kita.
Tapi pada aku, Anwar bukan menyedarkan rakyat tentang hak mereka tapi lebih kepada menyedarkan rakyat akan "hak Anwar Ibrahim" untuk menjadi PM.
By cohong gym, At 1:22 PM
Dalam hal ni aku respect sama lawyer Zulkifli Nordin (MP Bandar Baru Kulim), selamab dia tibai Bar Council, BN dan PR sekaligus masa sesi parlimen.
Menegakkan yang benar without fear or favour.Statement dia "I'm a Muslim above all things" sudah cukup menggegarkan Parlimen. Aku percaya dia mungkin lompat ke PAS, bukannya UMNO.
Dia menyanggah Bar Council dan semua yang mempertikai kedudukan Islam dalam perlembagaan dan menghentam orang-orang Islam yang berlembut apabila Islam dipermainkan. Geng sendiri pun dia tibai.
Aku rasa dah tiba masa korang lawyers kena formalise pembentukan Bar Council Islam. Kami bankers dah ada AIBIM, pun masih berperang dengan kuffar dan org Islam yang sayangkan riba. Kalau takde satu organisasi yang memperjuangkan hak Islam dari sudut pengamal undang-undang, lagi la susah kalau nak lawan kuffar yg confirm tolak Islam.
So korang menjadi harapan lawyers Muslim untuk memperjuangkan hak Islam dalam perlembagaan.Start bergerak dan walk the talk bros.
By Unknown, At 1:24 PM
Gaduh! Gaduh! Gaduh! Ini yang best ni! Demokrasi gileee!!! Yeah! Sapa betul sapa salah, aku tak peduli! Korang gaduh je yee..bila korang kena tangkap dan kena dakwa ke, nak saman menyaman di antara satu sama lain ke, nak sue defamation ke, korang ambik aku ok? legal fee korang aku bule guna untuk beli gitar elektrik baru hehehehe!!!
By Anonymous, At 1:27 PM
Balik-balik Anwar Ibrahim, balik-balik Anwar Ibrahim.
Aku berpendapat kita harus setuju yang objektif majoriti rakyat Malaysia ialah supaya kita dapat hidup aman damai dan mempertahankan kedaulatan negara dan Islam selari dengan perlembagaan.
Perlu diingat PAS memainkan peranan penting dalam hal ini. Aku lihat PAS sebagai penentu kepada kejayaan PR untuk ambil alih kuasa. Hj Hadi sendiri beri jaminan kalau Islam tidak didaulatkan bila PR memerintah, PAS sendiri akan keluar dari PR.
This would serve as check and balance kepada ancaman atau kemungkinan kedaulatan negara dan Islam dijual oleh DSAI (yg ditakuti kebanyakan org Melayu Islam).
Juga maklumat yang aku dapat ialah antara sebab DSAI masih gagal mengambil alih kerajaan tempoh hari disebabkan PAS enggan beri komitmen walaupun bilangan nak melompat dah cukup(skrg sudah beri komitmen). Adapun sebab PAS tak nak commit ialah kerana risaukan dasar Islam dan hak Melayu akan terabai.
So check and balance itu ada. Dan DSAI sendiri sudah beri jaminan akan hak-hak Islam dan melayu spt dalam perlembagaan akan dijunjung (yang ni dlm mainstream media kau takkan jumpa).
So berdasarkan check & balance factor ini kita tak perlu risau. Lagipun there will be another Gen Election. Tak puas hati, kita tukar balik.
Aku juga melihat (sekiranya benar) yang DSAI mahukan IMF dulu ialah sbg satu usaha utk mengenakan TDM & kroni-kroninya spt yg terjadi kepada Suharto bila IMF masuk ke Indonesia. Habis disapu.Terbarai Suharto sampai sakit tiap kali dipanggil mahkamah.Anak menantu bercerai berai, bisnes habis terbarai.Itu pandangan aku.
Teresa Kok punya hal pulak yg berkenaan ganti papan tanda jalan bertulisan jawi kpd semua bahasa kaum tu memang tak patut.Kalau dia nak buat pun tak boleh pasal bercanggah dgn undang-undang. Kalau dia nak buat jugak kena amend undang-undang dan juga kekalkan tulisan jawi dalam papan tanda yg pelbagai bahasa itu.
Perlu diingat apabila kita membaca suratkhabar mainstream, kita perlu tau mana yg di "spin" dan mana yg factual. Pengalaman aku sbg ex-journalist kat NST masa zaman Kalimullah ialah kebanyakkan berita politik memang dispin. Aku tengok sendiri. Aku experience sendiri.
Jadi sama-samalah kita berfikir dan bertindak untuk kemajuan umat.
By Unknown, At 1:42 PM
Bajau,
hahahahha nanti aku appoint kau jadi aku punya lawyer. Legal fees aku bayar dengan milo satu tin & roti satu bungkus.
Qamjat,
Aku setuju ngan kau pasal spin di media perdana. Aku sendiri dah tak baca paper kecuali pasal berita dunia dan sukan dan sikit-sikit pasal politik. Memang aku tau, kebanyakkan cerita especially politik telah dispin. Tapi aku juga mendapat maklumat dari internet dan maklumat dari orang dalam UMNO sendiri. Kesimpulannya, kita mesti pandai menilai berita supaya tidak terlalu percaya dengan cerita tersebut sedangkan cerita sebenarnya adalah jauh dari kenyataan.
Untuk bertukar selera kepada kerajaan baru, pada pendapat aku, buat sementara waktu ni, Najib akan menjadi PM. Tapi kalau dia pun sama sampah. Pada PRU 13 nanti, tak mustahil jika BN/UMNO akan hilang kuasa dan akhirnya menjadi pembangkang di Parlimen. Kita tunggu dan lihat.
Tapi aku harap, Najib akan bertindak bijak dengan memikirkan kehendak rakyat dan bukannya kehendak kaum keluarganya. Jika dia mahu menjadi PM dan kekal sebagai PM, nasihat aku kepada dia ialah dengarlah rintihan rakyat. Dia harus ingat bahawa kita lah yang memberikan dia kuasa sebagai PM dan kita juga ada kuasa untuk menjatuhkannya
By cohong gym, At 2:38 PM
Panas...panas...ada air sejuk tak?
By Unknown, At 2:43 PM
hahahahah bole bole. Aku belanja.
Aku lupa satu perkara. Kita ada Persatuan peguam-peguam Islam semenanjung. Tapi malangnya kurang berkuasa. Suara mereka sangat perlahan
By cohong gym, At 2:47 PM
berdasarkan check & balance? hahaha aku tau cek dan balada je hahaha!!! Bila aku jadi MP nnt, aku nak semua papan tanda kat malaysia ni ditukar ke bahasa bajau!!! hahahaa baru padan muka korang, terutamanya muka cohong!
By Anonymous, At 6:39 PM
cohong,
tak nak tubuh persatuan bina badan lawyer islam semenanjung ke?
takpun persatuan pemuzik2 peguam semalaysia... aku rasa kawan2 aku yg jd lawyer ramai gak yg terer main gitar, termasukla yg main merata2...yg tak pandai main cas terer maut pn ada gak hehehe
By Anonymous, At 7:50 PM
Bajau,
Kalau kau nak letak papan tanda bahasa Bajau, bole juga. Tapi kau letak kat depan rumah kau je la hahahahha.
Lagi satu, kau paham ke bahasa Bajau?
Rompakan,
Persatuan Bina Badan lawyer tak bole buat pasal aku sorang je ahlinya. Tapi kalau persatuan pemuzik-pemuzik peguam, itu bole. Aku rasa ramai gak yang boleh join
By cohong gym, At 11:07 AM
cohong, appa plak hang sorang jd ahli. aku pun ahlil jugak. bezanya badan hang jadi besar ketul2 tapi badan aku jadi besar bulat2 ha ha ha kembung sana kembang sini, ada shape tu shape belon kah kah kah. ala ada ramai la ahli macam aku cuma x ngaku je. kawan2 kita yg slim melim dulu yg hang dok jumpa lani sume menten g ke??? sapa??
By doremon, At 11:34 AM
hahahahhaha betul jugak kan. Kira ahli bina badan jugak la tu. tak kira la bina muscle atau bina lemak. Janji bina badan. Aku tarik balik kata-kata aku. Persatuan bina badan peguam memang bole ditubuhkan hahahahhaha
Ada lagi member kita yang maintain. Yang aku selalu jumpa yang still maintain : Pie, Mehtab, Along & Pungkek. Yang lain, semua dah jadi ahli bina badan. Ada yang dah layak masuk Mr. Asia pun ada hehehehhe
By cohong gym, At 11:40 AM
Rempit, aku nak jadi setiausaha persatuan pemuzik2 peguam malaysia! Ko lantik cohong jadi presiden!!!!
By Anonymous, At 12:13 PM
nak lantik presiden kena yg dh ada kuar album... cohong aku lantik jd presiden bina badan la..
btw, cohong yg kt bwh tu masih berlipat2 lg ke? hehe
By Anonymous, At 1:49 PM
hahahahha kalau nak lantik Mr. Presiden persatuan pemuzik, kita ada Zoy & Qamjat. Aku jadi AJK sudah la. Bajau bole jadi Mr. Vice President. Rompakan bole jadi Setiausaha.
Buat masa sekarang ni aku tengah membesarkan lagi badan. So ketul-ketul tak penting lagi. Aku baru je start training and supplement yang sedikit extreme. Bulan satu tahun depan baru tamat training. Kalau badan naik, baru la buat ketul-ketul.
By cohong gym, At 2:30 PM
bulan satu tahun depan aku dah macho gile!!! siap ada 8-pack lagi!! hahahaha jgn jeles ye cohong..
By Anonymous, At 2:53 PM
cohong.. pie tu aku rasa mentedarah apa pun tak naik punya badan. tu gen keturunan tu ha ha ha. nama2 tu yang selim, yang HANCUR buleh bagi nama sekali dak ha ha ha hamid pun hancur, gambo2 yg dia post lam blog dia tu superimpose ha ha ha
By doremon, At 3:05 PM
Bajau,
Bulan satu tahun depan, macam tu jugak badan kau. Tak de perubahan hahahahhaha
Doremon,
Pie ada bela hantu raya hahahahha.
gambar Bajau yang kat blog tu bukan setakat superimpose tapi gambar dia masa umur 17 tahun hahahaha.
By cohong gym, At 5:17 PM
17 tahun?? gile ko ni! kalau camtu, kira kiut le aku ni hahahahahaha!!! aku "impose" pompuan kat katil je hahahaha!
By Anonymous, At 4:08 PM
cute? buta ke kau hahahahha
By cohong gym, At 9:32 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home