cohong gym

Thursday, March 26, 2009

Bangang, Bodoh, Bahlol

Memang bangang. Aku nampak muka-muka lakhanat je kat atas pentas tu. Macam sial. Muka semua orang ada iras-iras muka babi tonyok. Memang diaorang tak pikir masa depan orang Melayu. Pilih juga si Beruk jadi Ketua Pemuda. Tahniah pada korang semua kerana berjaya menyiapkan kubur untuk UMNO.

Tuesday, March 24, 2009

Pilih jangan tak pilih

Hari akan bermula mesyuarat agong UMNO. Esok pulak adalah hari pemilihan untuk pemuda, wanita dan puteri. Hari Khamis pulak pemilihan untuk timbalan dan naib presiden dan untuk majlis tertinggi. Sapa la agaknya yang akan menang.

Aku risau kalau pewakilan masih mengundi perasuah. Kalau ini terjadi maka akan terkuburlah UMNO.

Pemilihan kali ini merupakan peluang UMNO untuk membuktikan kepada orang melayu bahawa UMNO masih lagi relevan. Kepada para pewakilan, ingatlah bahawa undi anda semua akan menentukan hala tuju UMNO, BN dan negara. Kalau silap pilih, akan jahanam la negara.

Tuesday, March 17, 2009

Pemilihan Agong UMNO

UPDATE
Tarikh : 20/3/2009
Sumber : RockyBru

Ada bahagian UMNO akan mencadangkan dalam mesyuarat agong UMNO minggu depan, satu resolusi agar Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim di panggil kembali ke dalam UMNO sebagai Penasihat UMNO dan Penasihat kewangan Malaysia.

Aku berharap agar ianya menjadi kenyataan. Khidmat mereka berdua sangat diperlukan especially sekarang dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat. Tambahan pula, pemimpin yang ada sekarang kurang berakal dan pengalaman menangani kemelot ekonomi dan politik.


Terlalu banyak sangat kontroversi dalam pemilihan UMNO hujung bulan ni. Mohd Ali Rustam sudah di kena tindakan tidak dibenarkan bertanding. KJ pulak hanya diberikan amaran kerana melanggar undang-undang berkempen. Khir Toyo terlepas dari sebarang tindakan kerana didapati bersih (betul ke?). Mungkin tindakan ini adalah untuk memberi gambaran bahawa UMNO bersih. Tapi pada pandangan aku, tindakan ini tidak cukup untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.

Sejak Pak Lah menjadi presiden, banyak tindakan beliau yang tidak disenangi oleh ahli UMNO sendiri. Sejak mesyuarat agong UMNO yang pertama sejak menjadi presiden sudah ada suara-suara ahli UMNO yang tidak puas hati dengan tindakan beliau.

Kalau UMNO nak memenangi hati orang Melayu dan rakyat, banyak perkara yang perlu dibuat. UMNO perlu berani berubah bak kata Mukriz. Tanpa perubahan, UMNO akan berkubur.

Thursday, March 05, 2009

Flash Flood

gambar ni diambil masa air dah surut sikit. Ini kat area yang tinggi sikit

Ini kat tingkat satu parking. Tingkat bawah dah tenggelam completely. Kena menyelam kalau nak cari kereta

Kat bahagian dalam tempat parking. Kereta Cornneey yang paling hujung. Masa ni air masih menutupi separuh kereta


Hari selasa, 3/3/09 merupakan nightmare bagi aku, Cornneey dan murni. Pukul 4 lebih, hujan turun dengan lebat. Selepas setengan jam aku turun ke parking lot untuk check samada keadaan masih selamat. Aku dapati parking lot masih kering dan tak de tanda-tanda akan banjir. So, dengan senang hati aku kembali semula ke office.

Keadaan di luar pun tenang. Tak ada kekecohan yang berlaku. Security guard pun tak datang ke office untuk memberitahu tentang banjir. Dalam pukul 6, kami ingin balik ke rumah pasal Cornneey ada appointment di luar. Aku called despatch to inform ada document for collection di bank. Dia tanya aku samada kereta ok atau tidak. Aku kata semua ok. Tapi dia cakap masa dia lalu kat area office, dia nampak kereta yang tenggelam sampai bumbung.

Berderau darah aku bila dengar dia cakap macam tu, terus aku lari ke basement. Rasa nak pengsan bila aku nampak kereta yang dah tenggelam separuh. Aku cuba nak harung banjir tapi air dalam. Aku tengok ramai orang lain yang hanya mampu melihat saja kereta masing-masing. Aku inform Cornneey, muka dia terus berubah. Kitaorang jadi speechless. Kat luar keadaan dah huru hara. Yang dapat tolak kereta ke kawasan tinggi kira bernasib baik. Yang lain hanya pasrah.

Pada masa yang sama aku telefon Murni tapi tak berjawap. Berpuluh kali aku call tapi masih sama. Aku call kakak dan member dia tapi diaorang tak tau mana dia pergi. Sebelum tu dia dah inform aku yang dia nak pegi jumpa client kat Megan Avenue di Jalan Yap Kwan Seng. Pukul 9 malam member dia call lagi beritahu yang Murni tak masuk office dan dia dah cari kat banyak tempat tapi masih tak jumpa. Bila dengar dia cakap macam tu, aku jadi panik. Aku suruh dia tunggu kat Jalan Yap Kwan Seng. Aku call rumah. Alhamdulillah, Murni baru sampai. Rupanya client yang sepatutnya dia jumpa adalah penipu. Mereka jumpa di sebuah cafe di Megan Avenue kononnya this guy is a Tan Sri PA. This Tan Sri nak beli rumah. Rupanya penipu. Dia sempat curi hand phone Murni. Tapi yang penting Murni selamat. Malam tu jugak kitaorang pegi buat polis report.

Pagi semalam, aku dan Mehtab mengharungi air banjir di paras bawah lutut untuk tolak kereta keluar dari tempat parking dan tow kereta ke pusat service peugeot. Sedih giler tengok air masuk kat dalam kereta. Habis semua barang kat dalam kereta rosak. Rasa nak menangis pun ada. Dalam keadaan yang bersabar, meleleh gak air mata Cornneey.

Pusat service kata, repairing makan masa 2-3 minggu dan kos, tak sanggup nak cakap.

Monday, March 02, 2009

Pertanian

Buat masa sekarang adik aku, Najmi sedang mengusahakan projek sayur di kampung. Ini adalah projek ke-3 yang diusahakan setelah 2 projek yang terdahulu kurang berjaya.

Projek yang pertama ialah ternakan lembu pedaging secara fidlot. Bermula dengan 17 ekor lembu yang dibeli dari seorang penternak di Negeri Sembilan. Walaupun penternak tersebut memberi jaminan bahawa baka lembu tersebut adalah dari baka yang baik namun ternyata tidak benar. Hanya 2-3 ekor sahaja dari baka yang baik yang selebihnya adalah dari baka KK (Kedah-Kelantan). Baka tersebut kecil berbanding baka yang lain.

Walaupun berjaya menjual kesemua lembu yang ada, namun hasil yang dapat tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Walaupun masih ingin meneruskan projek tersebut, namun modal yang tinggal tidak mencukupi.

Najmi bertukar kepada projek penternakan ikan keli dalam kanvas. Namun kali ini, syarikat yang bertindak sebagai supplier dan penasihat gagal untuk melaksanakan tugas mereka. Bukan setakat Najmi seorang sahaja, bahkan ramai lagi penternak-penternak lain yang menjadi mangsa. Aku sendiri pergi ke ibu pejabat syarikat tersebut di Kelana Jaya untuk mendapatkan penjelasan dari mereka. Di sana ramai penternak yang datang dari seluruh pelusuk negara inginkan penjelasan dari mereka. Akhirnya setelah berfikir panjang, keputusan yang diambil ialah menarik diri dari projek tersebut. Kerugian yang dialami adalah dalam lingkungan RM20,000.

Projek tanaman sayur ini diharap akan berjaya. Najmi tak pernah berputus asa walaupun pernah gagal. Kami percaya bahawa sesiapa sahaja yang berusaha dengan bersunguh-sunguh pasti akan menemui kejayaan. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya.