cohong gym

Wednesday, December 31, 2008

Gambar-gambar Helmet






Aku punya AGV GP Tech Rossi's Dreamtime Limited Edition




Murni's SHARK S650 Butterfly




Najmi's HJC FG-15 Draco

Gambar-gambar Boot



Aku punya Alphinestar Supertech R


Murni's SIDI Boot

Tuesday, December 30, 2008

Singapore trip

Khamis, 25/12
Aku gerak dari KL menuju ke JB pada pukul 4.30 petang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih pasal berenti beberapa kali. Sampai di JB pukul 8 lebih. Kitaorang pusing-pusing tengok rumah Murni dulu pastu berenti di Danga Bay untuk makan malam. Kemudian terus ke rumah Jijie di Taman Suria. Borak-borak sampai pukul 2. Pastu tido pasal esok kononnya nak gerak awal.

Jumaat, 26/12
Aku bangun tido pukul 9.00 pagi. Tapi Jijie tak bangun lagi so aku sambung tido. Pukul sepuloh baru bersiap dan pegi makan breakfast. Dalam pukul 12 lebih baru kitaorang gerak balik. Lepas Jumaat, barulah semua ready untuk gerak masuk Singapore.

Untuk sampai ke Kastam Malaysia, kitaorang terpaksa tempoh jam yang panjang. Dah la cuaca panas, tersangkut dalam jam lagi. Lepas kastam Malaysia, kena jumpa kastam Singapore pulak. Selepas Passport di cop. Kitaorang kena buat passcard untuk kereta Murni. Bila dah siap baru lah dapat masuk Singapore secara official.

Dari bangunan kastam, kitaorang terus bergerak menuju ke Chai Chee, rumah mak cik Misni. Kitaorang minum petang di sana. Dalam pukul 5 petang baru bergerak keluar dari rumah dan terus menuju ke Kaki Bukit untuk pergi ke Motor World.

Aku cuma tengok barang dulu di sana. Survey harga helmet dan jacket. Dari Kaki Bukit, kami bergerak ke Kelantan Lane untuk ke kedai motor yang lain.

Sampai di sana, kedai pertama aku pergi ialah regina. Kedai motor paling glamer kat Singapore. Orang Malaysia pun akan ke sana untuk dapatkan barang-barang motor. Regina adalah main distributor untuk AlphineStar. Macam biasa aku survey dulu barang. Kemudian aku ke beberapa kedai lain. Bila dan puas survey, aku kembali ke Regina pasal harga diaorang paling best dan barang yang aku nak memang hanya diaorang je yang ada.

Aku plan nak beli helmet Shoei X-11. Tapi Ah Boy, the Tauke kata dia tak rekomen helmet Shoei pasal kita tak dapat kualiti yang dipakai oleh pelumba motogp. Dia suggest, kalau aku nak kualiti yang sama dengan helmet yang di pakai dalam motogp, dia cadangkan aku beli AGV. Helmet AGV digunakan oleh Velentino Rossi dan beberapa pelumba lain termasuk Marco Simoncelli. Dua-duaorang ni merupakan pelumba favourite aku. Ah Boy siap buat demo kat aku lagi betapa bagusnya helmet AGV.

Bila Ah Boy tunjukkan helmet AGV yang dia suggest, semua orang kagum dan kata helmet tu cantik. Memang la cantik pasal harganya pun cantik. Helmet yang dia suggest adalah limited edition GPtech Rossi's Dreamtime. Hanya dikeluarkan sebanyak 2500 worldwide. Aku pun sebenarnya jatuh hati kat helmet tu. Kemudian, aku tanya pasal boot pulak. Lepas satu sesi penerangan yang panjang, kitaorang dibawa ke butik di belakang kedai. Tak semua orang dapat masuk ke butik tersebut. Ah Boy hanya akan bawak pelanggan yang betul betul nak beli barang. Kebanyakkan orang Malaysia akan di bawa masuk ke sana pasal dia tahu orang Malaysia datang memang nak beli barang. Bila dah dapat saiz yang sesuai, aku terus kata ok.

So, Helmet Rossi dan Boot Alphinestar menjadi milik aku. Harganya? jauh menyimpang dari budget asal hahahahha. Tak pe, yang peting aku puas hati.

Lepas tu, kitaorang gerak ke Orchard road. Punya la ramai orang. Sale di Singapore memang gempak. Tak macam di Malaysia, bila sale diaorang akan jual stok lama. Tapi di sana, diaorang jual stok yang ada di dalam kedai.

dalam pukul sebelas lebih baru la pegi cari hotel. Aku stay kat hotel di Geylang Serai. Bila dah check in, aku merayau dengan Murni cari makanan yang takde di KL.

Sabtu, 27/12
Destinasi pertama ialah Motor World pasal aku nak beli helmet untuk Murni dan Najmi. Untuk Murni dia nak helmet Shark dan untuk Najmi aku belikan HJC model FG 15 Draco. Dua-dua helmet sangat cantik.

Lepas tu, kitaorang gerak ke Orchard Road. Malam baru balik ke rumah mak cik Misni. Pukul 11 malam kitaorang bergerak keluar dari Singapore. Sampai di JB, aku call Rompique. Aku jumpa dia kat kedai makan kat area rumah jijie.

Ahad, 28/12
Aku gerak dari rumah Jijie pukul 11 pagi. Breakfast di JB dan kemudian terus ke kampung aku.

Wednesday, December 24, 2008

Happy holiday

Merry Christmas and a happy long holiday.

We have planned on this Christmas holiday that we want to go to JB and Singapore. The original plan was Me, Murni, Mehtab and Ati, Jijie and Misni will join us when we reach JB. But unfortunately, Mehtab had to pull off because of unevitable cause. But the plan must go on. So now only Me and Murni left. We will be leaving for JB tomorrow. Stay one night at Jijie's house before proceed to Singapore.

Tuesday, December 16, 2008

Petumbesaran

Masuk hari ni dah hampir 2 bulan aku train untuk menambahkan berat dan saiz badan. So far aku dah berjaya menambah lebih dari 10 kilo berat dan saiz badan pun dah bertambah besar. Aku berpuas hati terhadap keberkesanan traninig dan supplement yang aku ambil.

Ketika bermula proses training tersebut, aku mengambil beberapa jenis supplement. Selain dari Whey protein dari brand Optimum Nutrition dan Dramatize, aku juga mengambil weight gainer dari brand BSN dan Universal. Selain dari supplement tersebut, aku juga mengambil beberapa jenis supplement tambahan yang namanya di rahsiakan hahahahha.

Walaupun terseksa dengan proses tersebut, tapi aku berpuas hati dengan hasilnya. Cuma ada satu je masalah. Aku kena beli seluar baru pasal yang lama dah ketat kat area perut dan peha. Baju pun kena pakai yang besar sikit. Kalau dulu aku pakai seluar saiz 30-31, sekarang aku kena pakai saiz 32-33. Kalau aku pakai T-shirt, nak pakai pun susah, kalau nak bukak baju lagi seksa. Nasib baik ada Murni. Dia yang tolong tarik baju pasal selalu tersangkut. Aku tak bole nak bukak sendiri, kalau cuba jugak, aku takut baju koyak nanti.

Duit pun jadi masalah jugak. Untuk beli supplement tu, aku kena berbelanja lebih dari biasa. Whey, Weight gainer dan supplement rahsia sedikit mahal. Nasib baik aku beli dari member, so dapat la harga murah sikit. Kos untuk sekali beli ada dalam 600-800 ringgit. Untuk 3 bulan ni, aku kena beli beberapa kali semua supplement tersebut.

Walaubagaimanapun, aku lebih dari puas hati.

Training aku akan tamat pada 20/1/2009. Aku plan untuk start diet dalam bulan 3.

Thursday, December 11, 2008

Tak de Idea

Dah lama dah aku tak tulis kat dalam blog ni. Tak de idea yang sebenarnya. Aku tak tau nak tulis apa. Berita panas sekarang ni ialah pasal tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa. Sekarang ni semua jadi menunding kepada Khir Toyo pasal masa dia MB, banyak projek di lereng bukit kena approve.

Tapi aku heran, kenapa orang still beli rumah kat area yang merbahaya macam tu. Takkan tak reti reti lagi yang area tu tak selamat. Pemaju tak kisah pasal keselamatan. Yang diaorang tau hanya buat duit je. Selagi boleh buat duit, nyawa kita jadi pertaruhan. Bila dah kumpul cukup duit, cara mudah untuk cabut lagi ialah dengan menggulungkan syarikat secara voluntary. Bila company dah gulung, kat sapa kita nak claim bila ada tuntutan ganti rugi?

So, moral value disebalik kes tanah runtuh ialah, jangan beli rumah kat lereng bukit. Kalau nak beli rumah, pastikan area tu selamat dan developer yang boleh dipercayai.

Monday, December 01, 2008

Kampung

Hari Jumaat lepas aku balik ke kampung. Dah memang aktiviti aku setiap bulan, mesti balik kampung sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Lagi pun aku nak tengok mak aku yang kurang sihat. Itu hari dia masuk wad pasal darah tinggi. Tapi alhamdulillah, sekarang ni dah sihat macam biasa. Cuma aku nasihatkan dia control makan dan jangan kerja kuat sangat. Mak aku ni kalau dah start bukak kedai runcit, dia tak tau nak relax. Dia cuma rehat bila time semayang dan makan je.

Hari ahad adalah hari jadi Mak Cik aku. Sepupu aku semua balik. So, kerja aku adalah makan. Best woo makan. Sorang cousin aku ni pandai masak. Memang best kalau dia masak. Aku makan sampai kembong perut heheheheh.

Tapi sebelum tu, dalam pukul 8 pagi. Masa aku nak breakfast. Adik aku yang paling kecik balik dari kebun cakap adik aku yang sorang lagi accident. Aku terus keluar, rupanya dia dah ada kat depan rumah. Adik aku langgar budak kecik. Nasib baik adik aku tak teruk. Cuma luka kat tangan dan sakit badan pasal jatuh. Masa accident, topi keledar dia tercampak, nasib baik adik aku yang paling kecik sempat tahan kepala dia supaya tak terhentak. Aku terus je hantar ke hospital. Mula-mula nak cari klinik swasta, tapi tak de yang bukak lagi pasal masih awal. So kitaorang pegi hospital. Diaorang check kata tak de apa-apa yang serius.

Budak yang adik aku langgar tu baru berumur dalam 5-6 tahun. Memang kat kampung aku dia famous suka main-main kan orang kat jalan raya. Dah banyak kali orang komplen kat bapak dia tapi tak de tindakan. Dah ramai orang yang terkena tapi belom ada yang terlanggar dia lagi. Adik aku dah sound dia 2-3 hari lepas. Cousin aku pun dah sound dia hari sebelumnya. Tapi malang tak berbau, adik aku yang akhirnya terlanggar budak kecik tu. Rupanya budak tu tunggu moto lalu pastu dia terus keluar ke tengah jalan naik basikal dengan tujuan untuk menakutkan penunggang moto. Oleh kerana tak sempat nak brek, adik aku terus langgar basikal dia dan tercampak. Budak kecik tu tak de apa-apa lansung. Siap bole tanya "kenapa abang langgar saya?" Peh menyirap darah aku. Nak je aku terajang budak tu. Nasib baik la dia kecik lagi. Rupa-rupanya, dia ada sedikit short kat kepala hotak dia.

Aku plan nak pegi terus rumah bapak budak tu lepas balik dari hospital. Tapi bapak ngan mak dia tak de. So buang masa je la. Ikutkan hati aku aku nak terajang bapak ngan mak dia sekali. Biar dia ingat sikit supaya jaga anak dia.

Berita adik aku accident cepat tersebar. Kejap je member-member dah datang rumah. Kitaorang pun tak leh nak buat apa-apa. Nak marahkan budak kecik tu, kepala dia tak betul. So yang patut kena marah adalah mak bapak dia. Lepas ni member adik aku mesti sound mak bapak dia, kasi warning sikit