cohong gym

Tuesday, July 29, 2008

Politik

Aku tengok dalam masa hari ke hari, senario politik semakin teruk. Dah macam cerita Doraemon. Tetiba je ada bukti baru la, ada kes baru la, ada bini baru, ada awek baru etc. Contohnya kes bunuh minah Mongolia. Tetiba ada SD, pastu tarik balik pulak. Sesuka hati mak bapak dia je buat macam tu. Apa dia ingat biskut ke? kejap ada kejap tak de.

Sekarang ni pulak tengah hot kes liwat. Kes ni lagi la teruk. Private doktor kata takde kesan liwat. HKL kata ada. Mana satu doktor yang bole dipercayai ni? Aku ingat, suruh Dr. Sam buat laporan lagi bagus, terus je nyanyi "Saya anak Malaysia".

Apa yang aku nampak sekarang ni dah macam drama swasta, tak pun macam cerita Venezuela yang kat TV setiap petang (p/s aku tak pernah dapat tengok cerita-cerita tu), aku dengar dari mulut orang and dari preview, pelakon-pelakonnya semua cantik dan sexy belaka. Aku kena tengok jugak cerita-cerita tu satu hari nanti heheheheh.

Apa yang kita perlukan sekarang untuk menstabilkan politik dan ekonomi negara ialah seorang pemimpin yang tegas dan cerdik. Dulu kita ada sorang. Memang sangat hebat. Ada orang yang tak suka dan ramai yang mengagumi kehebatan beliau. Pada aku dia seorang pemimpin yang lengkap. Seorang nasionalis, cekap di dalam ekonomi, bijak membuat keputusan walaupun keputusan yang tidak popular tetapi mendatangkan hasil yang manakjubkan, berpandangan jauh ke hadapan, tegas dan kadangkala kejam. Sifat ini semua sangat penting di dalam setiap diri pemimpin. Tanpa semua sifat-sifat tersebut, tak akan lengkap untuk menjadi pemimpin. Sesiapa yang takde sifat-sifat ni, jangan la bermimpi untuk menjadi pemimpin.

p/s PM sekarang ni memang confirm takde semua sifat-sifat di atas. Apa yang dia ada hanyalah mimpi-mimpi yang indah pada dia, tapi nightmare pada kita semua.

UPDATE:
EON Bank, in a circular, says it will charge 3.9 per cent for new car loans effective August 1, 2008, up from 3.7 per cent. This is the second increase in car loans interest rates in a month.Expect other banks to do likewise. Also expect it to be harder to get your loan approved. In times of crises, our financial institutions have proven to be very shy in approving loans. Back in 1997, for example, Mahathir had to force the banks to stop acting like a pussy, and to start approving loans and, therefore, encouraging spending in order to revive the economy. (from Rockybru)

That was in 1997, when TDM forced the banks to stop being a pussy. But now, do you think the banks will listen to another pussy? (unless they are lesbian hehehehehe)

Sunday, July 20, 2008

Pukimak

Pukimak betul la. Lepas gym aku pegi la 7-11 nak beli roti. Aku tengok harga dah jadi RM2.60. Naik lagi? Tahun lepas Rm1.90. Pasti naik RM2.20. Pastu naik lagi RM2.40. Sekarang dah jadi RM2.60. Apa ke lakhanatnya. Asyik naik je. Tak de benda yang turun harga ke?

Harga minyak 1 liter naik RM0.70. Takkan harga barang pun nak naik macam tu sekali. Aku paham la kalau kata kos logistic naik, tapi takkan sampai barang naik banyak. Mana enforcement? Dulu kata nak pantau harga barang. Apa diaorang buat sekarang? Tido ke? Cukup la sorang je yang tido. Takkan orang lain pun nak ikut dia tido?

Jangan biar rakyat menderita pasal kerajaan tak tau nak control ekonomi. Jangan lupa kuasa ditangan rakyat. PRU 12 dah kasi warning. Nak tunggu sampai PRU 13? Kalau macam ni la keadaannya, PRU 13 nanti, masuk longkang la BN.

Wednesday, July 09, 2008

Kampung

Hari Jumaat ni aku plan nak balik kampung. Sepatutnya minggu lepas aku balik, tapi si Bajau ada kat KL, so aku cancel balik kampung. Bajau datang ngan family, so line tak clear. Tak bole nak melepak. Aku jumpa dia hari Khamis ngan hari Sabtu. Itu pun lepak tak lama.

Aku tak tau nak balik naik apa. Belom kasi decide. Mungkin naik Air Asia. Bila dah sampai kat area kampung aku, tekan loceng. Pastu peramugari akan bagi beg payung terjun. Lepas tu terjun. Aku harap terjunan aku tepat ke sasaran. Risau jugak kalau angin kuat. Nanti payung terjun aku kena tolak ke tempat lain pulak. Tak pasal-pasal aku kena jalan kaki sampai rumah.

Wednesday, July 02, 2008

Adussss

Dah lama aku tak update blog ni. Sekarang ni ada sedikit busy. Gym pun aku dah tak pegi dekat 2 minggu. Moto power aku pulak masuk workshop. Dia punya engine ada problem. Nasib baik ada warranty lagi kalau tak melayang 700-800 ratus. Sampai sekarang moto power aku tak siap lagi, dah seminggu setengah kat workshop. So tak bole la aku merempit.

3 hari lepas, aku teringin nak makan maggi. Bila aku pegi kedai harga maggi dah jadi RM4.40. Peh mahalnya. Dulu baru je RM2.90. Kalau kat hypermarket baru RM2.60. Tapi sekarang kat hypermarket pun dah RM3.90. Ada yang RM4.25. Aku peratikan semua barang mengila-gila naik. Mampos la macam ni. Celah mana nak hidup.

Kata pepatah, ulat dalam batu pun bole hidup. Itu ulat, dia tak makan nasi. Kita manusia, macam-macam kita nak makan. Tapi bila harga barang dah naik mencanak-canak, susah la macam ni. Apa punya kerajaan la, takkan tak bole nak foresee benda-benda macam ni. Bila minyak naik tinggi sangat, barang-barang lain pun naik jugak la. Dengar cerita minyak nak naik lagi bulan Ogos. Tak tau la pulak lepas ni berapa pulak harga barang naik.

Bajau baru je lepas call aku. Dia turun KL esok. Dia ada martial art class or tournament. Bole la aku tengok dia kena belasah hehehehe.