cohong gym

Wednesday, April 30, 2008

Liverpool

Update : Liverpool lost 1-3. I am so dissapointed but its ok. Anyway, Liverpool is and still is the most succesful club in England (for the Champions League).
Final will be MU V Chelsea.

Tonight, is the night. Liverpool V Chelsea at the Stamford Bridge where Liverpool never scored a goal since 2004. But from the past history, this is not a problem for the Reds. With Torres and Gerrard, there will be no problem for Liverpool to beat Chelsea. Moscow awaits us.
Final against MU is "kacang" hahahaha.

Tuesday, April 22, 2008

Rakyat Malaysia Tidak Bertimbang Rasa

Setuju atau tidak, perkara ini memang berlaku dan sedang berlaku di mana-mana saja di Malaysia. Di jalan raya, pusat membeli belah, stesyen LRT/Monorail etc. Di jalan raya contohnya, pengguna jalan raya kurang memberi perhatian kepada pejalan kaki. Mereka gagal untuk berhenti ketika lampu isyarat merah. Di persimpangan di hadapan Wisma Genting contohnya, setiap kali lampu isyarat merah, ada saja kenderaan yang sengaja tidak berhenti dan akibatnya kadang-kala terpaksa mengelak pejalan kaki yang melintas.
Di stesyen LRT/Monorail, penumpang yang berada diluar LRT/Monorail tidak memberikan laluan kepada penumpang yang hendak keluar sehinggakan terpaksa berasak-asak. Di stesyen Monorail, security guard terpaksa memastikan penumpang yang diluar beratur dan memberikan laluan kepada penumpang yang keluar. Dah macam kambing.
Sampai bila rakyat Malaysia akan berkelakuan begini? Kita mempunyai kemudahan kelas pertama tapi mentaliti rakyat masih di kelas ketiga.

Wednesday, April 16, 2008

Siapakah yang layak untuk menjadi PM

Siapakah yang anda pilih untuk menjadi the next PM. Boleh pilih dari senarai nama yang di bawah ini atau boleh bagi cadangan lain :-

1. Najib Tun Razak
2. Muhyidin Yassin
3. Mukriz Tun Mahathir
4. Anwar Ibrahim
5. Razaleigh Hamzah
6. Cohong "Godzilla" DeMayo

Tuesday, April 15, 2008

Peralihan Kuasa?

Sekarang sudah ada perkataan baru yang selalu disebut-sebut samada di dalam media atau di warung kopi. Orang bercakap tentang peralihan kuasa. Kuasa siapa yang beralih? itu belum tahu lagi. Desas-desus orang bercakap, Pak Lah nak alihkan kuasa dia kepada Najib. Nak alih kuasa macam dalam komik kung fu? mungkin tidak. Dalam erti kata sebenar, ia bermaksud Najib akan menjadi PM yang ke 6.
Persoalannya bila? sebelum pemilihan UMNO atau selepas pemilihan? atau mungkin 1-2 tahun lagi? Ada orang kata peralihan kuasa tersebut akan berlaku dalam masa 1-2 tahun lagi. Ada pulak yang kata sebelum pemilihan UMNO. Yang mana satu betul pun tak tahu.
Ada orang kata, Najib tidak clean. Tapi pendapat saya, PM sekarang pun dulu dipanggil Mr. Clean kalau bukan Mr. Cleaner. Tapi apa yang kita dapat bila Mr. Clean menaiki tahta? Kita dapat Mr. Cleantong (dibaca "Klen-tong").
Clean atau tidak, bukannya persoalan. Yang penting adakah dia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawap sebagai PM. Kita sebagai rakyat mahu hidup senang dalam keadaan aman dan damai.

Wednesday, April 09, 2008

Cohong "Godzilla" De Mayo




These pics were taken couple of weeks ago after i stop taking "the" supplement.