cohong gym

Friday, November 20, 2009

WPY 9816

Kepada sesiapa yang sedang mencari kereta yang menyebabkan sebiji motor terjatuh kat jalan Tun Razak, hari Jumaat, dalam lebih kurang pukul 11.45 pagi, kat area PWTC, no. plat kereta tersebut adalah WPY 9816, Mercedes Benz warna hitam atau biru gelap. Pemandu seorang lelaki melayu, membawa 2 orang penumpang, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Pada masa kejadian, aku ngan Cornneey dalam perjalanan ke Kepong pasal nak jumpa client. Aku ikut Jalan Kuching. Sebelum masuk ke Jalan Kuching, aku kena ikut Jalan Tun Razak sebelum susur keluar ke Jalan Kuching. Aku ikut lane yang paling kiri. Masa tu traffic bergerak lancar.

Masa aku masuk ke Jalan Tun Razak aku nampak ada sebiji moto ikut lane yang paling kanan. Perjalanan kereta ketika turun dari fly over yang melintasi Jalan Ipoh adalah sedikit perlahan, so motor tersebut dapat memotong beberapa buah kereta sehingga sampai betul-betul hujung fly over. Ada sebuah Mercedes di lorong yang paling kanan yang menukar haluan untuk keluar ke Jalan Kuching.

Sepatutnya Mercedes tersebut mesti berada di lorong kiri untuk memudahkan dia menukar haluan tanpa membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Mungkin kerana tidak menyangka Mercedes tersebut akan menukar haluan, penunggang motor tersebut gagal untuk mengawal motor dia apabila kereta tu tiba-tiba menghala ke sebelah kiri. Aku dapat dengar bunyi brek dan nampak dengan jelas penunggang motor tu tergolek kat tengah-tengah jalan. Kat belakang pulak ada van, tapi nasib baik van tersebut sempat brek. Kalau tak bertambah parah la mamat tu.

Yang celakanya, Mercedes tu lansung tak berenti. Dia terus pecut masuk Jalan Kuching. Aku tak boleh nak berenti dan tolong mamat motor tu pasal kereta tengah banyak, nanti jadi hal lain la pulak. So aku terus ikut Mercedes tu untuk dapatkan no. plat. Tapi aku nampak ada motor lain berhenti dan beri bantuan.

Mercedes tu terus pecut sampai masuk kat Jalan Kuching. Tapi bila masuk Jalan Kuching, dia dah tak boleh pecut lagi pasal banyak kenderaan lain. So aku dapat dekat dengan dia. Aku suruh Cornneey save kat dalam HP no kereta tu. Masa aku overtake, aku dapat tengok sapa yang memandu dan sapa yang menumpang dengan jelas. Muka mamat yang drive kereta tu relax je macam tak de apa-apa yang berlaku. Aku tak pasti sama ada dia tahu atau tak yang dia dah menyebabkan sebiji motor tergolek. Kalau ikut hati, nak je aku jerit kat mamat tu. Tapi buang karan je kalau aku buat macam tu. So aku teruskan je perjalanan aku ke Kepong sambil menyumpah-nyumpah mamat tu.

Thursday, November 19, 2009

jalan oh jalan

Aku bukan nak memburukkan JKR atau kerajaan. Tapi aku nak cakap benda yang betul. Keadaan jalan kat Malaysia sangat la buruk. Selain dari highway (itu pun pasal kena bayar tol), jalan-jalan lain sangat la tidak memuaskan keadaannya.

Sebagai contoh, simpang nak masuk ke area rumah aku. Ada beberapa lubang yang besar kat situ. Aku rasa lubang tu ada kat situ for 1-2 tahun, baru la diaorang repair. Lepas repair, jalan tu dah jadi elok. Tapi tak sampai setahun, diorang korek balik. Yang celakanya, diaorang tampal jalan tu ikut suka hati mak bapak diaorang je. Lekuk sana lekuk sini. Serupa tak payah tampal. Kalau suruh budak sekolah yang repair jalan tu pun aku rasa lagi elok. Baru-baru ni, diaorang dah repair baik jalan tu. Elok la sikit dari dulu. Tapi tak tau la berapa lama bole bertahan.

Kalau kita tengok jalan kat KL ni pun dah cukup menyakitkan mata. Lubang sana lubang sini. Aku rasa foreigners yang datang ke KL mesti pelik tengok condition jalan yang sangat teruk. Mesti diaorang fikir, kalau ibu negeri dah teruk, macam mana pulak keadaan tempat-tempat lain?

Aku sendiri dah beberapa kali termasuk kat dalam lubang. Ada sekali tu, aku on the way pegi gym hari Ahad pagi. Seperti biasa aku ikut jalan Sultan Ismail. Selepas Hard Rock Cafe, ada satu simpang empat. Aku tak perasan lansung ada satu lubang besar betul-betul kat tengah-tengah jalan. By the time aku perasan, dah terlambat. Nasib baik aku laju jugak masa tu dan mungkin pasal tayar moto aku besar, so aku dapat control moto tanpa jatuh. Moto pun ok jugak. Nasib baik, kalau tak free je aku tergolek kat situ. Sekarang ni diaorang dah tampal lubang tu, tapi sekadar main tampal je la.

Member aku pernah jatuh pasal masuk lubang kat Sg. Besi. Dia on the way balik rumah dari office dengan husband dia. Masa tu dia mengandung anak pertama. Husband dia bawak Virago 535. Husband dia tak sempat mengelak satu lubang yang besar kat tengah jalan. Dua-dua tergolek. Nasib baik dia tak apa-apa. Dia punya marah sampai nak sue government, tapi bila dipikirkan balik, tak de gunanya. Bukan bole menang pun lawan kerajaan. So dia lupakan je niat tu.

Aku betul-betul tak paham kenapa kerajaan tak bole nak buat jalan betul-betul. Tak de ke orang bijak pandai kat dalam kerajaan kita ni? atau sengaja buat tak tau. Sudah menjadi perangai orang Malaysia, selagi tak de orang mati jatuh masuk lubang, selagi itulah isu ni tak mendapat perhatian. Kalau time hujan, lagi la teruk. Dah tak nampak dah lubang tu pasal dah penuh dengan air hujan. Ada sesetengah lubang yang dah bole buat kolam ternak ikan keli. Tak payah susah-susah cari tapak pembiakan. Cari je lubang kat jalan raya, isi air, pastu campak je la ikan kat dalam tu. Insyallah, lepas 3 bulan, dah bole kutip hasil.

Tuesday, November 03, 2009

Sparx Helmet

Sparx Free Born

When i was in Sepang for the MotoGP, i saw Ed Hardy booth selling KBC and Sparx helmet. I was long looking for KBC gun slinger duo helmet. The nearest place selling KBC is in Singapore but they dont have the helmet that i wanted.

KBC Gun Slinger Duo

I have tried to buy this helmet through the internet but the transaction was aborted by the seller after i finalised the purchase. Later the government imposed a law that prohibit the selling of uncertified helmet by Sirim. Thus, i cant buy any helmet from the internet because i am scared that it might be seized by the Custom.

Sparx Free Born


When i was at the booth, i asked the sales person whether they have the Gun Slinger. Unfortunately, there is no stock for it. In fact the manufacturer already stop the production of this helmet. At the booth there was this one helmet that catched my eyes. It was Sparx Free Born matte white. It was so beautiful with the skull graphic. But they dont have the right size for me. They promised that they will check the stock and inform me later.

On Tuesday, i called them and they said they have the stock and will keep it aside for me. On Saturday, i went to their warehouse as they yet to have the showroom and got my Sparx. They also give away the dark visor and t-shirt for me. Sparx and KBC have very nice graphic. I can say that as at todate, they have the best graphic in the market. So for those who interested in these helmet, look no further because we already have the distributor in Malaysia and they are going to have their showroom very soon. The next day i wore my Sparx for the first time to Kuala Klawang.