cohong gym

Thursday, November 19, 2009

jalan oh jalan

Aku bukan nak memburukkan JKR atau kerajaan. Tapi aku nak cakap benda yang betul. Keadaan jalan kat Malaysia sangat la buruk. Selain dari highway (itu pun pasal kena bayar tol), jalan-jalan lain sangat la tidak memuaskan keadaannya.

Sebagai contoh, simpang nak masuk ke area rumah aku. Ada beberapa lubang yang besar kat situ. Aku rasa lubang tu ada kat situ for 1-2 tahun, baru la diaorang repair. Lepas repair, jalan tu dah jadi elok. Tapi tak sampai setahun, diorang korek balik. Yang celakanya, diaorang tampal jalan tu ikut suka hati mak bapak diaorang je. Lekuk sana lekuk sini. Serupa tak payah tampal. Kalau suruh budak sekolah yang repair jalan tu pun aku rasa lagi elok. Baru-baru ni, diaorang dah repair baik jalan tu. Elok la sikit dari dulu. Tapi tak tau la berapa lama bole bertahan.

Kalau kita tengok jalan kat KL ni pun dah cukup menyakitkan mata. Lubang sana lubang sini. Aku rasa foreigners yang datang ke KL mesti pelik tengok condition jalan yang sangat teruk. Mesti diaorang fikir, kalau ibu negeri dah teruk, macam mana pulak keadaan tempat-tempat lain?

Aku sendiri dah beberapa kali termasuk kat dalam lubang. Ada sekali tu, aku on the way pegi gym hari Ahad pagi. Seperti biasa aku ikut jalan Sultan Ismail. Selepas Hard Rock Cafe, ada satu simpang empat. Aku tak perasan lansung ada satu lubang besar betul-betul kat tengah-tengah jalan. By the time aku perasan, dah terlambat. Nasib baik aku laju jugak masa tu dan mungkin pasal tayar moto aku besar, so aku dapat control moto tanpa jatuh. Moto pun ok jugak. Nasib baik, kalau tak free je aku tergolek kat situ. Sekarang ni diaorang dah tampal lubang tu, tapi sekadar main tampal je la.

Member aku pernah jatuh pasal masuk lubang kat Sg. Besi. Dia on the way balik rumah dari office dengan husband dia. Masa tu dia mengandung anak pertama. Husband dia bawak Virago 535. Husband dia tak sempat mengelak satu lubang yang besar kat tengah jalan. Dua-dua tergolek. Nasib baik dia tak apa-apa. Dia punya marah sampai nak sue government, tapi bila dipikirkan balik, tak de gunanya. Bukan bole menang pun lawan kerajaan. So dia lupakan je niat tu.

Aku betul-betul tak paham kenapa kerajaan tak bole nak buat jalan betul-betul. Tak de ke orang bijak pandai kat dalam kerajaan kita ni? atau sengaja buat tak tau. Sudah menjadi perangai orang Malaysia, selagi tak de orang mati jatuh masuk lubang, selagi itulah isu ni tak mendapat perhatian. Kalau time hujan, lagi la teruk. Dah tak nampak dah lubang tu pasal dah penuh dengan air hujan. Ada sesetengah lubang yang dah bole buat kolam ternak ikan keli. Tak payah susah-susah cari tapak pembiakan. Cari je lubang kat jalan raya, isi air, pastu campak je la ikan kat dalam tu. Insyallah, lepas 3 bulan, dah bole kutip hasil.

6 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home