cohong gym

Wednesday, July 22, 2009

More pictures

Depan : 1. Abg Madi 2. Mehtab 3. Shiela 4. Abg Man Perlis 5. Abg Dollah 6. Yaseer
Nun jauh kat belakang : 1. Cik Jantan 2. Mat 3. Abg Tazli 4. Abg Mie
Tak nampak dalam gambar : Aku hehehehe
Mehtab tengah berangan nak beli moto sebiji lagi

Aku tengah belajar teknik terbang bersama moto dari Mehtab

Best giler tengok moto

Aku ngan Mehtab menikmati pemandangan yang indah


Cuci mata

Kat depan club house

depan club house masa baru sampai

aku bergambar dengan moto aku hehehehe

kat dalam dewan masa dinner. kitaorang datang pakai selipar, t-shirt & seluar pendek. tak disiplin lansung hahahaha

pagi ahad, sebelum pegi breakfast. tengah warm up moto

kat depan rumah tempat kitaorang tinggal. siap ada swimming pool lagi. lepas breakfast, kitaorang sempat lagi mandi sebelum bersiap untuk balik

Abg Tazli bawak helmet pasal dia plan nak pegi round. tapi bila tau yang apa pun tak de kat luar tu, terus dia cancel plan. masalahnya helmet tak bole simpan dalam rumah pasal kunci tertinggal kat dalam hahahaha

kat Burger King, restoren jejantas Sungai Buloh. last stop aku ngan diaorang. diaorang tak berenti gelak pasal cerita malam semalam. ada kejadian ngeri berlaku kepada Mehtab & Cik Jantan. lepas makan aku patah balik ke KL dan diaorang semua teruskan perjalanan ke Penang
p/s click on the picture for the larger view

Monday, July 20, 2009

Melaka Big Bike Jam

parking moto depan bungalow tempat kitaorang tinggal. semua sekali ada 11 biji moto dari group Gemilang Bikers

glove baru. ambil gambar ni masa tunggu konvoi sampai kat sungai buloh. aku sorang je dari KL. yang lain dari Penang

masa ni konvoi Gemilang Bikers & Utara Bikers baru je sampai. semua sekali termasuk aku ada dekat 30 biji moto

Abang Madi (Mr Presiden Gemilang Bikers) dengan Shiela (the First Lady). Shiela adalah satu-satunya rider perempuan dalam group kitaorang. Dia bawak moto punya la laju. Lebih laju dari lelaki. Dia ride R1 2009

kitaorang parking moto kat depan club house dalam A'Farmosa. Yang pakai baju oren tu nama dia Abang Man Perlis. Dia bawak Yamaha R1, Fiat Yamaha colour scheme (yang macam motor Rossi)

Aku le ni heheheheh. Suzuki tu Tazli punya. Yamaha R1 tu pulak Yaseer punya.Yang hitam tu aku punya hehehehe

Mehtab dengan Abang Dolah (Naib Presiden Gemilang Bikers). Mehtab pakai Yamaha R1. Abang Dolah pakai Honda CBR repsol colour scheme.

bergambar sebelum kitaorang pergi jalan-jalan kat dalam A'Farmosa. Suzuki yang paling kanan tu Tazli punya. Yamaha R1 yang colour maroon tu Cik Jantan punya. Suzuki yang kat sebelah moto aku tu Mat punya

Paling kiri, Abang Man. Yang tengah, Mat (moto Yamaha R1 SP tu Abang Mie punya) dan yang sebelah kanan, Abang Dolah

Semua Yamaha R1. Yang hujung sekali tu Abang Madi punya. Yang tengah Shiela punya. Sebelah dia, Mehtab punya. Semuanya Full System Exhaust. Sports rim colour gold. Aku pun nak buat colour macam tu jugak. Tapi kena tunggu aku turun Penang dulu. Colour sports rim gold tu adalah colour rasmi untuk Gemilang Bikers

Mehtab dan Shiela. Yang nampak dari jauh pakai baju biru tu, Abang Mie
Hampir 500 bikers dari Melaka, KL, Penang dan Singapore berkumpul di A'Farmosa Melaka pada hari Sabtu dan Ahad. Konvoi kitaorang sampai dalam pukul 2 lebih. Abang Madi sewa sebiji bungalow untuk Gemilang Bikers.
Selepas check in, aktiviti pertama kitaorang ialah mandi kat swimming pool. semua terjun pakai inner suit. Punya la seronok main air. Cuaca yang sangat panas membuatkan kitaorang berendam sampat kecut.
Selepas berehat dan makan mee goreng, kitaorang jalan-jalan naik moto dalam A'Farmosa dan kemudiannya lepak di Club house for drink. Dalam pukul 7.45, kitaorang bergerak ke Cowboy Town untuk dinner. Selepas mendengar beberapa ucapan, upacara makan dimulakan. selepas tu kami dihiburkan dengan persembahan live band. Ali XPDC pun ada menghiburkan kami semua.
Selepas tu, kitaorang balik ke bungalow. Kitaorang tengok tv dan berborak sampai sorang-sorang tertidur keletihan. Aku ngan Abang Madi yang paling last sekali tido.
Esoknya, pagi pagi lagi dah bising. Abang Mie dengan Cik Jantan buat lawak dan gelak kuat kuat. Kitaorang pegi breakfast pukul 7.30 pagi. Sepatutnya aktiviti hari tu adalah konvoi ke Port Dikson diiringi polis trafik. Tapi kitaorang nak gerak balik pasal nak tengok MotoGP. Kalau pegi PD takut termiss race.
Pukul 12 kitaorang bergerak balik. Stop pertama adalah di restoren jejantas Sg. Buloh. Selepas makan, aku patah balik menuju ke KL dan yang lain meneruskan perjalanan ke Penang.

Tuesday, July 14, 2009

Melaka Bike Week

Aku sudah menambah satu lagi riding gear. AlphineStar GP pro. Mehtab tolong belikan kat Singapore.

Hujung minggu ni ada Melaka Bike Week yang akan diadakan di A'Farmosa Melaka. Geng-geng Gemilang Bikers dari Penang akan turun pada hari Sabtu (aku dengan secara rasminya telah menjadi ahli Gemilang Bikers). Diaorang semua akan berkonvoi bersama-sama dengan Utara Bikers dari Penang terus ke Melaka.

Aku tak pasti lagi sama ada akan mengikuti konvoi atau berkonvoi berdua dengan Mehtab. Mehtab ada hal sikit pada hari Sabtu, so kalau dia sempat menyelesaikan hal tersebut, dia akan ikut konvoi. Tapi kalau tak sempat, dia akan turun dari Penang lambat sikit dan aku akan tunggu dia di KL.