cohong gym

Tuesday, August 26, 2008

Permatang Pauh

Update :
Anwar menang kerusi Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar.

Hari ni, hari mengundi untuk kerusi parlimen permatang pauh. Korang rasa sapa yang akan menang?

Kalau BN menang, Pak Lah akan cakap rakyat masih suka kat dia walhal rakyat dah menyampah dan benci tengok muka mengantok dia dan muka pembuang masa orang lain (tak pernah datang tepat mengikut jadual) . Dan dia akan jadi PM sampai PRU 13, dan masa tu BN akan kalah di setiap negeri. Dan dia akan menjadi Presiden UMNO pertama yang dipecat dari jawatan.

Kalau PKR menang, Anwar akan ke parlimen. Impian dia selama ni nak jadi PM mungkin akan berhasil.

Aku tak suka kat kerajaan BN yang dipimpin Pak Lah. Pada aku diaorang tak de buat apa-apa untuk rakyat lansung. Ada la sikit-sikit tapi tak de kesan. Keadaan ekonomi makin parah. Walaupun minyak turun RM0.15, harga barang tak kan turun dah. Macam aku cakap dulu, sekali barang naik harga, dia takkan turun-turun dah. Makin naik ada la.

Tapi pada masa yang sama aku tak suka kat Anwar Ibrahim. Pada aku, dia ni adalah boneka US dan Yahudi. Dia ni tak bole dipercayai. Aku tak tau la nak cakap macam mana, tapi setiap kali aku tengok muka dia kat TV atau surat khabar, aku nampak muka penipu dan pengkhianat.

Masalahnya di sini, ada sesiapa lagi ke yang layak menjadi PM? Orang yang aku rasa bole diketengahkan, tak mau bertanding jawatan tertinggi masa perhimpunan nanti. Tan Sri Muhyiddin, Rais Yatim even Rafidah Aziz pun pada pendapat aku layak menjadi PM. Aku rasa Rafidah lagi layak. Dia memang pakar dalam bidang ekonomi. Tengok saja masa dia jadi menteri perdagangan, banyak pelaburan yang dia bawak masuk. Dan dia juga lantang, tegas dan kejam. Aku rasa ciri-ciri PM yang baik ada pada diri dia, cuma satu je yang kurang, Rafidah ni pompuan. Aku rasa rakyat Malaysia belom bersedia untuk menerima wanita sebagai PM.

Entah la apa nak jadi dengan Malaysia sekarang. Kita ni dah macam keluar dari mulut harimau (Pak Lah dan kroni), masuk ke mulut dinosaur (Anwar Ibrahim dan kroni). Aku berdoa agar benda-benda macam tak berlaku. Amin

Wednesday, August 20, 2008

Cronies?

According to Rocky Bru, Anwar Ibrahim denies that he had cronies during his tenure as the Deputy Prime Minister and Minister of Finance.

Did i read it wrong? No cronies?

Pleaaseeee.....

Thursday, August 14, 2008

Apa Dah Jadi

Kebelakangan ni, aku ada sedikit sibuk. Gym pun dah tak dapat nak pegi macam biasa. Aku pegi gym hanya di hari Sabtu dan Ahad. Itu pun cukup la. Nampaknya tak merasa la aku nak bertanding bina badan. Sekarang ni aku dalam proses untuk membesarkan badan. Itu hari, masa aku rest dekat sebulan setengah, banyak kilo jugak aku hilang. Badan terasa ringan dan kecik, tak best la pulak. Kita mau sentiasa rasa padat dan gagah heheh.

Minggu ni dan minggu lepas ada beberapa perkara yang tak sepatutnya berlaku telah berlaku. Salah satunya, keengganan Bar Council untuk membatalkan forum yang membincangkan kes conversion. Walaupun dah dikecam, tapi mereka masih teruskan forum tersebut. Ini menunjukkan betapa sombongnya Bar Council.

Aku memang dari dulu dah menyampah kat Bar Council nih. Welfare lawyers bukannya dijaga. Yang dijaga suku sakat diaorang je. Lawyers lain bole pegi mati. Yuran selalu je naik, padahal Bar Council buat duit banyak giler setahun. Sikit-sikit naik yuran. Apa dia ingat kepala bapak dia punya duit ke?

Dari dulu lagi Bar Council hanya suka jadi champion untuk sesetengah bangsa je (sendiri mau ingat la yea). Kalau mati dalam lokap, Bar Council bising. Kalau jumpa dah mati kat dalam sungai, Bar Council bising. Kalau kuil kena roboh, Bar Council bising. Pemimpin Hindraf kena ISA, BAr Council bising. Janji melibatkan diaorang je, Bar Council mesti buat bising. Kes conversion tu pun melibatkan kaum-kaum dia jugak, tu pasal la bising.

Persatuan Lawyer Islam tak aktif dan kuat. Padahal lebih daripada separuh lawyer kat Malaysia ni terdiri daripada orang Islam aka Melayu. Aku cadangkan supaya kita mula aktif dalam Bar Council, pastu kita vote orang kita dan kita kuasai Bar Council. Biar kita yang berkuasa pula. Kita singkirkan mereka yang dah tak berguna (kalau ada election, tak sudah-sudah muka yang sama). Kita kasi tendang keluar itu orang.

Aku cadangkan kita lantik Ayid jadi presiden Bar Council. Aku jadi AJK refreshment sudah la.

Tuesday, August 05, 2008

Helmet

Semalam kat dalam berita ada tunjuk pasal kempen kesedaran pakai helmet untuk penunggang dan pembonceng motosikal. Mengikut statistik kemalangan, kebanyakkan kemalangan maut melibatkan motosikal. Salah satu faktor kecederaan dan kematian yang tinggi adalah kegagalan pengguna motosikal untuk memakai helmet atau gagal untuk memakai helmet dengan betul.

Aku sokong 100% kempen ni. Aku rasa kadar kecederaan dapat dikurangkan sekiranya kita pakai helmet. Semalam jugak tv tunjuk temuramah dengan orang ramai. Ramai yang cakap pasal tak pakai helmet. Tapi ada sorang mamat ni (aku rasa dia anggota sukarela dari St. John Ambulans) cakap penggunaan helmet yang murah pun boleh menyebabkan kecederaan kerana kurangnya protection. Semalam jugak timbalan menteri cakap nak bagi helmet free kat pengguna motor. Kat tv tunjuk gambar pelancaran kempen. Kempen yang baik cuma helmet free tu macam helmet murah je. Kalau setakat macam helmet apollo, baik tak payah.

Aku rasa kita ni teraniaya dengan polisi kerajaan yang lebih mementingkan keuntungan dari kebajikan rakyat. Helmet yang berkualiti tinggi dan selamat dijual dengan harga yang sangat tinggi. Dah la mahal, tak banyak pilihan pulak tu. Kedai yang ada jual pun beberapa kerat je, so diaorang bole main harga. Kalau satu helmet dah macam satu bulan gaji, macam mana nak beli. Yang pakai motor, majoritinya adalah mereka yang baru bekerja atau berpendapatan yang rendah ataupun student. Kemampuan untuk membeli terhad dan kurang. Kalau harga helmet bole buat belanja makan satu-dua bulan, takkan la diaorang nak beli helmet macam tu. Akhirnya, beli helmet Apollo yang harganya kurang RM40 (kalau tak silap aku). Helmet ni Mat Rempit ramai pakai. sampaikan kalau nampak orang pakai Apollo terus kena cap mat rempit. Dah la nak merempit, pakai helmet yang tak de kualiti lansung, Peh!! tak sayang kepala ke bang?

Aku rasa kerajaan patut turunkan cukai import ke atas barangan penunggang macam helmet, jacket, boot, gloves etc. Keselamatan lagi penting dari tax. Kalau dah ramai sangat yang cedera, kerajaan pun rugi gak kena tanggung kos perubatan.

Update :

Mehtab cakap ngan aku impot tax untuk moto besar akan diturunkan. Banyak mana? tak tau lagi. Aku harap turun banyak. Dengan harga minyak yang mahal, ramai orang nak pakai moto. Sesiapa yang ada duit lebih, bole la beli moto besar tahun depan.