cohong gym

Friday, June 20, 2008

No Confidence

SAPP MPs wanted to table a vote of no confidence against the PM this coming Monday. Will this going to happen? I hope so. Will Datuk Yong succesfully table his motion? i dont think so because there are so many idiots in the parliment today. Those who are kaki bodek and those MPs who only care about their pocket rather than thinking about the future of this beautiful country.

As for the oppositions, they will see this motion as a threat to their plan. They want to sapu bersih in PRU 13. Any change in leadership will definately ruin their well prepared plan.

So, i think this motion will be a joke on Monday.

I pray for otherwise.

Thursday, June 12, 2008

Dewangga Sakti



They have just launch their first album. If you are interested please contact Mr. Zoy at 013-2078407. RM15.00 each.

Thursday, June 05, 2008

Hadiah Kerajaan BN Kepada Rakyat Malaysia

Hari Rabu, 6/6/08 merupakan hari yang bersejarah kerana kerajaan BN yang diketuai oleh Pak Lah telah memberikan satu hadiah yang sangat bermakna kepada rakyat sebagai tanda terima kasih kerana mengundi BN pada PRU-12.

Kerajaan BN telah menghadiahkan petrol dengan harga RM2.70 seliter. Harga sebelum ini adalah RM1.92 seliter. kenaikan RM0.78 merupakan bonus kepada rakyat. Ketika ditemubual, si Pak Lah berkata "Jangan lupa kerajaan masih memberikan subsidi kepada rakyat". Kepada Pak Lah, terima kasih banyak-banyak untuk hadiah ini, buat susah-susah je.

Kepada mereka yang mengundi BN pada PRU-12, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Kepada pekedai-pekedai, jangan lupa lepas ni naikkan harga barang. Kepada pengguna-pengguna macam saya, saya ucapkan selamat mengikat perut. Jangan lupa, pasir dan rumput kalau digoreng pun SODAP!.

Wednesday, June 04, 2008

Harga Naik Lagi

Aku baru je lepas makan tengah hari kat kedai kat area bawah opis aku ni. Aku makan mee. Bial time nak bayar, penjual tu cakap RM5. Aik? bila masa la pulak harga naik? Dia cakap baru je. Minggu lepas Rm4.50. Dah naik 50 sen. Dalam masa 2 tahun, harga mee ni dah nak beberapa kali. Dulu baru RM3.50. Sampai sekarang dah naik RM1.50!.

Kalau minyak naik lepas budget kali ni, aku tak tau la berapa pulak harga mee. Mampos la pengguna lepas ni. Semua barang naik harga. Beras dah naik bagai nak gila. Makan pasir berulamkan rumput pulak la lepas ni.

Semakin lama semakin teruk keadaan Malaysia. Rakyat terpaksa menanggung beban yang sangat berat. Barangan semakin naik harga sedangkan pendapatan masih ditakuk lama. Bila komplen, kerajaan akan cakap harga dinegara lain lagi tinggi. Kepada kerajaan, jangan ingat kami bodoh. Barangan dinegara lain lebih mahal harganya, tetapi banyak barangan lain yang jauh lebih murah. Pandapatan mereka juga jauh lebih tinggi dari kita. Kemampuan mereka untuk membeli lebih besar. Sedangkan di sini, nak beli beras pun dah terasa macam nak mati. Cuba bayangkan apakah nasib mereka yang berpendapatan rendah. Macam mana nak survive kalau pendapatan cuma RM500-600 sebulan. Makan, belanja anak, rumah etc. Peh!! mampos.

Ada satu lagi isu. Aku baca surat khabar hari ni. Ada pulak mana punya bangang yang suruh MT UMNO ambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin & Dato Seri Rais Yatim pasal mempertikaikan kemasukkan Ezam kedalam UMNO. Suka hati dia orang la kalau nak komen. Betul apa yang diaorang cakap. Sepatutnya MT bermesyuarat terlebih dahulu sebelum menerima Ezam. Lebih-lebih lagi kalau kemasukkannya berbau motif-motif yang boleh disangsikan.

Semakin hari semakin ramai pembodek-pembodek yang tiba-tiba keluar menyatakan sokongan kepada PM. Siapa saja yang dirasakan tidak bersependapat dengan si PM, akan dihentam kononnya tidak setia. Cet! Podah!. Kepada pembodek-pembodek sekalian. Kalau kau duduk diam-diam tak de siapa yang kenal. Tapi sekarang ni, boleh la dapat sumpah seranah secara free. Berbakul-bakul boleh dapat sehari .

Tuesday, June 03, 2008

Naik Moto

Aku balik kampung naik moto. Ini ada pertama kali aku balik kampung naik moto sejak aku ada kat KL dari tahun 1994. Aku saja je nak try naik moto pasal biasanya aku balik naik kete, tapi modalnya besar. Minyak + tol.

Berdebar gak rasa bila aku nak gerak. Takut. Nak kena ikut highway lagi tuh. Dah la first time. Aku tau la jugak macam mana nak ride kat highway pasal aku selalu gak observe moto-moto lain kat highway. Tapi still mendebarkan. Aku gerak dari rumah pukul 8.30 pm. Aku ride pelahan je. Sengal bontot woo. Aku stop dua kali, kat seremban & Air keroh. Merehatkan badan sambil hisap rokok. Aku sampai kampung pukul 11.30pm. 3 jam tuh.

Hari Ahad, aku gerak balik KL. Kali ni aku buat 2 jam je. Aku gerak pukul 10.00 pm sampai KL pukul 12.00 am. Ok gak sebenarnya naik moto. Cuma letih je la. Tapi nasib baik gak aku naik moto pasal kat senawang jam teruk. Kereta banyak sampai ke KL. Kalau naik kereta, aku rasa pukul 1 aku baru sampai KL.