cohong gym

Tuesday, April 28, 2009

Selsema Babi

Semakin hari semakin pelik penyakit yang wujud. Terbaru adalah "Swine flu" atau Selsema babi. Babi yang selsema tapi manusia yang mati. Di Mexico dah lebih 100 kematian direkodkan. Negara yang dijangkiti setakat ini selain Mexico adalah US dan Canada.

Mula-mula SARS pastu selsema burung, sekarang ni Selsema babi pulak. Menakutkan betul la. Rasa macam tak selamat je keluar rumah. Setakat ni tiada sebarang jangkitan direkodkan di Malaysia.

Thursday, April 16, 2009

Trip to Penang

Esok aku nak pegi ride ke penang. Petang ni Mehtab & co. akan sampai dari penang. Semua sekali ada 7 orang & 7 biji moto. 3 Yamaha R1, 2 Honda CBR 1000rr, 1 Ducati 848 dan 1 Suzuki K6.

Masing-masing ada agenda tersendiri di KL. Ada yang nak tengok moto baru, ada yang nak pegi grand opening Naza Ducati dan ada yang nak tambah accessory moto. Esok diaorang akan balik ke penang. So aku akan ikut konvoi diaorang ke penang.

Kitaorang plan nak layan corner kat grik hari Sabtu. Pastu jalan-jalan kat Penang. Hari Ahad baru aku balik KL. Kena balik sorang-sorang la nampaknya.

Friday, April 10, 2009

New Kabinet

Semalam PM telah mengumumkan kabinet baru. Ada jugak suprise dibuat. 7 muka baru telah dilantik sebagai menteri dan 9 timbalan menteri manakala 8 muka lama telah digugurkan termasuklah Azalina dan Syed Hamid Albar.

Yang paling menarik sekali KJ lansung tidak tersenarai. Mukriz pula telah dilantik sebagai timbalan menteri di kementerian perdangangan luar negeri dan industri.

Pada pendapat aku, PM telah membuat satu tindakan yang betul dengan tidak melantik KJ ke dalam kabinet walaupun telah menjadi practise Ketua Pemuda mempunyai tempat sebagai menteri. Namun tindakan ini bukan dimulakan oleh Najib tetapi telah dimulakan oleh Pak Lah dengan tidak melantik TS Rafidah sebagai menteri walaupun beliau pada ketika itu merupakan Ketua Wanita.

PM juga telah berjanji untuk memastikan semua kementerian menjalankan tanggung jawap dengan cekap dan amanah. Kalau tidak..... tau la nasib korang semua.

Tuesday, April 07, 2009

By election

UPDATE

Bukit Selambau : PKR
Bukit Gantang : PAS
Batang Ai : BN

Hari ini rakyat keluar mengundi di 3 tempat. Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Mari kita lihat siapa yang menang...

Thursday, April 02, 2009

Bye bye bye

Hari ni last day Pak Lah as PM. Akhirnya impian majoriti rakyat Malaysia menjadi kenyataan. Mimpi ngeri rakyat Malaysia sudah berakhir. Najib diberitakan akan mengangkat sumpah hari Jumaat. Zaman kegelapan Malaysia sudah berakhir. PM yang paling teruk dalam sejarah sudah resign. Yahooooooo.

Aku harap Najib tak akan mengikut jejak langkah Pak Lah. Kalau tidak dia akan jadi PM yang paling singkat berada di kerusi tersebut.