cohong gym

Thursday, June 05, 2008

Hadiah Kerajaan BN Kepada Rakyat Malaysia

Hari Rabu, 6/6/08 merupakan hari yang bersejarah kerana kerajaan BN yang diketuai oleh Pak Lah telah memberikan satu hadiah yang sangat bermakna kepada rakyat sebagai tanda terima kasih kerana mengundi BN pada PRU-12.

Kerajaan BN telah menghadiahkan petrol dengan harga RM2.70 seliter. Harga sebelum ini adalah RM1.92 seliter. kenaikan RM0.78 merupakan bonus kepada rakyat. Ketika ditemubual, si Pak Lah berkata "Jangan lupa kerajaan masih memberikan subsidi kepada rakyat". Kepada Pak Lah, terima kasih banyak-banyak untuk hadiah ini, buat susah-susah je.

Kepada mereka yang mengundi BN pada PRU-12, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Kepada pekedai-pekedai, jangan lupa lepas ni naikkan harga barang. Kepada pengguna-pengguna macam saya, saya ucapkan selamat mengikat perut. Jangan lupa, pasir dan rumput kalau digoreng pun SODAP!.

15 Comments:

  • cohong,

    Hadiah Kerajaan Tiga Beranak. Ingat sampai tahun 2012-13. Time nak pangkah esok kita bagi hadiah lain pulak kat anak beranak ni.

    tayadih maysia=kimmy

    By Blogger Tayadih Maysia, At 2:57 PM  

  • Best gile hadiah Pak Lah! Semua kereta kat Sabah bergerak slow je tadi pagi. Seolah-olah para pemandu menghayati dengan penuh khusyuk dan tawaduknya hadiah tersebut. Mungkin mereka berasa sungguh gembira atas kurniaan hadiah itu. Malah, banyak yang bergerak dalam lane kiri je. Oohhh tak kuduga. Hadiah Pak Lah kali ini sungguh istimewa! Dan daripada kami rakyat Malaysia, takyalah lagi bagi hadiah. Hadiah yg satu ni dah lebih dari cukup!

    By Anonymous Anonymous, At 4:07 PM  

  • Kimmy,
    Kalau bole sekarang jugak aku nak pangkah tiga beranak ni. Bukan kat kertas undi tapi kat muka diaorang.

    Bajau,
    Semua orang tengah menghayati dan menikmati hadiah yang diberi. Benda dah mahal, kena la menikmati secara maksima.

    Hadiah ni tak cukup lagi. Bulan Julai dan Ogos masih ada hadiah lain. Bulan Julai nak bagi hadiah takrif elektrik yang naik. Bulan Ogos nak bagi hadiah minyak yang sekali lagi naik. Kemungkinan bulan Ogos, subsidi diberhentikan terus. RM4.00 seliter woo. Pakai minyak tanah la kete kau. Aku cadangkan kau naik kuda pegi opis.

    By Blogger cohong gym, At 4:44 PM  

  • jgnkan kuda, lembu pun aku sanggup naik sekarang ni!!!

    By Anonymous Anonymous, At 11:50 PM  

  • Sebelum kita naik kuda pegi keje, aku nk tengok diorang yg kt atas tu sanggup ke buat camtu... atau makan rumput dgn pasir? Elok subsidi minyak diorang pun kena tarik jugak, nk tengok Pak Lah gi Sabag naik helikopter pakai minyak apa?

    By Anonymous Anonymous, At 7:32 AM  

  • Yg kat atas tu naik kuda kat bilik je!!!

    By Anonymous Anonymous, At 8:00 AM  

  • Yang kat atas tu, sepatutnya semua subsidi kena tarik balik. Dah buat banyak duit, cukup-cukup la tuh.

    By Blogger cohong gym, At 9:23 AM  

  • Hoi cohong...kau jangan lawan...ubah gaya hidup...dont drink and drive...akhir sekali, bila nak menikah esok jangan lupa ajak aku

    Qamjat 0193330543

    By Anonymous Anonymous, At 3:23 PM  

  • En Qamjat. Lama tak dengar cerita. Mana awak dapat cari saya punya blog ni?

    By Blogger cohong gym, At 3:53 PM  

  • Qamjat;

    apa kabar? apa crita? Ko ingat kalau letak no hp kat blog ni, ada awek2 call nak bekenalan ke? hahaha

    By Blogger Abafahim, At 4:42 PM  

  • kan blog ko ni terpampang kat bilik-bilik di chow kit! bukan dia sorang je tahu blog ko ni, satu chow kit tau!!! ape da ko ni cohong! nak glamer pun, jgn la lekat kat tempat2 mcm tu....aku rasa kat public toilet pun ada hehehe

    By Anonymous Anonymous, At 6:56 PM  

  • Yo Tok Guru Qamjat!!!! Jasamu dikenang!

    By Anonymous Anonymous, At 6:57 PM  

  • Ye ke? Kat Chow Kit pun ada? Kau yang tampal ke? Ada orang kata kat SPA bukit bintang pun ada.

    By Blogger cohong gym, At 9:25 AM  

  • fuiyo, lama x dengar cerita qamjat, apa di atas bro, byk makan vitamin a, hehehehehh

    By Blogger tamlikha, At 7:16 PM  

  • Meor...tak main aaaa vitamin...

    Cohong...blog kau ni dah tersohor...pak lah pun tau

    Amid...bila nak bertobat?

    Gedoyok...hehehe

    Qamjat

    By Anonymous Anonymous, At 4:21 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home