cohong gym

Thursday, September 17, 2009

PTPTN

Dah lama aku tak menulis kat dalam blog ni pasal sibuk sangat dan kekurangan idea kat dalam kepala hotak aku ni. Itu hari aku plan nak post gambar moto tapi cable usb hp pulak hilang. Akhirnya habok pun tarak.

Hari ni aku nak tulis pasal PTPTN. Mesti kita semua tahu cerita pasal PTPTN ni. Aku sendiri ada pengalaman dengan diaorang pasal 2 orang adik aku amik loan dengan PTPTN dan Murni pun amik loan dengan diaorang. PTPTN, pada pendapat aku sangat "efisien" pasal lepas grad je terus dapat surat dari diaorang suruh bayar balik pinjaman. Diaorang tak kisah pun peminjam dah dapat kerja atau tidak pasal pada diaorang itu masalah mak bapak peminjam.

Dah la interest tinggi mengalahkan Along, siap charge lagi admin fees. Kan itu namanya menginaya orang. Student amik loan pasal tak mampu nak bayar yuran universiti. Kalau diaorang kaya, tak payah la mintak loan. Memang la diaorang berhutang, tapi consider la keadaan diaorang. Graduan yang tak dapat kerja berlambak di pasaran. Setiap tahun beribu student grad dari universiti, tapi peluang kerja yang ada tidak dapat nak menampung graduan yang ramai ni.

PTPTN akan hantar notis pada peminjam mintak duit. Kalau tak de kerja, kena la reply balik mintak tangguh. Kalau diperkenankan, dapat la tangguh. Kalau tak, kena la korek mana-mana lubang nak cari duit. So bila dah takde payment atau penangguhan, diaorang pun saman.

Aku sendiri ada pengalaman deal dengan pegawai-pegawai dari PTPTN. Punya la "kerek". Diaorang buat kita ni macam sampah je. Layan tak layan je bila bercakap dengan kita dalam telepon. Apa yang aku suggest semua tak bole. Jawapan diaorang, buat full settlement. Celah mana nak cari duit berpuluh ribu kalau kerja pun tak de. Diaorang ingat senang ke nak cari duit sekarang ni. Kalau kepala bapak diaorang bole bagi, senang la cerita.

Bila dah saman, diaorang blacklist kan pulak peminjam-peminjam ni. Macam penjenayah la pulak kan kena blacklist. Bila dah kena blacklist, dah tak bole nak keluar negara. So, kalau ada orang nak kerja kat luar negara, terpaksa la buat full settlement atau lupakan saja niat tu.

Tadi Murni call PTPTN pasal benda ni. Bila Murni tanya bole tak bayar 5000 dulu, mamat yang jawap telepon tu kata "tak bole, tak bole, tak bole". Dia buat macam la Murni bodoh sangat tanya soalan tu kat dia. So, dah tak de cara lain lagi melainkan bayar semua sekali. Nak minta bayar ansuran pun tak bole dah. Dah tak dilayan. Apa la punya PTPTN. Dah la majoriti yang pinjam orang melayu yang susah, takkan nak tambah susahkan lagi diaorang ni. Akai tarak!! Kononnya bila dah kerja nak buat macam-macam. Tapi bila dah kerja, duit pulak dah tak cukup pasal kena bayar PTPTN plus interest. Gaji bukannya besar. Cukup-cukup makan je. Lain la kalau lepas grad dapat gaji 3K-4K. Kalau dok kat KL lagi teruk. Gaji 2-3 ribu pun tak cukup. Semua nak kena bayar. Satu sen pun tak dapat nak simpan.

Hutang memang wajib di bayar. Tapi cara mintak hutang tu biar la berpada-pada. Jangan la sampai blacklist. Mungkin ramai jugak yang degil tak nak bayar walaupun dah banyak duit, tapi jangan lupa pulak, lagi ramai yang tak bayar pasal tak mampu.