cohong gym

Monday, November 17, 2008

Perhimpunan Agong Pertama

16/11/2008, Hotel Prescott Inn, Medan Tuanku. Perhimpunan Agong Pertama PASS telah berjalan dengan jayanya.

Majlis perasmian berlansung pada pukul 10.00 pagi. Walaupun begitu, beberapa ahli telah berada di tempat kejadian pada malam sebelumnya.

Majlis berlansung dengan sederhana kerana ahli-ahli memahami dan mematuhi seruan kerajaan untuk berbelanja dengan bijak sempena kegawatan ekonomi yang melanda dunia.

Dalam majlis tersebut, ahli-ahli dijamu dengan dodol yang dibawa khas dari Alor Setar dan juga air Coke dan mineral.

Untuk tidak membuang masa, kerana masa itu amat penting dan berharga, ahli-ahli telah memulakan acara utama iaitu bertempur sejak dari malam sebelumnya.

Selepas penat bertempur, kesemua ahli telah dijemput ke Restoren Hanifa untuk menjamu selera dan bergossip.

Kedatangan ahli amat memuaskan. Kerana kesemua ahli yang berdaftar telah menghadirkan diri. Senarai kehadiran adalah seperti berikut (menurut buku kedatangan) :

1. Zaymy
2. Mainy
3. Chaine
4. Pitos
5. Cohong
6. Tokan
7. Zoy
8. Anas

Ahli-ahli PASS telah sebulat suara membuat resolusi bahawa Perhimpunan Agong akan diadakan sekerap yang mungkin.

7 Comments:

  • Ada buat starcraft network battle tak masa perhimpunan?

    Aku gian la nak main starcraft dengan geng semua.

    By Blogger Syamsulfaiz, At 3:36 PM  

  • apasal semua lelaki? Ini mesti kerja cohong! Awas ahli-ahli perhimpunan agong!!! Ada udang disebalik batu dgn si cohong tu!

    By Anonymous Anonymous, At 5:03 PM  

  • Hahahaha ko pun ada kat facebook rupanye!!! Mondos gile wajahmu wahai sahabatku kat sana! hahaha

    By Anonymous Anonymous, At 5:08 PM  

  • pass atau piss?
    sbb macam PAS = parti islam se-malaya should be spelled PIS !

    By Anonymous Anonymous, At 8:52 AM  

  • Along,
    mesti la ada. Diaorang layan starcraft dari malam sebelumnya.

    Bajau,
    jangan jeles hahahhaha

    Lipi,
    PASS untuk persatuan starcraft. Nama penuh aku pun dah lupa hahahha

    By Blogger cohong gym, At 11:43 AM  

  • cohong,
    diorang ada buat pemilihan pucuk pimpinan ke ari tu?

    By Anonymous Anonymous, At 9:24 AM  

  • Rompakan,
    tak sempat buat pemilihan. Tapi protem committee sempat.

    Pemilihan akan dibuat bila kita buat perhimpunan agong besar besaran

    By Blogger cohong gym, At 4:17 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home