Ketua Pemuda
Setakat hari ni Mukriz mendapat 68 pencalonan, Khir Toyo 53 dan Khairi 51. Ketiga-tiga calon telah layak bertanding. Walupun Mukriz mendapat pencalonan terbanyak, ianya bukan satu gerenti yang dia akan menang pada pemilihan Mac tahun depan. Semua orang tahu pada pemilihan UMNO, jutaan ringgit akan dibelanjakan untuk membeli undi pewakilan. So, siapa yang banyak duit, ada harapan menang.
Orang Melayu senang dibeli. Hulur je sikit, habis le. Kalau dengan RM200 pun boleh melupakan jasa Pemimpin yang benar-benar hebat. Maka apa yang boleh dibuat dengan duit ribuan ringgit pula. Aku ingat, anak bini pun boleh kena jual sekali.
Malay Mail semalam ada satu interview dengan Khairi. Mamat ni cakap dia kena "demonized" yang diketuai oleh pemimpin besar UMNO. Heran gak aku kat mamat ni. Dia yang kena jahanam ke? atau dia yang menjahanamkan orang lain?
Setahu aku, mamat sekor ni adalah penjahanam yang paling besar dalam sejarah Malaysia. Dalam masa 5 tahun je, dia berjaya menjahanamkan politik dan ekonomi negara. Sampaikan Bapak Mertua dia pun sekali jahanam.
Siapa yang korang rasa boleh menang tahun depan untuk Ketua Pemuda?
Orang Melayu senang dibeli. Hulur je sikit, habis le. Kalau dengan RM200 pun boleh melupakan jasa Pemimpin yang benar-benar hebat. Maka apa yang boleh dibuat dengan duit ribuan ringgit pula. Aku ingat, anak bini pun boleh kena jual sekali.
Malay Mail semalam ada satu interview dengan Khairi. Mamat ni cakap dia kena "demonized" yang diketuai oleh pemimpin besar UMNO. Heran gak aku kat mamat ni. Dia yang kena jahanam ke? atau dia yang menjahanamkan orang lain?
Setahu aku, mamat sekor ni adalah penjahanam yang paling besar dalam sejarah Malaysia. Dalam masa 5 tahun je, dia berjaya menjahanamkan politik dan ekonomi negara. Sampaikan Bapak Mertua dia pun sekali jahanam.
Siapa yang korang rasa boleh menang tahun depan untuk Ketua Pemuda?
33 Comments:
Yg aku tau kalau KJ menang maka UMNO akan menuju kehancuran kerana pemimpin atasan atau perwakilan ttp tidak mahu berubah...
Mukhriz masih mengekalkan gaya seperti bapa beliau, kritis dalam lemah lembut bicara, tegas dlm menyampaikan pandangan, membawa suara hati rakyat yg kita biasa dengar di kedai2 kopi. Terbaru kritikan beliau terhadap Zaid Ibrahim.
Soalan ngko ttg siapa yg aku rasa menang? Aku tak tau, kena tanya perwakilan sama ada mereka mendukung AMANAH akar umbi atau membawa pulang beg2 berisi duit lobi.
p/s: ArRasyi Wal Murtasyi Fin Nar... Seperti juga arak walau setitis masuk ke dlm air minuman maka HARAMlah ia, rasuah walau seringgit pun akan ttp dibakar di Akhirat kelak. Itu ke yg kita nk bagi makan pd anak bini kita? Lu pikir laa sendiri...
By Iwan, At 10:11 AM
Aku risaukan politik duit. Semua orang tau arak itu haram. Tapi ramai gak yang dok minum. Semua orang tahu yang rasuah itu haram, tapi ramai yang dok amik rahsuah. Yang paling teruknya, penerima yang paling ramai adalah orang melayu. Sampaikan nak berpolitik pun kena rahsuah baru bole menang. Orang kita ni tahu halal haram. tapi buat buat bodoh je.
Contohnya, babi haram tak bole makan. Anjing haram tak bole pegang. Ini dua benda yang pada orang melayu adalah the ultimate haram. Kira bukan orang islam kalau makan babi dan pegang anjing. diaorang tau rahsuah itu haram, tapi kalau orang beri, kita bole terima. Kepala bapak mak dia yang ajar macam tu.
By cohong gym, At 11:29 AM
baru2 ni aku lepak dgn brader ni bekas ketua pemuda AMKeadilan sebuah negeri dan sedang menyandang exco AMK Pusat, dia kata dah ada perjumpaan2 AMK dgn Kj dan ada kemungkinan kj join keadilan utk pastikan najib jatuh..
Aku cakap kat dia, tak logik la..dia kata dah ada perbincangan..
By Abafahim, At 12:14 PM
Aku tak heran pun kalau perkara tu berlaku. Dah memang dari dulu lagi si KJ ni menyembah Anwar. Dulukan dia couple ngan anak Anwar. Pastu bila Anwar jatuh, dia couple ngan Nori pulak. Dia memang pandai mengambil kesempatan.
Aku rasa la kan, kalau la Anwar dapat jadi PM, KJ mungkin akan jadi menteri kot?
By cohong gym, At 12:21 PM
Kejap lagi aku join UMNO untuk sarawak. Memandang aku sorang je ahli UMNO di sarawak, jadi aku la ketua bahagian merangkap ketua UMNO negeri sarawak. Lepas tu aku calonkan diri aku jadi calon presiden AGM UMNO tahun 2012.
Siapa sokong aku? Tak main la ketua pemuda!!! Gua punye manifesto simple je.
Sapa nak jadi KAYA RAYA, undi lah aku!! Tak main la rasuah. Rasuah tu haram. Yang ni terus masukkan dalam manifesto. Barulah tak hipokrit.
By HH, At 12:22 PM
Man,
aku akan jadi antara penyokong kau yang setia. ramai kengkawan yang sokong kau. Manifesto tu memang yang paling best pernah ada. Kita jujur. rasuah tak main. Kita kaya cara legal. Kita join kroni. Semua kroni jadi kaya hahahahha
By cohong gym, At 12:39 PM
Apa yg ditakrifkan dgn politik wang? Kalau bagi satu beg/guni duit mmg tak dinafikan laa... tp mcmmana kalau duit kopi, belanja tambang pergi balik makan minum, hotel tempat tinggal, duit tampal poster, peraih undi?
Aku nk mintak pandangan kengkawan semua psl hal ni, sbb aku takut perjuangan tak ikhlas kerana terlalu memandangkan wang, bila dpt kurang mula laa nk komplen, bantah sana sini... Bukan dlm umno je, tp aku yakin parti lain pun sama je.
By Iwan, At 12:51 PM
Kita orang Melayu Islam bila cakap pasal halal haram mesti pikir pasal makan minum dan rasuah...tapi tak selalu pikir pasal unsur riba, gharar & maysir...masih lagi ambil loan conventional, insurance conventional dan main kuda...
cuba beralih kepada Islamic banking pulak...give your support supaya deposit dlm perbankan Islam bertambah yang kemudiannya membolehkan bank-bank islam menurunkan kadar untung dalam pembiayaan...
amik pelan takaful beramai-ramai supaya takdela officer jaga kaunter takaful sangap tengok tv sebab takde customer...
2 sen aku
By Unknown, At 12:51 PM
Midi,
itu semua kira rasuah la. Janji melibatkan duit dah kira rasuah. Orang ingat, duit yang diberi dalam sampul surat je kira rasuah. tambang bas pun kira gak. Belanja makan pun politik wang jugak. Cuma ramai yang tak perasan atau buat-buat tak perasan.
Jat,
Bukannya tak suka atau tak nak dengan islamic loan, tapi kerana kadar keuntungan islamic loan tinggi sangat. Aku paham kenapa tinggi, tapi bank jugak kena paham kedudukan ekonomi orang islam di Malaysia. Orang islam/melayu masih lagi tidak mampu.
Kau bayangkan kalau setiap bulan kena bayar extra 100-200. 100-200 tu bole beli barang dapur pasal budget cukup-cukup je. mcm mana nak bayar instalment?
Kalau bank bole turunkan kadar keuntungan hingga bole menyamai conventional loan, aku pasti ramai akan memilih islamic loan.
So far, hanya loan islamic dari bahagian pinjaman perumahan kementerian kewangan sahaja yang murah
By cohong gym, At 1:25 PM
Aku setuju kadar Islamic Loan lebih tinggi berbanding Conventional Loan, tp bg aku lebih selamat kerana jumlahnye tetap sepanjang tempoh pembiayaan, tiada isu gharar.
Kadang2 pegawai Bank Islam pun tak buleh pakai, kena belanja karaoke beribu hengget sampai ke pagi, esok dpt instruction berlambak! Penggunaan nama 'Islam' pada bank tsbt amat memalukan, dan org akan compare dgn bank konvensional yg lain spt Public Bank, Hong Leong, etc.
Komeng, aku setuju dgn pandangan ngko. Tp dr satu sudut kalau ngko tengok diorang mentakrifkan belanja tu sebagai management cost, upah yg diambil utk usaha atau kos yg ditanggung oleh penyokong2 bawahan.
By Iwan, At 2:14 PM
tq2 qamjat..aku ada buat insurance takaful, blh promosi ka kat sini?
By Abafahim, At 2:54 PM
Alaa... politik wang ni dah biasa sangat. Sikit-sikit nak wang.. nak sen. Belakang tak jugak gi mana pon. Aku rasa politik wang ni senang je benteras. Kita lupuskan currency kita. Kita pakai sistem barter plak.
So lepas ni, kalau orang nak meraih undi, die tak pakai duit dah. Die pakai tepung, susu, beras, gula, kunyit, bawang dan etc. Jadi dengan sendirinya takde laa politik wang.
Sapa-sapa kasi bawang, jadi laa politik bawang. Sapa kasi kunyit, jadi la politik kunyit. So, BPR bukak kertas siasatan pun jadi menarik. Takde la asyik jumpa figure currency je. Seronok sikit keje. Ni tak, citer pasal duit sen je memanjang. BPR pon dah naik jemu baca kertas siasatan. Naik muak pon ade.
OK, nanti aku calonkan diri aku jadi presiden tahun 2012, sapa nak kasi Play Station???
By HH, At 3:11 PM
Aku rasa, takyah le citer sangat pasal politik wang ni. Kalau dah ada unsur rasuah tu, melayu la paling seronok. Dah tau haram, nak amik gak! Tapi tak pe, alang-alang kasi rasuah kat diorang, baik kasi todhi, samsu atau liquor sekali. Sama gak haram.
Mana-mana yang suka rasuah sesangat tu, buatkan jamuan meraih pengundi-pengundi yang suka makan rasuah ni, kasi menu Hamburger ke, minum red wine!
e'eh... Cohong... jangan seronok sangat! Aku cakap je...
By HH, At 3:36 PM
Ada satu buku terbitan tahun 80an tajuknya
Tidak Islamnya Bank Islam
Aku lupa siapa pengarangnya tetapi banyak didebatkan buku ni.Kalau kita cuba tengok drpd banyak segi,banyak pengharaman yg dah ada tetapi masih lagi mcm biasa di Malaysia.Contohnya,Majlis Fatwa Malaysia tahun 95/96 telah mengharamkan rokok.Ahh!Mesti org cakap pasal aku tak hisap rokok beritahu pasal benda ni.Tetapi itu realiti dibuat oleh Majlis fatwa Malaysia.
selain drpd itu,riba dll spt diberitahu sahabat kita Qamjat.
Tikam nombor ekor dkt KL ni kebanyakannya Melayu.
Banyak org Melayu dan Islam berwawasan bercakap pasal menjaga kepentingan Melayu dan islam.Tetapi realitinya masih tak faham agama--tidak mengikut apa yg disuruh dan buat apa yg dilarang.Bab bangsa cerita berapi-api tetapi habuk pun tarak melingkupkan ekonomi dan maruah bangsa Melayu sahaja!
Kita patut bincang dlm satu isu lain berkenaan dgn benda ni.
MM,KJ,KT--kita tak ada pilihan lain.Sistem Malaysia dah korap amat teruk dan malulah mereka kerana mengaku beragama islam dan melayu tetapi membinasakn seluruh kepercayaan masyarakat kita.
Zoy
By Dewangga Sakti, At 4:27 PM
Midi,
Islamic loan hanya berbaloi untuk jangka masa yang panjang je. Itu pun kalau ada something happened to the ekonomi (BLR naik). Kalau tak, Islamic loan sangat mahal.
Dia orang sama je. Tak kira bank apa, Bank Islam ke, Public Bank ke, semua sama. Kalau tak de insentif, jangan harap la dapat file. Boss aku dulu kena belanja RM30,000 setiap bulan bawak officer pegi enjoy. Member aku kena belanja paling kurang RM20,000 setiap bulan untuk entertainment. Itu tak masuk commission. Mampos woo. Pegawai Bank Islam pun sama. Siap mintak masukkan duit dalam akaun dia. Padahal fail yang dapat ciput je. Kadang-kadang tak cukup pun nak cover. hampeh!
Ayid,
for you my friend, kau buat la apa je yang kau nak. Tak de hal punya hahahaha
Herman,
Kalau pakai sistem barter pun sama gak nanti. Tak de bezanya.
Aku sokong idea kau. Since rasuah haram. Lebih baik diaorang kasi Chivas, Vodka, JD etc je. supaya bertambah-tambah haram hahahahha.
Alaa, aku pun tau kau takkan masuk politik punya hehehehe
By cohong gym, At 4:28 PM
Zoy,
Buku "To Digress A Little" menyatakan bahawa Islamic Banking bukan lah perbankan cara Islam tetapi lebih merupakan sistem perbankan arab.
kat Malaysia ni majlis fatwa bukannya dipandang sangat. Pada pendapat aku Majlis ni telah dipolitikkan. Kerajaan menerima fatwa Majlis tetapi jarang sekali melaksanakannya. Pembangkang pulak tak menerima fatwa Majlis kerana pada mereka Majlis ini berkerja untuk kerajaan. Pendapat aku senang je, suka hati mak bapak diaorang la.
By cohong gym, At 4:41 PM
Cohong,
Ade beza kalau pakai sistem barter. Sure tak wujud Politik Wang. Jadi politik lain plak. Aku nak Politik PlayStation.
Pasal fail-fail bank ni, aku dah serik dah. Daripada aku kasi duit kat officer bank, baik aku kasi duit kat Anak Yatim. Dah tu diorang buleh la beli Play Station sorang satu.
Aku dah maleh bebenor nak layan panel bank punye karenah. PI nak besor gile. Apa diorang tak ingat perit nak bayor premium ka? Dah tu, mintak komisyen lagi. Lepas tu, ada yang mintak belanjo makan, karaoke, pimp pun ade. Nama je islamic banking, tapi tata-susila islamic takdak langsung.
Dalam islamic recovery patutnya membantu.. bukan nak menjahanamkan customer. Ni tak, masuk je NPL lepas tu dah buat kira-kira komisyen nak dapat berapa. Alaaaaa.. lawyer pon sama gak! Konon nak tolong bank la... piraaah! semuanya duit belaka. Dah tu layan rasuah re-brand jadi management costs!!! Hampeh!!
By HH, At 4:43 PM
uiiihh dari midi tanya politik wang dalam parti terus loyer kena ha ha ha. cohong hang tak rasa naya ka depa dok kata loyer lagu tu??? aku pun praktis lagi dan hanya buat convyncg SAJA. ha ha ha. mmg betul senario plitik bank mcm tu. dah jadi macam barah pun. bila tak mau kuar duit utk entertainment, jd la macam aku. loyer kecik2 je. harap panel je melambak tapi tu just nak secure cases yg aku refer kat bank tak terlepas ke loyer yang dok entertain depa he he he. but i m still happy ngan situasi aku skrg. cum sedih bila tengok kawan2 terlibat :-(
By doremon, At 5:16 PM
Doremon,
Aku pun buat conveyancing je sekarang. Ada sikit je litigation. Dah malas nak pg court.
Kau sama macam aku la. Mana ada sen nak entertain diaorang semua. Diaorang bukan kira firm kita besar atau kecik. Sekali bawak keluar, mampos woo. Diaorang nak lepak kat tempat yang kelas. Mana la nak cekau duit tu
By cohong gym, At 5:22 PM
Bullshit betul mana2 pegawai bank yg cukur duit lawyer, mengerah kerja bagai nak rak dah tu komisyen masyuk poket sendiri.
Mon, bagus laa discuss perkara ni kat sini... at least menyedar & mengingatkan aku supaya tk masuk dlm group tu. Doa laa supaya iman kita kuat. Tak kira apa persatuan, bank dll yg pakai nama Islam tp kalau perangai ahli tak mencerminkan Islam langsung. Pokok pangkalnya terletak kt individu tu sendiri...
Cohong, pandangan aku perbankan islam masih baru kt Malaysia ni. Byk perkara yg perlu dibaiki supaya tk prejudis kpd mana2 pihak, sama ada bank mahupun peminjam. At least kita dah mula dan ada cara utk memartabatkan perbankan secara islam kt sini. Malahan bank2 di timur tengah pun berminat dgn cara kita menguruskan perbankan islam di sini...
By Iwan, At 6:07 PM
Midi,
Aku harap perbankan islam akan diupgrade supaya menjadi sebenar-benarnya islamic bank
By cohong gym, At 6:48 PM
buat sahabatku cohong...
kau entertain aku je, takyah kuar duit, suma aku sponsor, takde timbul rasuah ka makan suap ka...
tp ko nak job kena la tunggu aku jd boss besar dulu hehehe cuma satu job je yg aku bole kasi skang hahahahaha
By Anonymous, At 8:54 PM
Hahaha korang semua ni betul2 kritis la. Salut!!!
Bagi isu KJ, aku harap benar dia adalah salah seorang lelaki yg ditangkap polis dlm parti homoseks 2-3 hari lepas. Tapi tengok2 cohong pula yg ditangkap!
Bagi isu rasuah, memang tak boleh dihalang lagi dah...Ramai pemimpin kita cuma tau ckp pasal menghapuskan rasuah je tapi dorang la yg paling hebat mengamalkannya (nama2 mereka dirahsiakan utk mengelakkan aku masuk ISA!)
Bagi isu bank islam dan pegawai bank islam, no komen sebab aku tak buat bank punya hal. AKu tau menyelamatkan org2 yg bayar aku je!
Akhir sekali, bila lagi nak buat parti tu Cohong? hehehe
By Anonymous, At 8:41 AM
KJ ke, MM ke KT ke, wa tara kesah punya. Sebab selama ni, sapa-sapa yang menang pun, aku lagu tu gak. Aku cuma sedih tengok orang melayu dengki sesama sendiri.
Tengok la zaman sekarang ni. Siapa-siapa je kat atas, kaya sikit, pegi buat berita gossip cakap die amik duit rakyat. Popular sikit, bagi pandangan orang tu tak betul. Becakap sikit bagi opinion, sorang lagi cakap yang sorang tu cakap tak betul and salah.
Common la bro, benda-benda ni semua datang dari akar umbi gak. Yaaa.. akar umbi yang berhasad dengki. Tengok je la kat mana-mana pon. Kalau orang melayu je, tengok orang bangsa die kaya sikit, maju sikit, popular sikit, mula lah nak cakap benda tak baik pasal orang tu. Balik-balik, bangsa melayu gak yang buruk.
Takde ke bangsa kita sendiri kalau sorang maju dan kaya, kita ikut bangga sekali? Balik-balik duk kutuk. Lepas tu, bila masuk politik, kutuk orang lain. Orang lain tu pulak, bangsa sendiri. Aku rasa la, inilah yang di maksudkan "KETUANAN MELAYU" yang sejati kot!
Mana taknye, semua orang melayu nak jadi TUAN. Dah tu, berebutla sesama sendiri dan lahirlah satu tradisi tanpa sedar yang mengharuskan benci dan hasad dengki sesama melayu.
Aku dok dengar jugak yang orang cakap kalau KJ naik, UMNO menuju kehancuran. Ni lagi satu, dengki dan unsur benci-membenci yang dilaknat dalam Islam. Ape la salah cakap, kalau KJ naik, UMNO tak akan sebaik dan semaju kalau MM naik. Kan lagi elok cakap cam tu. Ni tak.. cakap semua nak rak je.
Kalau jenis politik style lagu tu, aku cadangkan la, buat la style barbarian terus. Buat forum kat TV acara kutuk mengutuk. Tengok sapa yang terer mengutuk. dah tu panggil aku dengan Cohong jadi juri tetap, buat reality show. Buat macam LINK ni.
Siapa menang, hadiahnye, jadi MP. hahahaha
By HH, At 9:37 AM
ntah la cohong, midi. sampai bila menda ni nak abis punaku tak tau. sejal aku join this line pun mmg dah ada pun, dah jadi mcm tradisi. bankers amik sbb loyer offer, loyer offer sbb bankers mintak. he he he mana satu betul pun alu tak tau. tapi loyers yang dok jilat pungkoq bankers ni tak rasa malu ke haa, aku tgk dok bekepit ngan bankers 24/7 pun. mcm balachi pun ada kdg2. sume kehendak bankers tu depa turut. jatuh standard loyer ooo. malu aku nak ngaku loyer klu mcm tu.
p/s... amid, cohong & along... parti tu kat penang tau he he he. aku tau tang mana. tapi AKU TAK PENAH PI aaaa. sapa2 nak pi aku leh tunjuk he he he he
By doremon, At 10:06 AM
Rompakan,
Setakat nak entertain kau, anytime. Kau tunggu aku turun JB. Mungkin bulan 12 kot. Aku plan nak turun Spore ngan mehtab. Saja je nak tengok barang motor.
Pasal job, aku tunggu kau jadi boss besar. Job yang kau ada sekarang ni, aku tak nak hahahahahhaha
Bajau,
Kitaorang sekarang ni tengah meluahkan perasaan hehehe.
Sebenarnya yang kena tangkap, kau kan. Kau saja je nak menimbulkan keraguan kat kitaorang. Alah Jau, tak payah nak malu. Ngaku je la kau tu Gay. Kitaorang semua dah lama tau dah.
Pasal rasuah. Kalau kau tak cakap nama pun tak pe. Pasal sekarang ni ahli politik yang rasuah berlambak sangat. Yang betul-betul ikhlas, nama dia orang kita nak. Kita nak salute kat diaorang. Tapi wujud ke lagi makhluk yang ikhlas.
Man,
kau cakap betul la. Tak terpikir aku nak buat ayat macam tu. So, aku sekarang mengubah ayat dan pandangan aku terhadap KJ. Ayat terbaru :- pada pendapat aku jika Saudara Khairi menjadi Ketua Pemuda, maka akan kurang sokongan dari akar umbi kerana kebanyakkan ahli berpendapat yang KJ kurang pengalaman. KJ yang juga menantu PM merangkap penasihat utama PM merangkap Menteri Paling Kanan merangkap Penasihat Kewangan Negara dan merangkap Orang Kaya yang tak de kerja dilaporkan berkerja keras untuk pemilihan Mac tahun depan.
Kalau nak jadi juri, anytime...
Mon,
sampai bila-bila akan jadi macam tu selagi aad penerima dan pemberi.
Kau kasi tau Bajau kat mana area tu. Dia nak sangat pegi. Tadi dah SMS aku tanya kalau-kalau ada member yang tau alamat parti heheheheh. Dah kemaruk sangat la tu
By cohong gym, At 10:32 AM
Weh Mid,
Tak payah la ko pigi carik alamat Party tu. Ko buat la satu GRAND punya kat tempat kau. Cohong sure datang mengadap punye. Ko sms dia bila ko nak buat, die tgh online carik tiket AirAsia tu!!!
By HH, At 10:39 AM
Aku nak parti liar untuk straight. Kita organise party kat KK. Suruh Amid jadi host. Kita invite chics sahaja. So, kita je la lelaki yang ada. Syiok woo hehehe. Kita buat pool party
By cohong gym, At 10:53 AM
Cohong,
Kalau ko suruh si hamid yang invite chics, sure tak nak kau pegi kot. Dia ni ada masalah deria pandang. Jadi, aku tak pasti laa whether die invite chics betul ke atau bapuk! Ko bukan tak tau ko pernah buat adventure dengan die dulu belakang kowloon...
By HH, At 11:35 AM
hahahahhaha betul jugak tuh. kalau macam tu, aku serahkan kuasa untuk menginvite chic kat kau
By cohong gym, At 11:46 AM
hahaha Penang? hehe selalunya parti tu secret jadi amacam ko tau Doraemon? heheh ko da pi kot? hahaha tapi ok gak ko bagitau, aku rasa cohong dah booked tiket gi Penang hujung minggu ni. So ko jaga2 tau..kang dia ajak ko. Kalau dia start pegang tangan ko, ko hati2 ye...Dia dah terlampau kemaruk tu..Biasalah orng bujang kat KL kan!!!
Man, aku nak buat parti jahiliah! Invitation hanya terhad kepada mereka2 yg dah kawin ..oppssss cohong takle gi lah..dia tak kawin lagi!!! hahahaha jadi kalau kita bawa chics pun, cohong takle merasa! Rasa air liur sendiri la cohong!
Ini rasuah2 korang takya risau sangat. Rasuah ni takkan hilang kat dunia ni. Korang bagi ceramah agama ka kat penerima rasuah dan pemberi rasuah pun takkan ada hasil. Ini masalah generation tau! Jadi, penyelesaiannya - jgn jadi pemberi rasuah dan jgn jadi penerima rasuah. Contohilah Cohong. Dia langsung tak terima rasuah dan tak beri rasuah. Aku kagum gila dengan dia! Hasilnya, dia masih tak berduit sebab tak terima rasuah dan dia tak beri rasuah sebab dia takde duit. Dia mkn duit halal je. Biarpun pokai, dia tetap cool! Asyik2 makan roti for breakfast dan maggi for dinner and lunch! Kita jgn ikut cara makanan dia tapi kita mesti ikut cara dia handle bab2 rasuah ni! Yeaaaaaa!!!!!
By Anonymous, At 2:46 PM
Yeaaaahaaaaa!!!!
By cohong gym, At 2:53 PM
Wahhh...panassss pasal perbankan islam...
senang sahaja...kalau ayam yang disembelih ikut syariah mahal dari ayam gelek motokar...korang makan yang mana?
riba dah terang-terang haram ..so kalau nak amik atau terlibat jugak jangan cakap aku tak ingatkan...
agreed that kebanyakan yang bekerja di bank-bank islam tak juga mencerminkan akhlak islam dan boleh jadi satu faktor yg menjauhkan customer...tapi produk tetap ikut Shariah dan approved by Shariah scholars dan BNM...masih ada loopholes yg perlu diperbaiki tapi sekurang-kurangnya kita sudah ada alternative untuk kegiatan perbankan secara halal (walaupun tak islamic)..so wajiblah kita beralih kepada yang halal sebab skrg sudah ada...kalau dulu tak de dibolehkan atas dasar maslahah, tapi skrg dah ada wajib kita tukar...tak puas hati pergi tanya pada yang tahu...
operations-wise memang banyak lagi kebergantungan kepada IT sistem yang masih lagi ketinggalan dan susah dan amat mahal kosnya untuk develop Islamic finance system...kita terpaksa berdikit-dikit kerana bank2 di malaysia tak mampu nak keluar duit sekaligus...
IT sistem yg elok pun masik tak berapa elok dan mahal pula...jadi memang kita hadapai masalah kos
for dual banking system macam malaysia, senario dia ialah parent bank tak berapa support islamic subsidiary...so paham-pahamlah sendiri...oleh itu, kena lah aku merayu kepada kawan-kawan supaya support islamic banks...kalau selama ni kita boleh support conventional banks, why not berubah kepada yang halal?
So pilihan ditangan anda
By Unknown, At 5:10 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home