cohong gym

Wednesday, April 07, 2010

New helmet

KBC VR-2R Ed Hardy Pirate
Aku baru je dapat helmet hari ni. Aku order kat ebay awal bulan 3. 7 hari kemudian helmet ni sampai kat KLIA. Tapi kena tahan kastam pasal aku tak de AP. So aku mohon AP daripada Ministry of International Trade. Mula-mula kena beli borang dekat Jabatan Percetakan Negara. Lepas tu kena taip, tak bole tulis tangan. First time hantar, kena reject pasal aku salah tulis port of import. Aku ingatkan US, rupanya kena tulis KLIA. Second time hantar, baru la diterima.
5 hari kemudian, AP aku siap. Lepas collect, aku courier ke Pos Malaysia (aku lantik Pos Malaysia sebagai agen aku untuk proses kastam. Ada 2 option. Pertama, hantar sendiri ke kastam di KLIA. Kedua, lantik Pos Malaysia sebagai agen). Semalam Pos Malaysia called, kastam sudah release helmet aku, tapi kena bayar tax. Diaorang fax kan form setuju untuk bayar tax. Aku call diaorang dan setuju dengan tax yang dikenakan (aku dah buat rayuan kat kastam, tapi still kena bayar tax jugak).
Pagi tadi, pegawai dari Pos Malaysia called kata helmet aku dah dihantar ke Pos laju KL. Aku bole collect helmet tu dan bayar tax kat sana. So dalam pukul 11.30 pagi, aku pegi buat bayaran dan collect helmet ni.
Aku impressed dengan Pos Malaysia KLIA, Kastam KLIA & Ministry of International Trade. Sangat efficient dan helpful. Bila aku call, diaorang akan explain the procedure dengan jelas dan polite. Respect!!
Walaupun lama menunggu helmet sampai. Tapi aku puas hati. Helmet ni cun wooooo.

8 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home